The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 30, 2011

T.G.I.F.

Assalamualaikum. Hello hai.

TGIF. TGIF. Hari Jumaat sering membawa kebahagiaan. Weeehu.
Lokasi: Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban.

Healthy lifestyle spirit, rakyat Malaysia perlu contohi saya. Heh 8-)

We jogged together, five (5) rounds i.e. 2 km, tak adalah penat mana, saya rasa kalau sepuluh (10) rounds pun saya mampu. Gila tak berlagak. Tak adalah, kalau nak tahu dari mana semangat diperoleh, cubalah lakukan aktiviti fizikal bersama kekasih hati. You will gain magic. Aktiviti fizikal boleh jadi sumber kebahagiaan rumah tangga. :p

Ini tunang saya, lepas jog, beliau bermain bola sekejap.

Lepas bermain bola, beliau melakukan senaman otot perut, maklumlah, boroi.
Bajet artis pula tak bagi ambil gambar.

Ini Si Comot, berasa tenang mendapat nikmat minum air.
Terima kasih Allah.

Kemudian, selepas mandi-manda dan solat Maghrib, saya makan malam di rumah the fiance. Remaja sekarang yang tak berapa ada duit bolehlah contohi kami juga, sebab kalau det dekat rumah menjimatkan kos secara banyak. Hihi.

Muhammad Izzat prepared fried rice and cheese sausage for me.

And this coffee too.

Auntie served cute cupcakes as dessert for our dinner date.

Thank you Muhammad Izzat, I will always love you.

wink wink ~.^

Wednesday, September 28, 2011

Bottle

Hello. Hai. Assalamualaikum semua.

Paparan menarik hari ini ialah:-

Memang gua bajet comel hari ni. PEACE!!

Setelah sekian lama mengalami simptom penuaan, hari ini saya ingin menjadi muda kembali, maka bernafsu membuat exhibition muka sendiri dan berasa comel. Awwww. In case you miss me, you can stare the photo, lama-lama pun saya tak ada kisah. :p I am now typing this entry in the blanket and my bottle. Still. Oh, btw. That pink bottle ialah hadiah sempena det, Muhammad Izzat belikan masa det dekat Watson masa first year dulu. Hihi. Masa tu boleh tolerate lagi dengan pink, beg sekolah pink, selipar jepun pink. Lama-lama jadi annoyed dengan pink kenapa entah.

Ok. Petang tadi moody, entahlah. Sekarang berasa sesak nafas dengan masa. Masa sangat mencemburui saya. What to do.

Kecemburuan masa semakin menjadi-jadi, baik saya tidur dulu.

Oh ya, we have new love song. Tear Us Apart by Nadhira ft Ron E Jones. Hearts! Muhammad Izzat cuti esok, saya cemburu.

wink wink ~.^

Saturday, September 24, 2011

Friday and Saturday

Assalamualaikum.

My life has been wonderful walaupun saya tidak sekaya anda semua. Saya cuma mendapat elaun bulanan sebagai pembantu penyelidik siswazah. Namun begitu, in these two years I survived, living in KL, berulang weekly KL-Seremban-Rembau, di mana jarak tersebut adalah layak untuk bermusafir.

Apakah ini semua kisah duit? Money talks. Heh. Tak adalah. Saya messy.

Oh ya. Semalam saya telah berkecimpung dalam bidang tusyen, jumping-midwife-ly. Shak called me, seducing me to replace Kak Mai for her chemistry F5 class. Entah bagaimana telah melted. My intention was only to lend a helping hand. When decided, then I regret. I was in faculty at that moment, without any reference book, how can I do revision? Dari berniat menulis tesis, hari telah berubah menjadi gebon. I started to breath 'chemistry tuition at 8 pm'. That's all.

Saya telah memandu pulang, heading to Seremban from KL at 4 pm. Buat temu janji dengan the fiance nak det dekat R&R Seremban (S), nak makan chicken mayo croissant. I waited long, sebab the fiance bergerak dari Subang, ada license briefing. At 6.45 pm baru beliau sampai. Perjalanan diteruskan selepas makan-makan, lepas tu amekaw I was stuck in traffic jammmmmmmmmmed. Terus sms Aunty, menyerah diri awal-awal gara-gara det dengan anak dia. [Heee :*>] Aunty memang sweet. Bakal mertua saya memang sweet. Kau ada? Aiseh berlagak pula.

