The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 12, 2011

impian tukang masak

tadi buat reminder dekat telefon bimbit. reminder pukul 4 petang. tak sampai sepuluh minit, I was reminded by the phone. lah. dah pukul 4 tak perasan pun. hmm.

berkenaan hari ini, produktiviti cuma 45% saja. [calculation method by assumption]. sejak beberapa minggu ini, memang rutin. siang buat kerja sekolah sikit-sikit sebab berpegang kepada "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" dan juga "pandu cermat jiwa selamat". kononnya memandu tu sama macam menulis tesis. memang kononnya cermat. setiap kali buat citation, terus update reference list, siap detail semua noktah koma semua cek satu-satu [sebab nak jiwa selamat]. akhirnya, dah berapa minggu dah ni, literature review memang belum jadi bukit. bila entah nak siap.

ok let's move. sekarang sangat passionate terhadap masakan. dekat Plaza RAH, boleh kata tiap-tiap malam saya masak lauk utama. macam gila kuasa bukan? macam memang tak kasi orang lain masak sebab saya nak improve skill memasak. sebab saya ada cita-cita nak jadi isteri bekerjaya serta rajin memasak untuk keluarga. selain itu, saya turut bercita-cita nak berumah tangga secara bahagia lepas tu ajak saudara-mara dan kawan-kawan datang rumah untuk makan-makan pada hujung minggu. maka, saya perlu berlatih dari sekarang. harap-harap cita-cita saya tercapai. amin.

malam tadi masak ikan kembong masak asam pedas. punya lama nak buat taste balancing. tapi akhirnya berjaya. :D housemates makan sampai licin, tinggal tulang ikan kembong dengan ranting-ranting daun kesum saja. bahagia. kalau nak lagi bahagia kena kahwin, kemudian tiap-tiap hari masak untuk suami. hmmm.

baiklah. sekian dulu. memang impian saya nak jadi tukang masak untuk keluarga bahagia saya.

wink wink ~.^

3 comments:

fee_da_fid said...

Bgs!!! Byk btol improvement ak tgk.wpun ak xrs mskn ko tp ak consider sedap la.cpt la kawen weh..dah pass dah tu..

kathy said...

tak sangka kite punyai objektif,misi,visi yang serupa !

p/s: jemput datang rumah aku 2,3 tahun lagi. Aku buat makan2... (ececeeehhh)

idatazira said...

fida:
aku kawen memerlukan kelulusan dpd anda ke?
rasenye tidak :p
anyway, nnt meh dtg cni, takyah makan kat rosdet.
ai masak

KT:
ahahaha marilah jemput dtg umah ai thn dpn (insyaallah) :D
hekkkk poyo lak rase

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.