The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 30, 2008

muzik, artistik, dan kerugian

x berniat pun nak create new post hari ni. tp terasa mcm xbest plak kalau xtulis cerita malam tadi.

kisah malam tadi, sy pergi ke konsert jalinan budi kat auditorium RTM seremban. konsert itu bukan macam konsert GEGAR U yg pernah menimbulkan tragedi [siapa yg tahu, diam,ok]. konsert ini anjuran Jabatan Pelajaran NS. [skema sungguh saidamunira kerana pergi konsert ini, plus pergi konsert pakai baju kurung-formal sangatlah]. anda kena faham, ni konsert budak-budak sekolah je. [ini kes terpak
sa ikut, mcm biasalah, mak & ayah kan cikgu yg sgt berdedikasi..aduyai].

apa yg sy tengok malam tadi sangat2 membuatkan sy rasa jeles dgn budak-budak yg jd artis malam tadi. menari, main cak lempong, menyanyi, koir, rekorder assemble, orkestra, semua pun sy suka. sy dapat peluang mcm tu pun masa sekolah rendah je. bila sekolah menengah, sangat xjiwa lah, sebab masuk smkAp. sangat bosan masuk sekolah itu. bakat sy langsung jadi berkarat.

sangat touchingla bila budak-budak koir itu nyanyi lagu My Grandfather's Clock. lagu itu sy nyanyi masa sy darjah 2, pertandingan nyanyian solo lagu Inggeris peringkat daerah dekat sebuah sekolah tamil. [masa tu,dapat kuih pun geli nak makan] sy dapat nombor 1 masa pertandingan itu. sy ingat lagi, sy yg paling over menari2, berpusing2 sambil menyanyi pakai baju raya [baju raya sy blouse putih + skirt biru under the sea, plus socks ropol warna kuning, bkn bj kurung tahu]. kenapalah masa tu x ada video cam. haisyy.. rugi

bila tengok budak-budak menari tarian tradisional & main gendang, cak lempong, sy bermonolog dalaman "ish, kalau sy sekolah rendah lagi, mesti sy boleh join dorg menari". [sudahla,,,anda semakin berumur saida]. sy suka culture2 nih, seriously. dulu, masa sekolah rendah, sy ada buat persembahan menari, tapi kecil-kecilan je, cikgu ishak [cikgu muzik sy] & isterinya yg latih sy. isteri cikgu ishak kata, sy ada groove. [PEACE!! - gebon]. selain itu, sy jd tukang karut dikir barat sekolah sy masa perkhemahan tunas puteri peringkat negeri. dapat nombor 1 jugak.. heeemmm.. kenapalah sy xdpt asah bakat sy dengan lebih lanjut? nih semua sebab masuk smkAp. ces. sangat rugi

sangat enjoy tengok adik-adik tersebut buat show. [adik,,,kakak mahu join lah.. :'(]. sy suka muzik, tp sy xdpt peluang utk belajar muzik dengan serius. ruginya. dulu tahu jugak baca not-not lagu. skrg, entahlah. tengok budak-budak buat persembahan rekorder assemble, terus teringat zaman kegemilangan masa budak-budak dulu. sejak darjah 1 sy sudah masuk pertandingan rekorder assemble,tahu. [tp main alat kecil-kecilan aje]. cuma2 org je budak darjah 1 yg dapat masuk pertandingan itu. sy & fatin, bestfriend sy sampai skrg. darjah 1, main kerincing je. darjah 2, main kastanet je. darjah 3, main kayu tik tok je. darjah 5, main rekorder je. darjah 6, naik pangkat jd konduktor je. sy sgt enjoy masuk pertandingan itu. masa darjah 1, sy boleh ingat lagi nama abang2 yang main simbal, xylophone, drum, n kakak2, sy xingat sgt [maaflah ye]. sbb ramai sgt yg main rekorder. kumpulan rekorder assemble kami xpernah dpt nombor 1 peringkat daerah. semua pun sekolah cina je yg menang tiap2 tahun. bias betul hakim2 sekalian. sangat best lah, dimekapkan oleh cikgu faridah dot dot, sgt macam opera. plus pakai bulu2 ayam dekat atas kepala,,sangat lah rugi sbb xambik gambar pada zaman itu. koir pun sy join jugak. masa darjah 3, sy masuk choir group singing peringkat negeri. nyanyi lagu My grandfather's Clock jugak. [sy xada pangkat apa-apa pun, tp sy jadi tukang kira utk tunduk hormat & start nyanyi ;p]. masa darjah 5 & 6 masuk koir lagi, sy jadi konduktor jugak masa darjah 6. hmmm.. ruginya sebab xsimpan sebarang bahan bukti pada zaman-zaman kegemilangan itu.

