The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 27, 2012

January Update

Malas nak countdown. Memang masa sedang pantas berlalu, so takyah sibuk countdown. Tahu-tahu je nanti bangun tidur pastu dah sampai hari nikah. Hehe.

Sebagai blogger, saya pun update lah blog ini. Sungguh pun sekarang malas. Tapi saya tak berapa ada masa nak lagho lagho ni dah tahu. Saya semakin mengalami simptom-simptom penuaan. Dekat blog pun taktahu nak buat berita apa dah. Kalau tulis banyak pun pointless.

Kalau nak tahu, kad kahwin belum siap. Borang nikah pun belum. Baju nikah dah siap. Baju resepsi satu belum fitting. Lagi satu baru je tempah. Baju lelaki kesayangan pun baru tempah. Maklumlah, kami individu bersaiz mini. Lagi pun, lelaki kesayangan tu kan memang suka pakai baju sendat-sendat.

Banyak lagi tak selesai. Tak berapa sempat nak fikir itu ini tak siap. Sebabnya, TESIS BELUM SIAP. KALAU TAK SIAP SEBELUM KAHWIN, tak best lah. Sebab, perancangan nak submit tesis awal bulan Mac ni, lepas tu nak cuti sebulan. Data collection untuk PhD tu kita buat-buat lupa je lah dulu. Hihi.

Setakat ini, saya sungguh poyo dan berharap menjadi pelajar, cikgu dan anak yang cemerlang. Tugas sebagai tunang yang cemerlang macam emm. Macam taktahu lah yang itu nak ukur cemana sebab ada beberapa permintaan lelaki kesayangan yang belum tertunai. :p Sorry ye sayang.

Sekian. Selamat berusaha mencipta masa depan. Dah lama tak horei horei bila hari Jumaat datang. Sekarang semak sikit hari Jumaat sebab nak kena study Chemistry and Biology. Uwaa T_____T

HAPPY BIRHTDAY AYAH and Jamila :D

wink wink ~.^

0 comments:

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.