The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 29, 2011

grown 152 cm only.

assalamualaikum. I have to mumble here and there. hukumnya tak wajib baca.

1. I fell sick. sore throat. fever. flu. tetapi tak mengapa. kesakitan fizikal akan menyembuhkan sedikit kesakitan rohani. InsyaAllah.

2. kesihatan tak berapa baik memudahkan bangun awal pagi [sebab memang tak lena tidur sebenarnya]. maka, tiga hari berturut-turut saya berjaya sampai HUKM awal-awal pagi untuk sesi blood collection. bukan darah saya, tapi darah subjek.

3. walaupun tak berapa sihat, rupa-rupanya Nabila lagi tak sihat. pada suatu hari, emak telefon bagitahu Nabila warded, selepas beliau pengsan semasa perhimpunan. Hb 5.8 gm/dL.

4. saya mengambil beberapa ubat dan kemudian menjadi sangat mengantuk, maka, saya tak buat kerja sekolah langsung. what a lazy student.

5. oh ya. saya ada pergi menonton Teater Muzikal Tun M. saya mendapat pengetahuan dan pengajaran berguna daripada teater tersebut, walaupun tak berapa puas hati terhadap props dan pelakon.

6. I think I have to learn more and love History. I was not very good at History. once, I declared I hate History. Cikgu Anisah pernah kata saya ada badi Sejarah. sebab saya dapat 8A 1D untuk percubaan PMR dulu. [you can guess what D is for]. tetapi, semakin saya dewasa, saya semakin tahu dan faham, Sejarah adalah sangat berharga.

7. Jamila celebrated her birthday with ayah. ayah sudah bersara.

8. I want to appreciate more things now. appreciate more people as well.

9. Cessna is getting busier than ever. he told me about his dangerous works and surroundings. sekarang telah risau dengan pekerjaan beliau kelak. juga risau bagaimanakah sekiranya status beliau adalah roommate [hee], I want him. but he wants work. eh bukan. kerja menanti beliau. balik rumah bateri habis. ha. cemana tu? *pouting*hmm.

10. and now I am sad. I HAVE TO GROW UP!

sekian. malas nak layan sedih sebab kalau layan, esok saya boleh jadi zombie.

wink wink ~.^

Friday, January 21, 2011

belina contest :D

attention: sticky post until 27 January 2011 [hari ayah pencen hahaha]



Assalamualaikum & salam sejahtera,

Memandangkan dah lebih setahun belina2u menjalankan perniagaan online nie, dah tiba masa untuk belina2u buat lucky draw contest.

Terma & syarat:

A. Contest bermula 13 - 27 Januari 2011.

B. Peserta/blogger menetap di Malaysia (Semenanjung, Sabah, Sarawak sahaja).

C. Semua peserta hendaklah memastikan semua syarat-syarat penyertaan telah dipatuhi (cara 1 - 4 adalah wajib). Penyertaan akan terbatal sekiranya tidak mengikuti syarat-syarat yang diberikan (no further notice dari belina2u sekiranya penyertaan anda tidak cukup syarat!)

Cara:

1. Jadi follower belina2u.blogspot.com

2. Letak link blog ini (http://belina2u.blogspot.com) di bloglist anda.

3. Buat 1 entry dengan sticky mode di blog anda..cuma copy & paste semula semua yang ada di sini. Tarikh sticky entry anda ialah 27 Januari 2011. (Untuk blogger yang masih tak pasti nak buat sticky entry, sila google ya..banyak tutorial)

4. Letak link entry tersebut di ruangan komen beserta id follower anda.

5. Pengalaman indah menggunakan produk belina..ceritakan sabun apa yang digunakan & kesannya kepada anda (jika ada..yang ni tak wajib)


HADIAH UNTUK PEMENANG BERTUAH

New Zealand Goat's Milk Body Soap
6 ketul x 100g
yang bernilai RM72.00
(seperti gambar di atas)

akan diposlajukan ke rumah anda!

Sabun badan ni sesuai untuk seisi keluarga. So xperlu dah beli sabun mandi utk 4-5 bulan lagi!

bisik-bisik:
- Jika pemenang tersebut pernah menggunakan produk belina & share pengalaman anda menggunakan produk belina hadiah bonus menanti anda.

- 3 peserta terawal akan terima hadiah misteri.

Akhir sekali..

GOOD LUCK!



