hai.
minggu ini hari-hari bangun pagi terus mandi, solat subuh dan bersiap-siap [just like carrier woman]. selepas itu bersarapan dengan hanya minum cocoa collagen -[terharu bakal suami di situ. hoho :p].
selepas itu panaskan enjin NewBorN dan memandu dengan sopan ke HUKM, hospital tercinta tempat menimba ilmu. lepas tu start lah dari pukul 8 pagi sampai pukul 1 petang bercakapbercakapbercakapbercakap lagi dengan pakcikmakcik yang datang. lepas tu bagi dia upah RM10 sebab datang. hehhe.
lepas tu, terus memandu pulang ke KL balik. pergi fakulti. beli roti pizza dengan milo dalam tin. itu LUNCH! [woh macam tipu kan? tapi benar]. lepas makan, pergi lab, buat lipid hydroperoxide test. buat seorang diri. and successful. walaupun gebon. enjoyed the labwork though :D. aktiviti berlanjutan dengan gigih sehingga petang.
balik rumah, mengemas, mengemop, memasak, makan, main game lepas tu tidur dan bangun dengan gigih.. sampailah pagi tadi.
em. dan. hari ini petang tak buat lab sebab emosi terganggu sebab NewBorn got long scratch. GEBON tahap giga. my black secret shhhhh.
tapi tapi tapi, lepas saya beli tiket CUCI the musical 2 tadi, saya telah cuba gosok scratch tersebut dengan lotion johnsonNjohnson perisa lavender. scratch tersebut boleh hilang oh my sangat terharu dengan kebolehan ajaib lotion bayi. maka, kesimpulan kita untuk hari ini adalah, kereta pun boleh dipakaikan lotion, dia pun baby juga :D ! yeesh. lepas ni nak cuba pakaikan sanitizer pulak, tengok apa jadi. jadi hygiene freak ke. best juga.
baiklah. bye bye. emm. sebenarnya Cessna garang, takleh kacau dia makan, sebab tu saya kena update blog.
wink wink ~.^
Thursday, July 29, 2010
productiveeeeEE
Posted by idatazira at 9:29 PM 0 comments
Labels: pragmatic
Sunday, July 25, 2010
so negative
hai semua.
walaupun saya berniat nak memandu pulang ke KL petang ini, tapi ayah mensuruh saya memandu ke sekolah Munir sebab kena hantar beliau balik asrama. ini merupakan aktiviti dua minggu berturut-turut dah. dan saya rasa bosan. [aih, komplen?]
sebaik saja saya turn on laptop sekejap tadi, emak mensuruh download sesuatu. saya carik dan telah rasa stress sebaik minit ke berapa entah. sebab macam bosan. [komplen lagi]
sebenarnya sekarang saya nak menonton tv. tapi sebab saya macam ada feeling tak best, maka saya update blog. tengoklah. kalau dalam mood buruk, entri pun sama buruk.
minggu lepas pun saya semacam ada hot temper juga. saya membagitahu Cessna. lalu beliau membagitahu, saya memang sejenis gadis garang. tapi kalau kena marah dengan Cessna terus menangis. [hoh. tak cool bukan?]
emm. esok nak memandu pulang ke KL pagi-pagi, dan itu pun agak bosan.
tengah emo lah. rasa nak kahwin. boleh?
izzatizzatizzatizzzzzatrindulaandajauhIbosansangatmacamnakpengsan
Posted by idatazira at 9:18 PM 4 comments
Labels: no wink
Wednesday, July 21, 2010
the July life
hari Isnin saya pergi Seoul. ya, Seoul bukan di Korea sahaja malah ada di OU. ajaib. bukankah? [rujuk gambar di atas] pasangan saya ialah Udeq. tapi Udeq makan sikit tapi bayar banyak. saidamunira telah bayar sikit [sebab student] tapi makan secara banyak atau boleh juga dipanggil bulimic. perut macam boleh masuk berekor-ekor lembu. tak apa. yang penting bila makan tak lupa baca doa makan. maka kalau makan banyak pun rasa sihat. [ha?] komen pendek: BEST!. komen panjang: sedap tapi takyah pergi kalau bukan spesis kuat makan.