I managed to arrive at 7.58 pm. I was all blur. Nasib baik ada peneman hidup matiku sentiasa di sisi. Masuk kelas dengan sungguh blur terus 6 orang anak murid terpinga-pinga. Sebab cikgu tusyen dia masuk secara berpasangan. Bagi handouts [yang saya tak tengok sepatah haram, bagi sebab cikgu sebenar tu suruh bagi handout tu], lepas itu meninggalkan kelas dan solat Maghrib dengan memesan kepada kekasih hati, jangan tinggalkan tunangmu seorang diri dengan anak-anak murid. Hee.

Back then, lepas solat, I introduced myself. Lepas itu, tetiba mendapat soalan yang berbunyi, "macam mana nak tahu unsur tu isotop". Terus gebon kau. :p Saya mengalami dementia terus. Tapi muka maintain tahu. And finally I got the answer yeyeh. Eh tapi serius gebon tak ingat. Lepas student tanya, saya terus mengadu kepada tunang. Dia ada kuasa penenang jiwa. Luckily :D

The class went well. I discovered that I have dementia and I can pretend that I know everything. Punya cuak bila student tanya macam mana nak kira compound bagai. Engkau ingat kah bagaimana nak kira mol, relative molecular mass dan sebagainya? Ok, I can talk big. Saya dah tahu semula selepas nyanyuk lapan tahun :p

End of tuition thingy.

Kembali kepada duit. Selama berapa lama entah, setiap kali melalui jalan Seremban-Tampin, saya melihat sebuah mahligai di tepi jalan, and wonder, banyak betul duit orang ni. Apabila mahligai tersebut siap dibina, tetiba mengalami kejutan budaya. Ceh. Orang berduit banyak tersebut ialah Kak Ilah, my second cousin. Baru tadi pergi rumah terbuka dia, dan lihatlah ini:-

What a wow mansion.

Maka, saya berharap suatu hari nanti saya akan menjadi orang yang senang dan berguna kepada masyarakat, bangsa dan agama.

Kenapakah entri melimpah ruah? Jawapannya ialah, saya terpaksa berjaga sebab kejap lagi hendak menolong emak kesayangan membuat sesuatu.

Em petang tadi saya dan keluarga ke rumah bakal mertua. Boleh the fiance pengsan tak bangun-bangun tak jumpa bakal mertua dia. Berperangai dia hari ini.

Saya berdoa supaya 25 September menjadi hari yang baik buat saya sekeluarga dan juga bakal keluarga. Amin.

wink wink ~.^

Wednesday, September 21, 2011

25th birthday: Nurul Huda Razalli

Assalamualaikum.

Dear Nurul Huda Razalli;

Happy 25th birthday to you. Semoga anda dipanjangkan umur dalam keberkatan dan dimurahkan rezeki. No more birthday cakes [sobs]. Gambar birthday cake anda tahun lepas pun tak upload kerana disimpan dalam memory card handphone lama Muhammad Izzat. Sorrrryyyy. Selamat makan kek dengan housemate :p

Happy birthday Udeq! Jom kita celebrate sama-sama.

Good luck. BFF. I Love You.

wink wink ~.^

Sunday, September 18, 2011

Alhamdulillah for this Izzat

Alhamdulillah, for this gift.

Muhammad Izzat. Walaupun bulat. Tapi banyak stok kasih sayang.
Heh Heh. :p

Ok. I can't continue writing, else, you will throw up.

wink wink ~.^

Friday, September 16, 2011

Friday Diary

Assalamualaikum masyarakat. Semoga anda sihat. Saidamunira sakit pinggang, rutin bulanan. Hmppppffff.

Of yesterday. We [
note the 'we' please] planned to jog together. Walaweh, dietitian tak akan lah det nak makan saja, dietitian kena mentunjukkan contoh yang baik dalam mempromosikan kesihatan kepada umum.Ha ha.

