The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 17, 2010

I love you. Thank you.

selepas bangun pagi, saya telah pijak lipas pun tak mati. pijak semut mati. seriously. lipas tersebut dipijak (dengan niat), dah kena pijak boleh lari lagi. tapi saya takda pun pijak dia sampai kudung ke apa. tapi macam tu lah. dah penyek perut dia lepas tu dia lari. mungkin peribahasa tu salah. patutnya lari macam lipas pecah perut, bukan lipas kudung lah. oh ya. saya pijak dia sambil pakai selipar ok. mind you, pijak lipas dengan kaki ayam itu menjijikkan. yang sebenarnya bermaksud kaki saya lah, bukan ayam.

hmm.

semalam adalah hari Jumaat yang pelik sikit. disebabkan sekarang adalah zaman I-feel-like-loving-the-other-half-feel-like-thanking' maka no dating.

saya baru makan sambal pucuk ubi yang sedap, dimasak oleh emak. bercakap pasal masakan, saya memasang cita-cita tinggi iaitu ingin menjadi emak yang rajin memasak pelbagai jenis masakan sedap untuk anak-anaknya, juga suaminya tetapi suami dan anak-anaknya tidak akan gemuk forever and ever. [ups, anak-anak?]

em. memandangkan saya nak pergi menonton rancangan di peti televisyen, saya menarik diri di sini dulu.

wink wink ~.^

2 comments:

Cik feeda said...

apsal skema btol ayat ko ni...

idatazira said...

aku memang berdisiplin la.
baru taula tu

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.