The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 29, 2012

T_T

Dear diary. [Heh poyo diari tapi menjadi tatapan umum.]

Malam Jumaat yang lepas saya telah makan malam bersama you-know-who di rumahnya. Sambil tu study Bio. Betapa ilmiah sesi makan malam. Selepas makan, kami menjenguk tuition office, macam biasa. Kena berlatih dari sekarang, demi masa depan keluarga. Selepas itu bersiar-siar bersama you-know-who. Semua sebab he requested me to spend the night together sebab Sabtu dengan Ahad dia kerja. Ecece.

Semalam dan hari ini beliau berkhidmat dengan MHS, [free labour] tetiba dah sampai Subang sebab takci naik heli. Hari ni pun sama. Maka, saya telah mengalami perasaan yang sedih. Lagi dia passionate dengan kerja, lagi saya berasa loser. :p

Agaknya sebab dah nak kahwin, start dah mengimbau kenangan lalu. Kenangan main chess sama-sama dekat SR, dekat depan lobby hotel, dan semestinya bila queen saya kena makan saya give up takmau main lagi. WUWUWU T__________T dah lama tak det dengan beliau. Mentengok wayang apatah lagi. Apakah ini semua simptom penuaan?

I miss him. Ouch. :'(

Oh ye. Saya pun agak kecewa hari ni sebab nak pergi fitting tapi Kakak Andam tersebut dah chow sinchi pergi AJL sebab nak pi mekap kan artis untuk malam ni. Hmmm.

Okla, baik saya pergi sambung my poodle project. Sekarang dah rasa tak sabar nak kahwin.

Kecewa serta emo. Bye.

Friday, January 27, 2012

January Update

Malas nak countdown. Memang masa sedang pantas berlalu, so takyah sibuk countdown. Tahu-tahu je nanti bangun tidur pastu dah sampai hari nikah. Hehe.

Sebagai blogger, saya pun update lah blog ini. Sungguh pun sekarang malas. Tapi saya tak berapa ada masa nak lagho lagho ni dah tahu. Saya semakin mengalami simptom-simptom penuaan. Dekat blog pun taktahu nak buat berita apa dah. Kalau tulis banyak pun pointless.

Kalau nak tahu, kad kahwin belum siap. Borang nikah pun belum. Baju nikah dah siap. Baju resepsi satu belum fitting. Lagi satu baru je tempah. Baju lelaki kesayangan pun baru tempah. Maklumlah, kami individu bersaiz mini. Lagi pun, lelaki kesayangan tu kan memang suka pakai baju sendat-sendat.

Banyak lagi tak selesai. Tak berapa sempat nak fikir itu ini tak siap. Sebabnya, TESIS BELUM SIAP. KALAU TAK SIAP SEBELUM KAHWIN, tak best lah. Sebab, perancangan nak submit tesis awal bulan Mac ni, lepas tu nak cuti sebulan. Data collection untuk PhD tu kita buat-buat lupa je lah dulu. Hihi.

Setakat ini, saya sungguh poyo dan berharap menjadi pelajar, cikgu dan anak yang cemerlang. Tugas sebagai tunang yang cemerlang macam emm. Macam taktahu lah yang itu nak ukur cemana sebab ada beberapa permintaan lelaki kesayangan yang belum tertunai. :p Sorry ye sayang.

Sekian. Selamat berusaha mencipta masa depan. Dah lama tak horei horei bila hari Jumaat datang. Sekarang semak sikit hari Jumaat sebab nak kena study Chemistry and Biology. Uwaa T_____T

HAPPY BIRHTDAY AYAH and Jamila :D

wink wink ~.^

Monday, January 23, 2012

Shopping

Lucky us. Saturday, Malacca.
Nama baru dia BoRoiBoy. Saya rasa comel la nama tu, tapi dia tak puas hati pula.

Dari hari Sabtu pergi membeli belah kain. Dari Melaka sampai ke KL. Nasib baik tak bawak ke Terengganu beli songket. Hehe.

Thank you emak ayah dan uncle and auntie. :-*

wink wink ~.^

Thursday, January 19, 2012

Terrence

Dear diary.

Out of nowhere berkenalan dengan Terrence iaitu lelaki budiman berusia 26 tahun, was a dietetic student of UPM. He is very NICE and cute. Secara sangat. Dan secara sangat memberikan cadangan masa depan secara sangat sincere.