Ok. Back to the 'we'. The fiance took a HUGE nap, define nap. Apakah maksud nap kalau plan jog terus terbatal lalu I changed the plan as Uncle and Aunty called me to join them for early dinner in Seremban town. Oleh itu, I dated my parents in law. Hihi. So, WE did not jog. And 'we' was no longer Saidamunira and Muhammad Izzat, tetapi Saidamunira, Uncle and Aunty. What a day. :p

This morning, again. The fiance invited me for breakfast, I thought it will be a breakfast date, I tak mandi ye tak mandi. Tetiba, the future parents in law [again] with the fiance, fetched me for breakfast at Lavender. Dari memakai seluar tidur, terus melompat cari jeans. Kah kah kah. Luckily Azren joined us, dia pun tak mandi [kot]. :p

I am now in Angah's room. Bergelumang atas katil berlima, [sadly without Along :p], watching movie together, dari petang tadi sehingga terpengsan-pengsan. And I am still in pain. Uwawa.

Sorry to Sabqi, bakal pengapit Muhammad Izzat, for not attending your open house. Saidamunira sedang menyenaraikan calon pengapit wanita. Kalau Udeq ada, agak-agak boleh tak lantik beliau lagi? Huih kerjaya tetap atau apakah, rekod betul Udeq jadi pengapit semua orang! :p

Baiklah, sekian. Saya kenyang makan dekat rumah terbuka Encik Duan, iaitu jiran. Special dish, gulai rusa. Kau ada? Tak ada bukan?

Selamat Hari Malaysia! I love Malaysia.

wink wink ~.^

Sunday, September 11, 2011

The Power of Praying

Assalamualaikum.

When things go wrong or even so very wrong or LESS RIGHT [just like Megamind] between you and the one you love, please don't let too much hatred inside your heart.

You may cry if that can shut your mouth from yelling at the one you love.

If you hurt a lot, think twice to fight with harm words, even you knew your agreeableness is low. [eh eh macam kenal je ni ><]

When the one you love says "SORRY", you don't have to force yourself to forgive.

Instead,

Pray together when you have the chance. [Tada tada!! Inilah Ustazah Pilihan wowo :p.] Tetiba antiklimaks. Ok. Point is, dirikanlah solat berjemaah. You can feel the miracle, trust me. Sebab itu salah satu faktor kebahagiaan rumah tangga adalah agama. The flame will disappear.


Sekian dulu.


End of love story. [For today ONLY :p]

wink wink ~.^

Saturday, September 10, 2011

Knowing Your Future Spouse

Assalamualaikum.

I'm still ALIVE today, thank God. Selepas bersemangat kesukanan jog bersama Muhammad Izzat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi semalam, took shower and prayed at Lavender Ht, had dinner together at SR, then straightly drove back home, hua. Lalu telah berasa separuh mati dan tertekan sebab saya nak sangat menonton Dark Night cerita Joker dekat TV3 malam tadi, tapi tidak berkemampuan. We jogged 3.5 rounds, so it was about 1.4 km. Awesome, no?

Review sikit Kompleks Belia dan Sukan Paroi. It was awesome, I tell you. Ada gim, gelanggang futsal, track, padang bola sepak, skateboard track, rock climbing, aerobic, poco-poco. Sungguh meriah pada waktu petang, terharu tengok warga Seremban menjalankan gaya hidup sihat. Hihi. Btw, I didn't snap any photos yesterday, since I left my phone in the car. Tetapi suasana memang sangat meriah, macam ada temasya apa entah petang itu. Muhammad Izzat cakap, tia-tiap hari memang macam tu. Two thumbs up!

And the love part. While we had dinner, the fiance was SOOOO SUPER BUSY WITH FANTASY FOOTBALL. (!!!!!!! UGH) [note the caps lock please] and asked me whether I want spaghetti meatball. Then I asked him, "dear, what do you know about me?".

Still focusing on fantasy football. Still. And suddenly he answered my question with a song,
"I know you want me, you know I want ya". [Pitbull song] And still. Fantasy football, without a blink to anything else. (!!!!!!!!!!!!!)

Menerima kenyataan mempunyai bakal suami sedemikian. Entah apakah ini emo atau ini akibat memerlukan temu janji tanpa distraction.