sebenarnya, masa tadika lagi pun, sy sudah mengasah bakat dalam muzik ni. sy buat persembahan main keyboard masa hari penyampaian sijil tadika. ha,,yg ini ada gambar. tp xada scanner pulak nak letak gambar di sini. sy main lagu burung kakak tua & telefon berbunyi. [tapi setelah berkurun lama xasah bakat, sy rasa, sy dah xpandai sangat main keyboard lagi]. masa darjah 6, cikgu ishak nak ajar sy utk main keyboard iring lagu negaraku masa perhimpunan. tapi, sy selalu malas nak pergi bilik muzik itu waktu rehat. sebab sy mahu makan. kan dah rugi..

bila masuk sekolah menengah di smkAp itu, semua bakat pun jadi berkarat. xdapat dikembangkan langsung. 5 tahun, rugi macam tu aje. ces. masa sekolah menengah, setakat jadi solo nasyid underground. xkelas langsunglah. sy pun sudah jarang menyanyi. nak menyanyi depan org mestilah xboleh, malu malu. lalu, berkaraoke sendiri ajelah. yg lain, semua dah xde peluang. rugi betul

cikgu ishak cikgu muzik sy masa sekolah rendah, sangat best. sampai sekarang pun dia kenal sy lagi [sebab sy popular masa sekolah rendah ;p]. skrg cikgu ishak sudah semakin glorious. cikgu ini rupa macam Ramli MS. serius, xtipu. dan malam tadi, masa di konsert itu, sy sangat bangga dengan cikgu sy, sebab cikgu ishak adalah penerbit konsert yg sangat best itu. PEACE!! bangga jd anak murid cikgu yg hebat.

muzik, artistik,, sangat jiwalah. sy sgt suka.. tp kerugian sebab sy masuk smkAp itu. ces. tp kerugian bab itu sajelah kot. sebab dekat smkAp itu, sy dapat banyak *agenda* lain. contohnya - anda pun tahu,kan? :)

wink wink ~.^

8 comments:

nueeunlimited said...

i pun ade di opper tuk g konsert mlm td 2...cis. rugi xg coz mls n pnt.haha..u know?my ibu also g mlm td.hehe...
it's ok la..nnt kita wat kunset sndri kat umah.huhu...

fee_da said...

muzik n saida mmg xleh dipisahkn agaknye...duk lam blk nyanyi sorang2 (sbb sume rumet beliau stadi di luar)..slh 1 alasan nape beliau gemar wt keje lam blk (selain kurangkn stres..ehek)

idatazira said...

to nueeunlimited:
tau,,jmp maklong smlm,dio ckp, dah ajak kaklong,kaklong xnak g.
huuu rugi :P
jom wat konset. dah lama xkaraoke nih.
set karaoke pn dah lama berehat.
haha

to fee_da:
haha..
terima kasih kerana memahami. wink ~.^

Fikri Yunus said...

bek ko dengar ak nyanyi dari tgk konsert rtm tu lagi best..ak kan nasyid pedas sulu,,hahah..

p/s:anda telah di tag di blog saye..maka,rajin2 lah dtg jenguk ye..torek tak kisah~~

idatazira said...
This comment has been removed by the author.
idatazira said...

to fikri yunus:
jike anda yg menyanyi,
sy cuma mendengar.
sy mahu menyanyi, tahu?

[oo..kena tag sudah..nnt aku update eh. sedang agak mls ketika ini ;p]

adamafnan said...

mebe bleh jd kondakte bas plak..tp bas pun da xpakai kondakte da skang..huhu
takpo takpo..buek konsert kek gumah hokey..lopeh kenduri..kah kah kah

idatazira said...

ok..
diumumkan,,
lps kenduri nnt kt karaoke he..
sape xmahu join,sila basuh pinggan plus periuk.
SET!! ;p

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.