* * *

ha, ni nak tunjuk pengalaman manis menggunakan sabun belina. cewah. sebelum tu, tolong tengok gambar sebelum dan selepas di bawah ini:

ini sebelum.
pergi det denga Cessna monster pun dia sibuk komen muka banyak jerawat. see. gambar kecil macam ni pun nampak merah merah pipi. terus anti dengan blusher dah.

ini selepas.
tarikh hari ini. tengoklah muka tanpa make up tersebut [
neglect the fake smile]. siryes bedak pun tak pakai sebab nak bagi tengok pipi yang macam dah ok ni. awwww malu tau letak gambar macam self obsession ni, tapi demi mentunjukkan perubahan selepas guna belina, maka haruslah berbangga. ha ha.
semalam pergi det pun monster cakap pipi dah comel, bleh geng dengan beliau sebab takda jerawat. hihi *blush blush*


produk yang digunakan ialah sabun charmaine. lepas pakai sabun charmaine, jerawat dah kurang. kemudian tukar quiet moments sebab nak hilangkan kesan-kesan merah. hasilnya seperti di atas. tapi memerlukan ketekunan selanjutnya. he he. blushing lagi. :p

oklah. sekian dulu. harap boleh menang. terima kasih kepada belina. beli na, jangan tak beli.

wink wink ~.^

Sunday, January 16, 2011

24 years of life

"life is too short". [by the way, please define short.]

I'll be 24. oh ya, tahun ini tahun arnab. tahun saya. bukankah comel dilahirkan pada tahun arnab? jika anda dilahirkan pada tahun anjing atau yang tahun takda gambar tu, janganlah kecil hati. mungkin sebab anda memang tak berapa comel lah tu. haha.

sekarang perlu jadi dewasa. sebenarnya ikut usia lama dewasa dah. tapi mengalami fasa denial. [yep yep pathetic.] terus-terus rasa sentiasa remaja. p
adahal dah lama retired. takpa. kita jadi dewasa comel lah. tak salah menjadi dewasa yang comel. maksudnya, bukanlah kalau menjadi dewasa tak boleh tengok cerita kartun. you know what I mean.

pencapaian sekarang cuma ijazah sarjanamuda dietetik dengan kepujian. sekarang sambung belajar. mommy kata, "Ida tak payah sibuk-sibuk kerja, once you are working, you akan ingat bestnya masa belajar dulu. sambunglah belajar, kalau you belajar dapat duit sikit pun takpe, sebab belajar, you kerja, tapi buat kerja sendiri, untuk kemajuan se
ndiri."

tetapi saya menjawab "emm. kalau kerja dapat duit, senang nak buat itu ini (kereta, kahwin, rumah :p)".

lepas tu mommy cakap macam ni "bila you kerja, pening nak fikir buat kerja untuk orang, duit lain cerita, penat pulak tu, kerja pagi petang, hujung minggu pun kadang-kadang takda masa".

kena fikir panjang ni.

hmm. sebagai pelajar berusia 24 tahun, memang seronok pun. sebab hidup masih like in heaven. hectic kadang-kadang. enjoy lebih. public relation with elderly, improved. lab skills, improved. reading, improved. tetapi duit macam tak berapa improved. dapat tiap-tiap bulan, dah masuk ASB sikit-sikit lepas tu rasa macam miskin. nak kahwin kena
fikir 25 ribu kali. sekarang baru fikir kali ke seratus kot. lagi 24,900 kali kena ambil masa fikir lagi sampai tahun depan.

betullah, peluang bukan senang dapat. tapi.. se
lagi belum ada kerjaya sampai umur 25 tahun mungkin akan rasa macam loser.

ini hasil kerja masa umur 21 tahun dulu. sekarang dah lama tak buat sebab dah 24 tahun. sobs.

oh ya, bercakap tentang loser, pengalaman jadi loser terbaik ialah pada hari konvokesyen sebab tak dapat bunga, semua sibuk nak bagi saya makan saja. bila fikir balik, memanglah semua orang pun tahu agaknya saya memang kuat makan. monster cakap, saya dan bunga takda chemistry. [baiklah, pasrah :p]

24 tahun bukan pendeklah. 24 tahun tu lama sangat. I need a job, I need to be a better woman! midlife crisis on the way.

p/s [to Cessna Monster]: selamat ber-OJT di Subang Airport. nanti saya belikan sunblock, sebab saya khuatir anda akan semakin hitam. semoga lebih kurus. amin.

wink wink ~.^

Saturday, January 15, 2011

the picnic. again.

hai.

semalam saya pergi piknik lagi. lokasi sama. serius sama sebab meja pun meja minggu lepas juga memandangkan meja itu saja yang kosong. meja itu ditakdirkan menjadi saksi percintaan two weeks in a row [hekkkkkk :p]

this is my monster, having his lunch. dia makan macam monster.
em. cute monster la [jaga hati kan]

ini rendang ayam. monster cakap rendang papa dia lagi sedap. fine baby fine. saya tak mahu melawan bakal bapa mertua saya. ha ha.

ini bayam. Liyana Justani [bukan Liyana Jasmay] yang masak. tapi saya beli bayam, prepare ingredients etc. thank you Liyana for your kind help eh :D

ini ikan kering dari Sarawak, Liyana bawak. bukan ikan masin ye. nama dia ikan lumik. macam nama camera, LUMIX.