bercerita pasal makan, sekarang boleh tukar topik. cerita pasal teknologi pula. semalam telah pergi Lowyat dengan Hasnan dan Udeq. dengan sekali swipe, Udeq telah mendapat netbook samsung megaWOW sebab kale kuning. envy di situ. saidamunira pula telah upgrade ram Spongetop [the ancient lappy] dan mentukar graphic card dan fan twisTouch [the money-thirst lappy]. Hasnan tak dapat hasil. sindiket Adobe CS5 beliau telah gagal. tapi dapat banyak pahala sebab tolong saidamunira pikul twisTouch. sebab saya kan pikul Spongetop. hm. duit. duit. duit. sekarang sedang guna dua bijik lappy. nak jual satu, beberapa uncles dekat Lowyat menghina lappy saya. katanya, buat display pun tak laku. fine fine. lappy buruk memang tak boleh dibuat duit.
oh ya. saya memang mata duitan lah. sebab, kalau tak ada duit, rasa tak bahagia sebab terpaksa minta duit ibu bapa.
emmmm. lagi satu, pagi tadi telah bermimpi indah. Oranjes telah buat persembahan hebat dalam Anugerah Juara Lagu. Arjen Robben dan Wesley Sneijder pandai menyanyi lagu Sudirman.
baiklah semua. sudah boleh bersurai. jumpa lagi.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 11:13 PM 1 comments
Labels: precious
Saturday, July 17, 2010
I love you. Thank you.
selepas bangun pagi, saya telah pijak lipas pun tak mati. pijak semut mati. seriously. lipas tersebut dipijak (dengan niat), dah kena pijak boleh lari lagi. tapi saya takda pun pijak dia sampai kudung ke apa. tapi macam tu lah. dah penyek perut dia lepas tu dia lari. mungkin peribahasa tu salah. patutnya lari macam lipas pecah perut, bukan lipas kudung lah. oh ya. saya pijak dia sambil pakai selipar ok. mind you, pijak lipas dengan kaki ayam itu menjijikkan. yang sebenarnya bermaksud kaki saya lah, bukan ayam.
hmm.
semalam adalah hari Jumaat yang pelik sikit. disebabkan sekarang adalah zaman I-feel-like-loving-the-other-half-feel-like-thanking' maka no dating.
saya baru makan sambal pucuk ubi yang sedap, dimasak oleh emak. bercakap pasal masakan, saya memasang cita-cita tinggi iaitu ingin menjadi emak yang rajin memasak pelbagai jenis masakan sedap untuk anak-anaknya, juga suaminya tetapi suami dan anak-anaknya tidak akan gemuk forever and ever. [ups, anak-anak?]
em. memandangkan saya nak pergi menonton rancangan di peti televisyen, saya menarik diri di sini dulu.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 10:59 AM 2 comments
Labels: pragmatic
Wednesday, July 14, 2010
emotionally unstable
hai.
currently having adrenaline rush. so, here is the post full with emotions.
yesterday was the long-waited day as my friends and I decided to watch Eclipse together. so, I asked Cessna to join us. nevertheless, it turned into a disaster. em, Eclipse tu tak best mana pun. patutlah saya baca novel dia terpengsan berkali-kali. Eclipse movie is so lovey-dovey. full with kisses. letih tengok.
eh macam takda pun full with emotions, bukan?
em. more. my lappy, named twisTouch got messy again. I lost hope on her. and I love my money more than twisTouch. so sorry twisTouch, you will never receive any treatment or what so ever in Lowyat again. it was seriously a waste. I HAVE to save my money for marriage. we're done twisTouch. so DONE.
and, oh. last Sunday, I went to a relative's wedding in Shah Alam. the food was good. Kuzi Catering lah pulak. mana boleh tak best lah. there, we met Pak Ungku and Jaafar Onn as MC. haha. berbaur bangga jumpa Jaafar Onn?. hekh. supposedly takyah bangga.
and people, buat tangan nasyid sekarang. saya nak bagi tazkirah tadaaaa:-
JANGAN LENGAHKAN SOLAT.
thanks Diana, Hasnan and CessnaLove for yesterday. I learnt a lesson :D
adios.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 3:02 PM 1 comments
Labels: precious
Friday, July 9, 2010
FlyingFriday
I think, u people wonder how I look like today. [huarghh for god sake :p]
well well, if you are here, you need to look at my photos. [ini berupa paksaan.]
disebabkan Cessna masih cuti, maka hari Jumaat kerja saya memang macam ini lah. melompat sana sini di sisi beliau, selain makan itu ini.
sebab itu saya gemok macam ini. pfftthh tengok gambar ini macam nak pengsan.
untuk makluman, pagi tadi berat saya 46kg. doakan saya cepat sembuh. obesiti suatu penyakit.
amalkan gaya hidup sihat. cegah obesiti!