Sekian dulu. Tetiba rasa nak makan dengan banyak. Pagi tadi telah bersyukur kerana masih hidup, sebab itu we need to enjoy life dengan menikmati makanan. Baru lepas beli lemang sebab emak ada masak rendang daging. Selamat hari raya lagi.

wink wink ~.^

Wednesday, September 7, 2011

Momentum

Assalamualaikum.

I've been thinking of time. Betapa perlu ingat lima perkara sebelum datang lima perkara. Sekarang perlu ingat waktu lapang sebelum datang waktu sempit. Em. Rasa macam dah sempit sikit dah, tapi ciri-ciri keinsafan belum intense. Sebab asyik rasa I can handle things efficiently when I'm in a rush. Hmm. Setiap kali itulah akan terbayang muka mommy yang serius memang comel tersebut. I need momentum. Please please momentum. Come to mama. Anak saya nama dia momentum. [?]

Dua hari lepas telah makan malam di Restoran Haslam, dekat dengan Hospital Tawakal. Went there with Hasnan, Diana and her fiance, Ganu. Saidamunira telah makan nasi goreng ikan masin tapi berasa cemburu dengan mi bandung Hasnan dan Ganu yang sedap. Paw Hasnan satu suap. Maka telah berasa lebih cemburu apatah lagi Hasnan makan dengan penuh bergaya menyebabkan perasaan cemburu semakin menjadi-jadi. So, what we should do kalau cemburu begini ialah, habiskan nasi goreng ikan masin, lepas tu bungkuslah mi bandung! Heh heh.

Perkara sama telah berlaku di JM Bariani House Wangsa Maju yesterday dengan Diana dan Hasnan. Makan makan makan, sampai request nasi tambah. How big my tummy is. Em. However, I am a cute monster still, baru timbang tadi, my weight is 44.3 with baju kurung. Ini sungguh memberansangkan, di mana berat badan sewaktu bulan puasa dengan baju kurung adalah 45.7 kg. Weeeehu. Terus berasa akan meneruskan misi makan banyak secara gembira. PEACE!!

BTW, thank you to Hasnan and Diana for your treat. Kali ini betul-betul farewell dengan Hasnan. And today, I am alone at faculty and great things happen. First draft paper seterusnya telah pun siap, semua sebab Saidamunira tidak ada kawan untuk bermain-main lagi. Haha. Momentum anak saya itu barangkali telah pulang ke pangkuan. Takmau malas lagi. I'll be good, hardworking and pray for my friends' success. Eh doa untuk diri sendiri tak lupa.

Ok, sekian. Hari ni gua serius tahu.

wink wink ~.^

Sunday, September 4, 2011

Fifth to Sixth Day

Assalamualaikum.

Raya kelima dan keenam sungguh menyeronokkan. Sungguh sesungguhnya. :D

Okeh. Blog akan bergenre diari.

Semalam telah menyertai rombongan menghantar Abang Shafiq the cousin bertunang dengan Cik Ain [
eh iyoko ni] di Taman Melati. Kemudian beraya ke rumah family Bang It di Sri Gombak. Kemudian. Ehem. Paling menseronokkan ialah beraya di rumah Muhammad Izzat. Because I met my friendS there, lantas tak mahu balik rumah bersama keluarga. Hehe.

Pergi beraya menaiki girlfriend Zulid 575, terus berasa bossy sebab duduk belakang. Seronok takyah jadi driver. Konvoi raya edisi mini tahun ini disertai oleh Khai and the fiance, Mirul, Caja, Balay, Fik, Zulid, Wanik, Alang, Muhammad Izzat the fiance and I. Went to friends' houses i.e. Caja, Salwana, Zulid dan Alang saja. Walaupun empat biji rumah saja, tapi please see the duit raya-S:-

Yesterday's duit raya.
Terima kasih kawan-kawan yang sudi bagi duit raya, iaitu Wanik, Zulid and Alang.
Eh eh lagi dua tu dapat semalam juga, daripada Pak Sha dan Kak Muni dekat rumah Bang It. Weehu.
Alhamdulillah.
Semoga anda semua diberikan rezeki yang berkat dan melimpah ruah. Amiin.