ini dessert nama dia. ingat nak buat bentuk heart. tapi malas.

dia malu nak senyum sebab saya kata his nose flares when he smiles.

so, this was his effort to handle the critics. nice try.

itu sahaja. bye bye. :D

wink wink ~.^

Wednesday, January 12, 2011

impian tukang masak

tadi buat reminder dekat telefon bimbit. reminder pukul 4 petang. tak sampai sepuluh minit, I was reminded by the phone. lah. dah pukul 4 tak perasan pun. hmm.

berkenaan hari ini, produktiviti cuma 45% saja. [calculation method by assumption]. sejak beberapa minggu ini, memang rutin. siang buat kerja sekolah sikit-sikit sebab berpegang kepada "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" dan juga "pandu cermat jiwa selamat". kononnya memandu tu sama macam menulis tesis. memang kononnya cermat. setiap kali buat citation, terus update reference list, siap detail semua noktah koma semua cek satu-satu [sebab nak jiwa selamat]. akhirnya, dah berapa minggu dah ni, literature review memang belum jadi bukit. bila entah nak siap.

ok let's move. sekarang sangat passionate terhadap masakan. dekat Plaza RAH, boleh kata tiap-tiap malam saya masak lauk utama. macam gila kuasa bukan? macam memang tak kasi orang lain masak sebab saya nak improve skill memasak. sebab saya ada cita-cita nak jadi isteri bekerjaya serta rajin memasak untuk keluarga. selain itu, saya turut bercita-cita nak berumah tangga secara bahagia lepas tu ajak saudara-mara dan kawan-kawan datang rumah untuk makan-makan pada hujung minggu. maka, saya perlu berlatih dari sekarang. harap-harap cita-cita saya tercapai. amin.

malam tadi masak ikan kembong masak asam pedas. punya lama nak buat taste balancing. tapi akhirnya berjaya. :D housemates makan sampai licin, tinggal tulang ikan kembong dengan ranting-ranting daun kesum saja. bahagia. kalau nak lagi bahagia kena kahwin, kemudian tiap-tiap hari masak untuk suami. hmmm.

baiklah. sekian dulu. memang impian saya nak jadi tukang masak untuk keluarga bahagia saya.

wink wink ~.^

Tuesday, January 11, 2011

Edward Scissorhands

assalamualaikum semua.

recently watching Edward Scissorhands. I remember watching this movie when I was small [and cute-tak tinggal], waktu tu ada celebration PMR Kaklong Ina & lagi sorang tu [
yang tak berapa sepupu sangat]. tengok ramai-ramai depan tv dekat rumah atok. tapi waktu tu macam takut tengok Edward ni sebab dia macam hantu. tapi sekarang perasaan dah berubah. Edward Scissorhands is cute. sesiapa belum pernah tengok boleh pergi tengok. pergi youtube saja, takyah pergi cinema.

it is a romantic fantasy movie in 1990, by Tim Burton, starring Johnny Depp. Edward is an unfinished creation, having scissors for hands.

story of an uncommonly gentleman

love is unpredictable. you don't have to be perfect to be loved. sometimes, the person you love is more evil even he looks fine.

I love Johnny Depp in most of his movies yang berwatak pelik. macam POTC, Charlie and the chocolate factory, Alice in Wonderland. The Tourist tak best langsung. maka siapa yang belum tengok The Tourist takyah tengok pun takpa.

you can love anyone even if the hands were scissors.

happy 11th January 11 everyone. :D [sekarang tengah fikir menu untuk next picnic on Friday :p]

wink wink ~.^

Saturday, January 8, 2011

the picnic

assalamualaikum.

kan dah kata nak piknik dengan you-know-who semalam. walau bagaimana pun, aktiviti ini telah menempuh banyak dugaan. saya plan untuk piknik lepas solat Jumaat, tapi mommy aka Prof Suzana yang comel tu minta tolong siapkan report KPPU untuk research group. gebon sekejap. nasib baik mommy tu comel, kalau tak, mesti saya taknak tolong dia dah.

sedang menolong mommy, Cessna pun telefon. tapi saya taknak cakap pun dengan dia [kesian kan?] saya cakap, saya tak boleh cakap banyak sebab banyak kerja. cakap lain kali lah. tapi, lepas tu saya call beliau balik. bila call, tiba-tiba jadi stress dan macam nak nangis dah. masa tu dah pukul 4+ petang. tapi tak jadi nangis sebab saya kan tabah. [ehem] lantas saya balik RAH cepat-cepat dan terus memasak. saya masak ikan kembong sambal dengan kobis masak lemak. lepas masak kena mop dapur, masak sambal memang buat dapur jadi horrible.