Thank you Terrence. May God bless you.

Serius terharu bila hidup penuh miracle macam ni. Kenapa Terrence baik sangat?

wink wink ~.^

The thoughts.

Lagi ~2 bulan nak kahwin dan saya masih lagi berasa blur nak kahwin. Yang penting ialah rasa nak masak-masak lepas kahwin. Cita-cita tinggi nak masak untuk ibu bapa dan keluarga. Taktau lah boleh masuk kategori poyo ke apa. Dan taktau kenapa saya nak relate kahwin dengan memasak.

Preparation kahwin melompat ke sana-sini. Lepas jumpa Kak Mawar konon nak fitting Sabtu lepas membawa ke jalan buntu. Buntu ye buntu. Haha. Apakah nasib. Adakah sempat daku dan pasangan menjalankan plan B. Masa terus berlari meninggalkanku. Terfikir juga, berapa banyak kaki yang masa ada. Huh.

Kenapa entah malas sangat nak fikir pasal kahwin. Dilema dewasa awal yang dialami ini membuatkan saya nak kahwin cecepat pastu takyah fikir banyak lagi. Yang penting boleh memasak untuk suami. See see. Apa kaitan pun taktau, tapi itulah perasaan di lubuk hati sekarang.

Maka lepas ni kalau nak sambung study lagi kena fikir 25 ribu kali nak duduk kat mana. Uncle aka bakal bapa mertua tu dah pesan supaya jangan tinggal asing-asing. Oleh yang demikian, saya tengah rationalize ni nak duduk kat mana yang boleh memasak-masak tetiap hari untuk pasangan hidup dunia akhirat itu. Errk. Lagi?

Baik saya berhenti dan lupakan blog ini buat sementara waktu, sebab cita-cita saya nak hantar tesis dan cita-cita mommy nak saya publish intervention paper saya ni kat journal quartile 1 harus dilaksanakan. Bye!. Saya nak jadi rakyat Malaysia yang berdaya saing.

wink ~.

Saturday, January 14, 2012

KL Tower Sri Angkasa and Pakya

Assalamualaikum.

I don't even know why I let myself feels terribly sad today. Tapi sampai petang tadi, saya dah tak sedih lagi lepas the fiance datang ke rumah dan bawa saya jalan-jalan. Emak dan ayah ajak dia makan, dia takmau. Tapi nasib menyebelahi perut beliau, kerna kalau beliau makan nasi dekat rumah saya, teruklah. Sebab, kami pergi minum petang makan black pepper lamb pie, spaghetti chick ball with extra cheese, ice blended chocolate and ice blended espresso [
eh ke mocha entah]. Oh, before that, we had cendol PakYa dekat Rembau. Punya lah famous, boleh orang Rembau ni taktau. Kedai cendol Pakya siap ada tulis "sejak 1948". Whuaa, saya terus menjadi jakun. Patutlah cik Katijah Ibrahim dok post post dekat fb haritu. Memang sedap pun. Thank you kepada bakal suami sebab belanja :D Er dan lagi, pagi tadi telah bersarapan McD bersama-sama, cuma selepas itu kami telah merajuk dan meninggalkan masing-masing. Sebab tu petang tadi pergi merawat hati. Hihi. Thank you my hunny bunny. I love you and your belly too. :p

Err I drove back from McD listening to Mad song by Ne-Yo. Terima kasih Fly Fm. Huh. Makin menjadi-jadi sedih. Hehe. Tapi sekarang dah tak sedih lagi tau. :D

"I know sometimes it's gonna rain. I can't sleep through the pain"

BTW, Product : Jelly Belly grows thicker.

Rezeki melimpah ruah. Semalam mommy bawa pergi hi-tea dengan Prof Ng from NUHS aka grandpa dekat Restoran Seri Angkasa, Menara KL. Hehe. Turut serta ialah Mrs Ng, Dr Hasnah aka Kak Cik Nah dan juga Hasnan, my best buddy. Mommy ingatkan nak buffet lunch, tapi masa sampai sana dah pukul 3.30 pm. Lunch finish at 3.00 pm. Oleh itu, rezeki yang turun cuma tea/coffee/iced lemon tea with cheese/blueberry cake. Each of us had one slice of cake and a cup/glass of drink. And it costs RM 418. Mommy yang belanja. And then, mommy pesan dekat saya dan Hasnan, "
The more you give, the more you get". Semoga mommy dimurahkan rezeki.