And today. Berbahagia lagi. Bakal mertua datang beraya berpasangan, tanpa anak-anak mereka. Hihu. Setelah mereka pulang, the fiance and his brother, Safwan visit us. Serius berasa seperti keluarga. Went to Makwan's house dan menziarah kubur Atuk juga. Muhammad Izzat berasa seperti balik kampung. Suasana hari raya sungguh menjadi sebab Safwan pakai baju Melayu dengan songkok. Phewwit. :D

I treasure my friends and family. Muhammad Izzat, thank you :-*

wink wink ~.^

Friday, September 2, 2011

Aktiviti Lebaran

Assalamualaikum.

Bagaimana perayaan anda? Semoga baik-baik saja. Saidamunira mengalami chronic fatigue syndrome, sebab penat sangat jadi orang dapur. Sejak hari raya pertama, baru keluar rumah tiga kali, kali pertama pergi rumah atok dan makwan, etc. Kali kedua pergi rumah paklong. Kali ketiga, pergi kedai beli cili kering. Aktiviti lain, semua aktiviti virgin [aww] atau lebih sweet dikenali sebagai aktiviti anak dara i.e. basuh pinggan, kemas dapur, buat air, and latest, memasak.

Disebabkan itu semua adalah aktiviti anak dara, I wonder juga lah. Macam mana bila berkahwin kelak? Kata anak dara. Kalau dah berkahwin, tiada lagi itu semua, bukan? Ops. Bukan berciri lucah ye. Cuma wonder. Adakah aktviti tersebut akan jadi lebih vigorous apabila menjadi isteri orang?

Ceh. Banyak lagi benda nak fikir, contohnya Prof. suruh fikir mana nak submit journal, itu SMS Prof. sempena hari raya kedua. Sempat Prof. bodek saya, tanya pasal tunang, lepas tu cakap tunang saya baik akhlaknya. Ewah. Engkau tahu, report saja pujian tersebut kepada Muhammad Izzat, terus beliau berakhlak tidak sopan dengan tunangnya. Haha. Kemain berlagak dia. Anda memang mempunyai hidung senang mengembang, bukan sayang?

Emm dan esok, saya berasa akan penat sebab pelbagai aktiviti menunggu. Hari ini penat bekerjaya di dapur. Baru tadi Ben dan Epin datang beraya. Tak kusangka musuh ketatku Ben atau nama sebenar, Muhammad Faiz bin Abu Bakar sungguh berciri YB. Anyways, saya berasa terhibur dan gembira sebab saya berjaya memasak Chinese Fried Rice masin untuk makan malam mereka, menandakan haku memang nak kawen dah. Keh keh keh.

Sungguh pun awal hari ini mengalami heart-throbbing event sebab buckle Renoma pada purse saya missing in action for good, saya telah positifkan diri dengan mencuci Scarlie dengan sabun Sunlight. Again! :p Berasa bahagia betul melihat Scarlie the red car berkilat, terus berasa bahagia tak terkata, boleh menandingi Whitey the fiance. [You, ada beran nak lawan tak? nak tak? nak tak?]. Hmm. Tapi kan, lepas tu terkenang kembali purse tersebut. Apakah barangan Renoma tak berkualiti? Slumber ayam tercabut. Sekarang berazam untuk membeli purse baru, tapi purse tersebut baru berusia sebulan lebih baby corn. Hmm. :(

Baiklah semua. Saya mendoakan anda berbahagia bersama insan yang dikasihi pada lebaran ini. Insan yang saya kasihi memang kurang memberikan perhatian kepada saya sempena perayaan macam ni, sebab saya pun sama. Tak beri kasih sayang sangat sebab sibuk di dapur saja. Tapi tak kisah lah, selain tak payah lah nak merajuk ke apa, sebab we knew each other well. Contohnya, saya tahu beliau sekarang pergi main futsal dengan kawan-kawan, mesti akan balik lewat malam, dan beliau pun tahu saya penat dan sakit tumit seharian jadi bibik di dapur. Maka, kita tunggu saja lebaran akan datang untuk bercinta di hari raya. Apahal saya poyo ni pun tak berapa tahu. :p

Kepada Diana, selamat bertunang esok dan berbahagia hendaknya. I love you DD Diana Darling. :-*

Sekian.

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.