emm. saya telah mendapati bahawa, memasak dengan penuh kasih sayang memang tak memenatkan walaupun sebenarnya tengah penat. [eceh. tacing kan?]

pukul 7.35 pm barulah saya memandu ke Seremban dari KL dengan membawa sebeg makanan. Jalan Tun Razak boleh pulak jammed time tu. rasa nak tidur je dalam kereta. tapi akhirnya berjaya juga sampai dekat Seremban 2 pukul 9.15 pm. memang best. ramai orang bersenam walaupun dah malam. kami saja yang makan. :D

see. beliau menikmati makanan bersungguh-sungguh :D

ini tukang masak yang penat. kerja, balik terus masak, lepas tu terus memandu. comel kan dia?
[macam malu pulak tengok gambar sendiri macam ni. tapi nak letak juga sebab Cessna kata saya nampak kurus. :p]

beliau cakap sangat sedap. [ehem :p] beranilah cakap tak sedap. mana bolehlah kan? hehe. walau bagaimana pun, saya sungguh terharu dengan beliau sebab beliau seperti addicted makan masakan saya.

akhirnya, saya sampai rumah dekat nak pukul 11 malam. penat sangat. tapi enjoy tengok Merlin.

sekian. hidup dengan kasih sayang memang best pun. :D

wink wink ~.^

Thursday, January 6, 2011

idataziracomeL

hai!!.

hari ini hari khamis yang indah. pagi yang bertuah, sedang bawak beg kiri kanan depan belakang terserempak dengan Prof. Suzana (a.k.a. mommy) yang dikasihi. reputasi saya bolehlah dianggap baik. datang awal. rajin pulak tu bawak tesis lah, jurnal lah. comel kan pelajar macam ni.

bukan nak cerita itu. isi penting, mommy kata saya kurus. walllaweeeeehhhhh :p

baiklah baiklah. tak baik eksyen.

di sini ada hasil seni saidamunira yang emm. tak berapa seni. tapi ini dah lama wujud dah, cuma baru nak komersil kan dekat blog ni. mungkin nanti boleh buat direction ke rumah pengantin dengan hasil seni saya ini:-

landak atas kepala watak lelaki, itu memang Cessna. er yang seksi itu saya. aw malu la ai

oklah. dimaklumkan kejap lagi akan ke pasar, nak beli barang-barang untuk dimasak sempena aktiviti piknik bersama you-know-who esok. insyaAllah je setakat ni nak masak lauk ayam masak merah dengan kobis masak lemak. ya, insyaAllah. tak janji. insyaAllah. :D

till then. bye bye bye.

wink wink ~.^

Tuesday, January 4, 2011

sebagai rakyat Malaysia

assalamualaikum.

lama tak jumpa. hari ini ada urge untuk update blog. sebelum ni macam rasa tak matang tulis blog. sebabnya sekarang rasa nak tulis tesis saja. beginilah rakyat Malaysia yang kita mahukan, cukup bermotivasi. haha.

ok. tajuk hari ini ialah sebagai rakyat Malaysia.

sebagai rakyat Malaysia, kita harus sokong barangan buatan Malaysia. ewah ewah. ya. janganlah tak percaya. saya rakyat Malaysia yang bagus, sebab saya telah pergi menonton filem Malaysia di pawagam Times Square. haruslah pergi. Hantu Kak Limah Balik Rumah. Halimah nama emak. tapi emak bukan hantu, emak baik :D. haha serius melucukan.

oh ya. bercerita pasal emak, emak terasa sungguh annoying dengan iklan yang melibatkan nama-nama beliau di kaca tv. Halimah Jongang lah, Hantu Kak Limah lah. sampaikan mama Izzat pun tanya kepada beliau kenapa nama bakal besan dia famous s
angat. kehkehkeh. ya. emak berasa annoying sebab Halimah-Halimah tersebut semua tak comel. tapi emak comel sebenarnya.

eh dah lari tajuk. kembali ke tajuk asal. sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah civilized. contohnya beratur untuk memasuki tandas di KLCC, itu dah jadi budaya nampaknya. selain itu, kita hendaklah jaga kebersihan, jangan buang sampah merata-rata. dekat Kg. Baru masih baaaaanyak sampah di sana sini. macam semua tempat pun boleh buang sampah. hmm. tak bagus lah. bila entah Malaysia nak jadi bersih.

sekian lah. saya nak sambung buat tesis. sekarang sedang tulis epidemiologi mild cognitive impairment. bunyi ada sikit macam bagus, buk
an? haha.

err in case you miss me:

[p/s to Cessna: ada orang mengorat saya ni. :p :p :p]

bye bye. selamat tahun baru 2011. siapa belum beli blackberry boleh berusaha beli satu. kehkeh.

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.