At night, I had dinner at Shazana, Kg Baru and Hasnan treated me. Turut serta ialah Fahmi. Sungguh berasa bersyukur dengan hidup ini. Macam mana lah orang yang berlapar dahaga sebab tak dapat makanan tu. Tak dapat bayangkan.

Malam ni pula taktahu lah mampu makan ke tidak. Emak masak ikan, sotong dan sambal. Sebab makan dengan the fiance tadi, sekarang pun belum mampu pergi mandi sebab terlampau kenyang.


the family: from left- Mrs Ng, Prof Ng,Prof Suzy, Hasnan dan si comel. Hiks.

Dr Saida Mj with Dr HH. Yeeha :p

Alhamdulillah. Wonderful life.

p/s: I miss my Cessna. Toooooo much :-*

wink wink ~.^

Thursday, January 12, 2012

Froyo

Assalamualaikum.

It's my responsibility to review about this new brand of FroYo. Frozen Yoghurt is a healthy snack. Sebagai dietitian [yang poyo], saya galakkan rakyat Malaysia makan frozen yoghurt. Galakan turut dilebarkan kepada anak-anak bangsa bakal tunggak masa depan negara. Err.

Okay. As you are aware, Tutti Frutti has won most of Malaysian hearts. Termasuklah saya. Tapi tak boleh makan selalu sebab ia agak mahal iaitu Rm5/100g. Kalau saya murah hati, saya akan belanja kamu.

Last week, I tried Froyo at a new Froyo outlet at JJS2. Nama dia Sweet Chills. Murah sikit berbanding Tutti Frutti, RM4.50/100g. Tetapi tak berapa memuaskan hati lah terhadap rasa dia. I think I prefer Tutti Frutti.


Sweet Chills' Froyo. Had it with Azreen when I celebrated her birthday last week.

* * *

Kanagu ialah seekor kucing. Kucing itu nakal. Nama papa dia Muhammad Izzat. Mama dia tak mengaku mama. [That's me that's me!!] Papa Kanagu sangat sayangkan Kanagu. Tapi mama Kanagu tak sayang dia sebab Kanagu suka kacau saya makan. Dah lah dia tak comel. Tapi semua tu kenangan. Muhammad Izzat sangat sedih Kanagu dia dah mati hari ini.

* * *

Itu berita. Berbalik kepada Froyo, the fiance itu kadang-kadang irritates me so much. Kenapa entah perlu panggil saya TuttiTiti. Kadang-kadang Tutti. Tak comel langsung, bukan?. Serius tak puas hati.

Sekian.

wink wink ~.^

Saturday, January 7, 2012

FastFoodMarathon & 'Hecticity'

Assalamualaikum.

This week is a history. Tak pernah saya buat perangai teruk macam ni. Er tapi tak keji, it's okay. Cuma dari segi pengambilan makanan, terasa berperangai teruk.

Jadual crazy marathon minggu#1 Januari:
Isnin [det dengan kekasih hati] - lunch at Burger King, dinner at Rosdet, enjoying the favourite fish dish.
Selasa - lunch dekat kafe dengan Ani, dinner [dengan besties, Haiza & Aisyah] at YellowCab Pizza, BINGEING!
Rabu - lunch pakcik, dinner alone at McDonald's
Khamis - breakfast at McD, lunch at Chicken Rice Shop, dinner at KFC with IzzatLove
Jumaat - breakfast with KFC twister and nuggets, dinner, Dunkin Donuts [IzzatLoveLoveLove belanja, thank you Sayang], supper saya tak makan, tapi lelaki kesayangan tu makan Lambchop pukul 11 pm, KF belanja
Sabtu - kawal nafsu kawal nafsu, tapi takleh bagitahu apa saya dah makan.
Ahad - makan kenduri kahwin Islami, InsyaAllah.

Ya Allah ya tuhanku. Kusyukuri nikmat-Mu. Jauhi kami dari bahaya penyakit. Amin.

* * *

Dear diary.

