The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 6, 2011

Vampire Diaries. Etc.

Hai.

Vampire Diaries season 2. Tengok? Mesti tak. Macam saidamunira seorang yang sibuk menonton. Buat pengetahuan anda, it's now airing on 8TV, 9.30 pm every Tuesday. Tapi saya mempunyai kesungguhan yang melimpah, oleh itu saya download sendiri. Yeah, itu berdikari, patut ambil teladan tu. Sekarang saya telah pun menamatkan penontonan secara individu. Tak berapa tahu kalau ada individu lain yang berminat menonton siri tersebut. Episod akhir, Damon turned angelic. Cis. Stefan jadi monster. A true ripper. Overall, Spongebob Squarepants lagi terkesan di hati. Hemm.

Stefan. Elena. Damon.

Isu Vampire Diaries ialah percintaan tiga segi. Percintaan saya pula takda segi, bulat saja. Anda pun tahu kat mana yang bulat. Heh.

Blog semakin bosan. Update percintaan, plain saja. Percintaan diteruskan, tanpa cabaran. [Uih bongkak.] Hehe. Ya lah, sekarang dah mula rasa I'm so in love with him, his family as well. Apatah lagi bila bakal mertua sungguh baik dan comel. Ibu bapa saya juga comel lah, tapi sekarang berasa bahagia trang tang tang kerana bakal mertua sangat sweet. Hihi.

Oh ya. Petang tadi dengan tak semena-mena saidamunira selamba ayam membatalkan plan berbuka puasa bersama keluarga Muhammad Izzat. Minta maaf encik. Tetiba merindui ibu bapa sendiri, so can not help lah.

Hidup saya setakat ini straight forward. Bahagia tu bahagia, tapi kalau ada duit lagi banyak, memang bahagia to the fullest. Bukan berkenaan materialistik, tapi ini isu persediaan perkahwinan. Iyalah, kami kan budak-budak sekolah yang merancang untuk berkahwin. Bukan macam tunang-tunang lain yang boleh dipaw-paw.

Ok bye. Need to sleeeep well sebab penat buang masa menghadap laptop dari pagi sampai malam, walaupun tak buat apa sangat. Nampak sangat perangai loser belum luntur.

wink wink ~.^

0 comments:

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.