The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 29, 2010

speechless pada mulanya.

assalamualaikum semua.

blog ini terabai sebab saidamunira sibuk beraya. selain itu, ada jugak faktor lain iaitu kerja sekolah banyak. [sampai sekarang pun tak siap-siap]. tapi, sebab paling penting ialah, sekarang malam-malam tidur awal sebab streamyx dekat plaza rah tu dah terminate gara-gara Jajan kesayangan dah berpindah. maka tak berbaloi kalau spend duit tiap-tiap bulan di situ. lebih baik kita kumpul buat simpanan masa depan. ya, masa depan. depan sikit je lagi. :p

bercakap pasal wang, wang memang tak pernah cukup. tapi takpa. asalkan kasih sayang cukup. sampai melimpah-limpah pun. :D hehe. terima kasih kepada semua individu yang disayangi. love is forever, bukan?

btw, kalau tentang duit, mestilah berkait dengan kerjaya. oh sekarang belumlah rasa loser sangat sebab belum menjadi wanita bekerjaya sepenuhnya. sebab, kehidupan sebagai GRA [bukan O, tolong beri perhatian di situ] indah juga. cukup. selesa pun iya. semuanya perlu thank you kepada ayah dan emak sebab tak bagi kereta hutang (wow) kepada saidamunira. ayah dan emak bagi kereta yang dah habis hutang pun. makanya, tanggung duit minyak je. see see. told you, kasih sayang melimpah ruah. nak sikit tak?

baru tadi pergi temuduga SPA, pegawai dietetik U41. sikit pun tak memberansangkan. Hasnan sarankan supaya quit cita-cita sebagai dietitian government. hmm. should think about it. interviewer pandai cederakan emosi saya. tak patutlah tanya saya kenapa datang interview kalau tengah buat master. apada. hatehatehate. triplethehates.

baiklah. kita bersurai sekarang sebab rasanya kalau tak berhenti sekarang, entri ini akan menjadi lebih beremosi.

trivia sikit. sudahkah anda mengganti puasa anda dan berpuasa enam hari pada bulan Syawal yang indah ini?

akhir kata, beramallah dengan ikhlas. ikhlas ye ikhlas. kalau hari ni buat baik, hari ni promote diri buat baik itu ini, hari ni jugak dapat diskaun pahala.


yeah. bye bye.

wink wink ~.^

Sunday, September 19, 2010

colours of raya

assalamualaikum. entri terpaksa dimulakan dengan gambarajah di bawah.


hari raya adalah seronok atau marvelous. semua gara-gara dapat duit raya [jangan jeles ok] dan pergi beraya macam tak hengat nak balik rumah. raya dengan keluarga secara normal, masih indah. tapi raya dengan ex-smkApian macam menggembirakan sampai nak pengsan. super exhilarating. tiga hari pergi berjalan raya. pasni kalau masing-masing dah berumah tangga, ahli mungkin akan berkurangan. ni yang sedih ni. wuhu.

pergi rumah Balay, Lala, Wanib, KT, Khai-yang-cincin-dia-ada-XOXO [eheh :p], Saidamunirachomelphewwit, Sopi-yang-nak-kawen-dah, Afif [tokey mercun, polis, tolong tangkap dia],
pastu rumah Wanik, Caja, Lelaki kesayangan [awww], Alang
pastu lagi rumah Fik [waaaaa makanan sangat sedap!], Adik, Fana [aka rumah choc indulgence], dan Mirul-XOXO-khai [ops :p].



-gambar ihsan fb Napi & Wanik-

tapi sekarang dah mula emo sebab kerja sekolah banyak. gaji pun belum dapat. benci tau. lagipun encik Izzat sekarang sedang demam. sob sob sob.

bye bye.

wink wink wink wink ~.^

Monday, September 13, 2010

orang mengantuk disorong mesin jahit

hai hai.

seperti yang pernah diwar-warkan once upon a time, hobi saidamunira ialah mengumpul setem. tapi, kalau berhobikan mengumpul setem, setem tu boleh ditengok sajalah. maka, disebabkan bukan tiap-tiap hari pun kita perlu menengok setem terkumpul tersebut, saidamunira tukar hobi lah.

untuk hari ini, saya berhobikan menjahit. menjahit adalah hobi yang lebih berfaedah, bukankah? [kalau kita bandingkan dengan hobi membuat karangan mengutuk orang lain sana-sini semua tak betul, macam kau sorang bijak.] ops. emo di situ.