Menjadi dewasa tak mudah. Seminggu masuk 2012, hari ini berperasaan pelik. Agaknya nervous jadi cikgu tusyen, tengok anak murid comel-comel, handsome-handsome, lepas tu pandai pulak tu. Cikgu dia sekadar setinggi 152 cm. Lepas tu pulak, anak murid kaki gosip. Gossiper bukan main-main, pelajar lelaki pula. Dahlah tu, gossiper tu agaknya boyfriend sepupu cikgu kecil ini pula. Aduhai anak murid. Mensiput cikgu bila anak murid gossip-gossip cikgu nak kahwin dengan anak pengetua tusyen ye.

Entah taktahu nak describe. Harapan aunty dan uncle tinggi melangit. "She is my future", kata Aunty kepada client beliau sambil mencium pipi saya. Harapan emak dan ayah, saya akan berkonvo topi bulat. Harapan bakal suami, tak terkata tinggi. Rasa bahagia tiba-tiba terbeban dengan tanggungjawab. Masa untuk keluarga tiba-tiba terbahagi untuk kerja. Hmm.

Hati macam sayu pula. Terlalu besar harapan semua orang terhadap saya. Habis tu impian saya ni nak buat cemana?? Ok. Impian yang mana satu? Taip entri blog pula sebelah emak dan ayah. Hm. Rasa nak menangis.

Sekarang nak minta macam-macam. Yang paling penting saya nak minta supaya saya menjadi anak yang baik dan isteri yang baik kelak.

Mungkin baru first week, saya belum boleh rationalize. Selain tu agaknya saya hormonal. Kan dah cakap, doktor pesan saya alert dengan period cycle. Fikir lagi. Fikir lagi. 75% jadi harapan atau takyah ambil risiko langsung?

Mommy pula menunggu tesis siap dikarang. Kalau mommy tahu masa saya terbelah bahagi, dari KL ke Seremban, dari Seremban ke KL, dari KL ke Rembau, agaknya dia nak rotan saya tidak?

See. Can you imagine my life now?

Anyways, saya akan berusaha menjadi SUPERSAIYA!!

Permudahkan urusanku, Ya Rabbi.

Sekian. Otak saya terbelit.

Wednesday, January 4, 2012

Mixed Feelings.

Assalamualaikum semua.

Rezeki hari ini telah turun dalam pelbagai bentuk, cuma hari ini semacam stress. Hmm.

Saidamunira tidak bertindak secara berkesan terhadap perbincangan tesis sebab GUA TAKTAU NAK BUAT CEMANA. Aisemen. Baru nak mula buat dah sakit kepala. Tuhanku, help me.

Sebagai pelajar siswazah, saya telah mendapat baucar buku 1Malaysia bernilai RM 200.00. Telah pun bercadang untuk beli buku rujukan tusyen dan buku latihan. Tetapi hajat terbantut sikit sebab I am Lionel Messi. Er messy. Saya sangat menghargai baucar tersebut dan akan memanfaatkan baucar tersebut secepat mungkin. InsyaAllah.

Selain itu, saya sangat mengantuk hari ini, kesan Yellow Cab dinner kah atau lunch nasi pakcik kah. Perlulah bermotivasi hari ini sepatutnya, bukan sebab makan sedap-sedap, orang belanja, tapi tak juga jadi pelajar yang rajin berusaha. Sesungguhnya, Haizayati adalah generous. Contohilah beliau kalau ingin menjadi rakan yang baik. Eh Aisyah pun baik juga. Hihi. Banyak yang telah kami makan, tak pernah menyangka pada tahap sekarang saya semakin maju, di mana saya mampu makan 4 keping pizza, 1/6 box spaghetti meatball dengan sebiji meatball, serta dua ketul chicken wing beserta air Coke. Apakah saya telah pelajari teknik makan secara banyak daripada tunang saya itu? Atau adakah kemungkinan saya akan makan lebih banyak selepas berkahwin kelak? We'll see.

Yellow Cab Pizza. Yellow Cab Spaghetti Meatball. Heaven.
Kusyukuri nikmat-Mu Tuhanku.

Received a phone call from Klinik Kesihatan Ampangan. They set an appointment for us with a specialist. I appreciate that efficient action. Tetapi telah menjadi bertambah stress kepala otak saya bila doktor yang bercakap dengan saya tadi suruh saya sangat alert dengan period cycle dan cepat-cepat-cepat-cepat kenalpasti once I miss my menses. Lepas tu pergi buat kad mengandung cepat-cepat dan jangan pergi klinik swasta. Terus stress apekebenda entah aku belum kahwin lagi tapi telah diberikan nasihat sedemikian rupa. Sangat berasa nervous nak kahwin. Apa pun, terima kasih kepada doktor tersebut.

