The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 19, 2011

Johore Weekend

Assalamualaikum.

Last weekend was so hectic. Oh ye. Bunyi hectic macam poyo pula. Padahal sangat menikmati hujung minggu tersebut, dengan ucapan saya sayang tunang saya secara banyak sangat. A lot. :D Weeeeeeee.

It was a Milo Camp weekend again. Kali ini Milo Camp diadakan di Felda Adela, Kota Tinggi, Johor. Sepatutnya dua orang nutritionist diperlukan untuk setiap venue. Tapi sebab the three other girls cannot make it, I recruit another nutritionist, iaitu Muhammad Izzat. Huahuahua, berciri suka hati di situ. Siap mintak extra room, sebab nutritionist kali ini berlainan jantina. Turut merupakan bakal suami, bukan suami, so takleh share bilik.

Ikutkan kena naik BMW Boon Kwang. Tapi kalau naik dengan Boon Kwang macam kanak-kanak sekolah pula. Lagi pun kawan-kawan kahwin di sana sini, oleh yang demikian perlu beri kerjasama. Maka, saya dan nutritionist lagi seorang itu [ehem] bergerak ke Johor pukul 2.30 petang.

Ikut PLUS highway keluar Senai, then follow Senai-Desaru Highway. Lalu dekat Johor Premium Outlet, nampak mengujakan. So plan eksaited gila nak membeli belah otw balik nanti. Lepas tu lalu pulak satu jambatan apa entah, tapi tinggi. Dengan tak semena-mena jadi pasangan jakun. "Wuaaaa lagi tinggi dari Jambatan Putrajaya wuuaaa ada big ship sayang big ship, wuaaa air laut dia biru la, takde pencemaran" kata kami.


Lepas dah sampai, rupanya hotel dekat dengan Bandar Penawar dan Pantai Peranginan Desaru. Sampai kat sana dah pukul 6.30 pm. Terus dinner makan sate ayam dengan roti canai. Oh ya, saidamunira demam dari hari Rabu, sampai Sabtu demam on-off. The fiance yang concern tersebut asyik-asyik suruh makan ubat. :D Hihi.

Pada malam kejadian, lepas check in, kami berhubung guna handphone jugak walaupun bilik depan-depan je pintu. Sebab dah makan ubat, saya terus tidur lepas mandi. Kesian the fiance, dia bosan tahap satria baja hitam, dia ajak saya jalan-jalan makan angin, tapi ajakan tak berbalas. Tapi dia pergi jugak jalan-jalan dengan sweetheart#2 dia [kereta]. Sambil tu mengadu nak tengok bola, selain takleh tidur. Sangat kasihan bukan? Hee. I feel my body doesn't feel so delicious [Saya rasa tak sedap badan :p]. Kehkehkeh. I am so sorry, honey.


Okay, back then Milo Camp went well with this new nutritionist. :D Gambar tak ada, belum transfer daripada phone beliau.

Got the cheque and we departed from Felda Adela at 12 pm. Maka kami singgah dekat Johor Premium Outlets (JPO). Rasa macam pelancong tau. Heheh. JPO ada macam-macam kedai best, jeans Levi's orang beli sampai dah takda seluar kat atas rack dia tu, mana tidak, jeans harga RM99 je. Kasut Nike pulak main display terus dari kotak je, macam gudang. Tapi, memang rasa suffer pergi situ sebab tengah lapar. Kedai makan takda yang best. Pastu orang ramai sangattttttttttttttttttttttttttttttttttttt sampai rasa menyampah dah nak jalan. Nak shopping pun takda mood. At last, bila nak balik, hujan turun dengan meriah. Tak tahan lapar, nak balik juga, terus berlari mendapatkan kereta. Hasil: Basah Lembap Demam Kembali. Hihi.


JPO: Jangan Pergi Oi. Haha ramai sangat manusia, tak larat nak beli belah camni, rasa nak termuntah je tengok ramai sangat.

Otw back, tunang yang comel tu mengantuk sangat, oleh itu beliau pun tidur dekat hentian Simpang Renggam. Dia cakap nak tidur kejap. Tahap kejap beliau bersamaan 1 jam. Saya pun menunggu beliau tidur selama sejam, tanpa tidur pun. Hujan lebat. Sejuk, blocked nose, macam-macam masalah. So, saya pun buat lukisan dekat tingkap kereta kesayangan beliau. Bila dia bangun, dia membuat muka kecewa sebab kereta dia kena conteng. Kekeke.

Hujan sepanjang jalan. Accident melambak. Plan nak singgah Melaka tak jadi sebab dah lewat. Makan kat RNR je, berhenti banyak kali betul, dekat RNR Ayer Keroh boleh ternampak Prof dengan family dia. Tapi saya rasa dia tak nampak saya, nak tegur pun tak larat sebab penat dan tak sabar nak solat :p Maaflah kalau alasan solehah.

Safely arrived at Lavender around 10.30 pm. Mandi dan terus tidur.

Sekian. Penat taip sambil terbatuk-batuk. Semakin hari saya semakin sayang tunang saya. :-*

wink wink ~.^

0 comments:

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.