maka, hari ini saya menjahit sarung bantal besar gedabak ni serta tambah span sikit bantal pemberian Nadzirah Saffian, iaitu secret admirer masa main S.A. kelas 3 Sina. haha. sembilan tahun bantal ni tak pernah dapat baju raya. tahun ni dia ada luck kot. tahniah!


bantal kecik tu dah lama dah buat sarung dia. oh ya. bantal kecik ni pemberian Izzah Maisarah a.k.a. kekasih Afif Salami Marzuki atau SAM. taktaula beliau ingat ke tak, dah lama, masa form 2. :D comel trang tang tang.

ok. sekian.

bye bye.

wink wink ~.^

Friday, September 10, 2010

salam oranjes

selamat hari raya idulfitri semua

ha. yang kek NZ tuh tolong pakai baju oranjes jugak
maaf zahir dan batin.

sekian lah dulu. sibuk ni. hehe. more later.

byebye

wink wink ~.^

Tuesday, September 7, 2010

VampiresSuck

hai.

saya mahu tonton Vampires Suck soooo badly telah berminggu-minggu. ayo. sesesesangat mahu. I watched the trailer. kelakar takleh blah. sekarang baru tahu kenapa Alice in Wonderland masuk lubang ikut arnab putih tu. haha. pergilah tengok trailer tu, pergiiii. sekarang pun rasa nak ketawa hahaha lagi. only the rule is, you have to watch Twilight Saga first lah. kalau tak, takda feel. haha. see see. cannot stop laughing. siapakah nak teman tengok movie di kala orang nak mantai esok. hohh cabaran.


nah, tengok sini

I know what you are. Jonas Brother.

HAHAHA.

bye bye. so funny.

wink wink ~.^

Saturday, September 4, 2010

not well

considering last month, I only posted seven entries, maka sekarang nak buat entri membazir.

fever. headache. sore throat.

currently having all those.


bukan demam cinta lah. kalau demam cinta, saya happy. BYE.

oya. sikit annoyed dengan website tv3. nak tengok Goyang Shafiq pon tak senang.



p/s: izzatILUSM.

Spanish Villa.

assalamualaikum.

hari ni sakit tekak. perit yang thrill. sangat. macam
ada beruang duduk dekat tekak ni. punca kejadian tak berapa tahu. andaian sebab kurang minum air. minum air sejuk tak terlibat. makan beruang pun takda.

semalam berbuka puasa dengan Caja-yang-pakai-contact-lense, Khai,
Mirul, Izzat [bukan nama sebenar, nama sebenar dia Cessna] di Spanish Villa. namun, takda jumpa David Villa. em, David Villa tak kacak mana lah. muka dia macam penjahat. [?] sempena Spain menang World Cup hari tu, kami makanlah kat sini.

Khai n Mirul tak kelihatan

fine fine. jom kembali ke topik. Spanish Villa boleh didapati di Seremban ye. pemandangan situ so Spanish as the name goes. tapi, makanan dia so Malaysian, except for its lamb chop. telling about food, the food was good. namun, nak berbuka sana kena ada skill, which is, ambiklah makanan sebelum pergi solat maghrib. kalau jadi smkApian sejati atau soleh sangat, nescaya jadi macam kami, lepas solat, the food was GONE [macam iklan GCB] melainkan lamb chop yang sedap tu. considered lucky. em bukan, rezeki.
mungkin sakit tekak ni berpunca dari lamb chop. boleh jadi. tekak ada kambing, instead of beruang.

perbualan semalam berciri adulthood. tak sabar nak jadi parenthood pula. as Khai mentioned, Cessna and I macam nampak ciri-ciri mempunyai anak ramai. HAHA tapi AMeeeeen. well, baru sebulan couple ni memang macam tu lah. ehk. [baru sebulan ye kawan-kawan. :p]

-baru sebulan couple-
ops. :p

ok. sekarang cerita cuti sekolah. baru tadi dapat sms Prof. kata dia nak balik kampung Ahad petang. makanya, niat murni berhati luhur serta berta
qwa nak balik KL balik next week [berdedikasi kononnya] terpaksa dibatalkan [terpaksa ok]. so, hereby I declare I'm on holiday. hip hip hipo! seronok jadi budak sekolah. cuti panjang, takyah rebut sana sini mintak cuti lepas tu tak dapat. kehkeh.
ok. nak pergi minum air kejap sebab sakit tekak
. eh. kantoi tak puasa.

bye bye. kejap lagi boleh buat kuih tart. anda
mahu? anda buat, anda dapat.

oh ya btw, saya takda baju raya lagi.

kambing, tolong beredar dari tekak. plis.

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.