The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 3, 2012

Great Year 2012

Assalamualaikum. Sista sista kemon.

Seorang budak yang hendak memasuki alam 25 tahun hendaklah bersedia dari pelbagai sudut. Antaranya ialah menjadi dewasa yang bertanggungjawab, sedar akan keupayaan diri sendiri serta mengharmonikan hubungan dengan persekitaran.

Sesungguhnya, saya berasa sangat bahagia mempunyai bakal suami yang bulat dan comel itu. Beliau kuat makan tetapi nampaknya tabiat tersebut sudah mula dikikis sedikit demi sedikit dan harap lebih banyak lah lepas ni sebab semalam nak beli belt Fossil buckle bulat yang sangat fashionista itu tapi tak muat. I told you Sayangku, anda berperut. Tiada keraguan lagi lah bukan. Tapi tak apalah, masih ada belt Fossil bersaiz lebih besar, cuma dia kecewa sebab tak dapat that classy buckle. Innallaha ma'as soobiriiiin my dear. Haha.

Kemudian, mempertimbangkan peningkatan usia, saya perlu menjelaskan kedudukan saya sebagai rakyat Malaysia. Saya akan pergi mengundi, InsyaAllah. Oleh itu, saya berdoa supaya pilihan raya tidak jatuh pada hari perkahwinan saya. Kalau tidak, tak tercapailah hajat tersebut. Please be kind to me, Malaysia.

Saya juga mendapati bahawa pembelian barang hantaran perkahwinan adalah sangat memakan masa. Saya menjadi tak puas hati sikit sebab semalam telah merancang untuk selesaikan pembelian itu semuanya, tapi target tak kesampaian. I still have to plan for another day, which is haku sungguh malas nak berjalan ke sana sini sekarang sebab tesis kan tak siap lagi. Hem-dem betul.

Nasihat kepada bakal pengantin, kalau nak beli barang hantaran, pergilah bersama pasangan anda. Nescaya setiap barang tersebut ada kesan di hati.

Betapa saya tak sangka akan kahwin dengan classmate 1 Ibnu Khaldun. Semoga jodoh kami berkekalan sebab saya mendapati bahawa hidup saya terlalu best bersamanya walaupun dia tak banyak duit, tak macam sesetengah tunang tu di mana anda boleh mengepaw beliau sesuka hati. Lucky me, cinta itu bukan letaknya pada duit beliau. Sebab duit beliau ada tapi cepat habis. Kalau cinta cepat habis, hidup saya tiada bahagia. Eceh.

Bagaimana saya tahu dia untukku? Sebab. Sebab. Sebab pernafasan seharian tanpa beliau membuatkan saya berasa sesak nafas. Atau samalah macam makan setiap hari tapi makan tanpa nutrien. Atau dalam erti kata sebenar, kalau dia boikot saya [ini dulu], saya rasa loser habis sampai bangun pagi pun rasa taknak gosok gigi.

Esok berjanji akan buat discussion untuk tesis. Bantu Saidamunira, tuhan.

Happy 2012. Percayalah Allah sentiasa baik terhadap kita.

"Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal, Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil belari.” Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah RA.

Wassalaamu.

wink wink ~.^

0 comments:

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.