The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 16, 2011

24 years of life

"life is too short". [by the way, please define short.]

I'll be 24. oh ya, tahun ini tahun arnab. tahun saya. bukankah comel dilahirkan pada tahun arnab? jika anda dilahirkan pada tahun anjing atau yang tahun takda gambar tu, janganlah kecil hati. mungkin sebab anda memang tak berapa comel lah tu. haha.

sekarang perlu jadi dewasa. sebenarnya ikut usia lama dewasa dah. tapi mengalami fasa denial. [yep yep pathetic.] terus-terus rasa sentiasa remaja. p
adahal dah lama retired. takpa. kita jadi dewasa comel lah. tak salah menjadi dewasa yang comel. maksudnya, bukanlah kalau menjadi dewasa tak boleh tengok cerita kartun. you know what I mean.

pencapaian sekarang cuma ijazah sarjanamuda dietetik dengan kepujian. sekarang sambung belajar. mommy kata, "Ida tak payah sibuk-sibuk kerja, once you are working, you akan ingat bestnya masa belajar dulu. sambunglah belajar, kalau you belajar dapat duit sikit pun takpe, sebab belajar, you kerja, tapi buat kerja sendiri, untuk kemajuan se
ndiri."

tetapi saya menjawab "emm. kalau kerja dapat duit, senang nak buat itu ini (kereta, kahwin, rumah :p)".

lepas tu mommy cakap macam ni "bila you kerja, pening nak fikir buat kerja untuk orang, duit lain cerita, penat pulak tu, kerja pagi petang, hujung minggu pun kadang-kadang takda masa".

kena fikir panjang ni.

hmm. sebagai pelajar berusia 24 tahun, memang seronok pun. sebab hidup masih like in heaven. hectic kadang-kadang. enjoy lebih. public relation with elderly, improved. lab skills, improved. reading, improved. tetapi duit macam tak berapa improved. dapat tiap-tiap bulan, dah masuk ASB sikit-sikit lepas tu rasa macam miskin. nak kahwin kena
fikir 25 ribu kali. sekarang baru fikir kali ke seratus kot. lagi 24,900 kali kena ambil masa fikir lagi sampai tahun depan.

betullah, peluang bukan senang dapat. tapi.. se
lagi belum ada kerjaya sampai umur 25 tahun mungkin akan rasa macam loser.

ini hasil kerja masa umur 21 tahun dulu. sekarang dah lama tak buat sebab dah 24 tahun. sobs.

oh ya, bercakap tentang loser, pengalaman jadi loser terbaik ialah pada hari konvokesyen sebab tak dapat bunga, semua sibuk nak bagi saya makan saja. bila fikir balik, memanglah semua orang pun tahu agaknya saya memang kuat makan. monster cakap, saya dan bunga takda chemistry. [baiklah, pasrah :p]

24 tahun bukan pendeklah. 24 tahun tu lama sangat. I need a job, I need to be a better woman! midlife crisis on the way.

p/s [to Cessna Monster]: selamat ber-OJT di Subang Airport. nanti saya belikan sunblock, sebab saya khuatir anda akan semakin hitam. semoga lebih kurus. amin.

wink wink ~.^

2 comments:

amy fahmi said...

baru 24. aku da 25. haru sungguh.

idatazira said...

macam terharu je dah nak 25.
hehehe

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.