Hmm. Dugaan.

Oh lagi satu. Saya mendapat hadiah daripada Manal iaitu Talbinah. Engkau tahukah apa itu Talbinah? Mestilah taktau tu. Hehe. Menurut Manal, ia adalah sejenis makanan berasaskan beras, di mana di negara Palestin (negara asal Manal) ia sangat terkenal. Menurut hadis kata Manal lagi, Talbinah ini boleh mengurangkan kesedihan. Kajian Manal pun telah mendapati terdapat kesan intervensi yang signifikan bagi skor skala kemurungan geriatrik (GDS) di kalangan kumpulan intervensi.

Sekian dulu catatan saya. Tunang saya berpesan supaya saya kurangkan membebel dan tak boleh merajuk selalu. Saya tak selalu merajuk pun, tapi sebab hari ini messy, saya cenderung mengalami kecelaruan emosi.

Alhamdulillah syukur nikmat, Malaysia maju rakyat selamat.

wink wink ~.^

Tuesday, January 3, 2012

Great Year 2012

Assalamualaikum. Sista sista kemon.

Seorang budak yang hendak memasuki alam 25 tahun hendaklah bersedia dari pelbagai sudut. Antaranya ialah menjadi dewasa yang bertanggungjawab, sedar akan keupayaan diri sendiri serta mengharmonikan hubungan dengan persekitaran.

Sesungguhnya, saya berasa sangat bahagia mempunyai bakal suami yang bulat dan comel itu. Beliau kuat makan tetapi nampaknya tabiat tersebut sudah mula dikikis sedikit demi sedikit dan harap lebih banyak lah lepas ni sebab semalam nak beli belt Fossil buckle bulat yang sangat fashionista itu tapi tak muat. I told you Sayangku, anda berperut. Tiada keraguan lagi lah bukan. Tapi tak apalah, masih ada belt Fossil bersaiz lebih besar, cuma dia kecewa sebab tak dapat that classy buckle. Innallaha ma'as soobiriiiin my dear. Haha.

Kemudian, mempertimbangkan peningkatan usia, saya perlu menjelaskan kedudukan saya sebagai rakyat Malaysia. Saya akan pergi mengundi, InsyaAllah. Oleh itu, saya berdoa supaya pilihan raya tidak jatuh pada hari perkahwinan saya. Kalau tidak, tak tercapailah hajat tersebut. Please be kind to me, Malaysia.

Saya juga mendapati bahawa pembelian barang hantaran perkahwinan adalah sangat memakan masa. Saya menjadi tak puas hati sikit sebab semalam telah merancang untuk selesaikan pembelian itu semuanya, tapi target tak kesampaian. I still have to plan for another day, which is haku sungguh malas nak berjalan ke sana sini sekarang sebab tesis kan tak siap lagi. Hem-dem betul.

Nasihat kepada bakal pengantin, kalau nak beli barang hantaran, pergilah bersama pasangan anda. Nescaya setiap barang tersebut ada kesan di hati.

Betapa saya tak sangka akan kahwin dengan classmate 1 Ibnu Khaldun. Semoga jodoh kami berkekalan sebab saya mendapati bahawa hidup saya terlalu best bersamanya walaupun dia tak banyak duit, tak macam sesetengah tunang tu di mana anda boleh mengepaw beliau sesuka hati. Lucky me, cinta itu bukan letaknya pada duit beliau. Sebab duit beliau ada tapi cepat habis. Kalau cinta cepat habis, hidup saya tiada bahagia. Eceh.

Bagaimana saya tahu dia untukku? Sebab. Sebab. Sebab pernafasan seharian tanpa beliau membuatkan saya berasa sesak nafas. Atau samalah macam makan setiap hari tapi makan tanpa nutrien. Atau dalam erti kata sebenar, kalau dia boikot saya [ini dulu], saya rasa loser habis sampai bangun pagi pun rasa taknak gosok gigi.

Esok berjanji akan buat discussion untuk tesis. Bantu Saidamunira, tuhan.

Happy 2012. Percayalah Allah sentiasa baik terhadap kita.

"Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal, Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil belari.” Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah RA.

Wassalaamu.

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.