The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 25, 2011

A Birthday

Assalamualaikum. Betapa sopan saidamunira memberi salam kepada anda. Tolong jawab ye. Please.

Semalam hari jadi rakan sebilik saya dekat Plaza RAH. Nama beliau Sharifah Azizah. Beliau mendapat sebiji kek hari jadi secara mengejut pada malam tadi, lepas tu terus beliau menangis terharu. Uwaa. Saidamunira pula berasa terharu melihat beliau terharu. Ini semua kerja Fatihah Fadil yang baru pulang dari bermastautin di Borneo selama empat bulan. Good job, syabas FF. Eh eh. Tambahan lagi, kami semua mendapat hadiah daripada FF. So sweet of her for the pearl bracelet. Saya sangat suka. Tak sangka. Saya rupa-rupanya sungguh sukakan mutiara. Saya juga suka diamond. [In case someone is looking for my next birthday present. :p]

Gambarajah menunjukkan kek hari lahir Azie. :D
Rajin pulak budak kedai kek tersebut menanam daun di atas kek.
Ingin mendapatkan kek seperti ini? Pergilah ke SR belakang Hospital Tawakal itu.

Baiklah baiklah. Itu cerita rakan sebilik di Plaza RAH. Kesinambungan daripada topik tersebut, saya berasa sungguh rindu akan bilik saya di rumah. Selain itu, saya lapar. Maka, saya terus merindui bakal rakan sebilik yang kuat makan itu. Saya sikit pun tak kuat makan [?].

Sekian. Semoga Siti Aisyah Zakaria, Nurul Diana Aminuddin serta Sharifah Azizah T. Ngah menyambut hari kelahiran dengan penuh rasa syukur. Walau pun kita dah tak ada pembuat kek profesional, di mana kek hari jadi sering mendapat tajaan daripada beliau, kita perlu bersyukur sebab masih dipanjangkan umur.

p/s: Kepada pembuat kek tersebut, tolonglah buat kek bila anda balik Malaysia kelak. Hee. Sekian saja ucapan saya. We miss you, but miss your cakes more [Yeyyy Udeq senyum hihi :p]

wink wink ~.^

3 comments:

Nurul Huda said...

happy birthday to aisyah, diana & azie! oh, aku baru tau ada SR rupanya belakang hospital tawakal...hehe..

aku pun miss sgt kat korang, sgt2 tak sabar nak balik cuti! nanti kita buat cake party ye.. celebrate bday semua org sekaligus.. jamak..hehe..

rindu sgt2 kat korg (eh, ayat akukah itu? hehe :P). tgh bz minggu ni byk exam & quiz (lagi??hohoho). By the way, everytime baca tafsir quran tu aku ingat kat korg! (alahai, syahdu lak rasanya... takpe2 beberapa bulan je lagi kita nak jumpa). kirim salam kat semua ye :)

Anonymous said...

isk2...aku ni Nan...
besday aku dah dekat ni...
nak Kek!!!

idatazira said...

UDEQ, aku rase bile jauh sungguh tacing.
Sobs.
Balik nnt ko kene bwk aku pi sogo dan juge buat kek besar.
Kek harijadiS dan juge wedding :p
kekeke menyempat.

Hasnan,
besday ko nnt suruh org Limbang jela buat kek.
tak pun suruh org Kuala Berang

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.