..emm close up.. and the face looks like this:-
sekian.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 9:51 PM 3 comments
Labels: perfecto
Thursday, July 8, 2010
I support Oranjes. definitely
hai semua. tahukah Holland [iaitu team Cessna] telah menunggu team pasangan beliau [ehem] iaitu Germany. hasilnya-kecewa [!!..%$#@*&]. first time saidamunira struggle bangun malam sebab nak tengok bola, tahu?. lepas tu kalah pulak. what the.. sotong Paul tersebut memang sangatsangatsangat menjengkelkan lah.
hari ini kami berpuasa. saidamunira berpuasa gara-gara memonteng puasa masa bulan Ramadhan dulu. sekarang baru ganti. hee. eh lost. disebabkan hari ini Germany kalah, maka saya macam blur. em. tapi, saya nak membebel sikit. [?]
why certain people being so rude in facebook just because of football matches? macam apa entah. macam dia pandai sangat main bola. macam dia yang paling pandai.
ok. dah. entri diakhiri dengan sedikit gambar percutian di Sunway L. I love it.
jom pergi water theme park yang lain pula. kind of addicted. hee.
OH and congratulations Cessna for your flying colours. so proud of you.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 8:45 PM 2 comments
Wednesday, July 7, 2010
Sunway L
macam tiada nafsu terhadap blog ni.
baiklah. sedikit laporan. Ahad lepas kami pergi bercuti di Sunway Lagoon kota keriangan. kami pergi ikut highway LEKAS. perjalanan ternyata lekas. kami pun kagum dengan kemajuan Malaysia sekarang.
kami bermain dengan sangat girang. perut yang lapar pun diabaikan sebab main lagi best. lepas habis main, kami semua sangat lapar macam nak nangis punya lapar. kami cepat-cepat pergi makan. lepas tu semua mengantuk, macam nak menangis sebab nak tidur.
lepas dapat tidur, macam menangis tanak bangun.
keesokan harinya, badan sakit-sakit. saya pergi fakulti. tapi macam nak nangis sebab penat lagi. maka saya terus balik Plaza RAH, sambung tidur seharian.
kesimpulan, saya perlukan semua kawan-kawan saya. sebab saya bahagia bila ada kawan-kawan yang best. Undang pun okla. kira best sebab jadi tourist guide kami. hehe.
sekian.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 9:01 AM 2 comments
Labels: precious
Saturday, July 3, 2010
dari hati
seven minutes to eleven.
semalam pergi tengok ikan dekat Taman Tasik S2 bersama you-know-who. whoa. ikan di situ saaangat banyak dan saaangat besar sekali. ada macam-macam ikan. Cessna tunjuk maaacam-macam ikan. ikan kap jepun paling banyak. ikan keli saaangat besar pun ada. ikan kelisa pun. ikan patin pun. ketika sedang belajar jenis-jenis ikan, Cessna berkata, "tengok, tu ikan pirana". tapi saya tak tertipu. saya tahu ikan pirana dekat Sungai Amazon.
kami pergi masa feeding time. dekat sebelah kami ada keluarga syok bagi makan ikan. keluarga tudung labuh ok. [tangan nasyid. maka, kami behaved! :p] dekat tasik tersebut ada ramai penjual makanan ikan.termasuklah are-are. maka, pelawat-pelawat boleh beli kalau rasa nak bagi ikan makan. keluarga tersebut bagi ikan makan. kami tumpang tengok ikan makan sambil makan kinder bueno. rasa macam nak bagi ikan makan kinder bueno sikit, tapi takpa lah. ikan tu dah gemuk pun. cukup-cukuplah. kami takpa.
semalam Cessna menyampaikan suatu ucapan yang sangat kelakar [tapi touching, ouch]. ucapan tersebut disusuli dengan "eh betul ni, serius, dari hati ke mulut". heh heh.
walau bagaimana pun, tiada gambar untuk dipaparkan. hari diakhiri dengan kemenangan team Cessna, iaitu Oranjes.
sekian dulu, dari hati ke blog.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 10:46 AM 2 comments
Labels: perfecto