The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 4, 2011

Penat nak kahwin

Happy Saturday everyone. Are you happy today?

Nak cerita. Malam semalam sedikit pelik kerana menunggu the fiancee datang dari Shah A ke Kuala L dengan gigih. Definisi gigih ialah dekat sejam sebelum the fiancee sampai saya sudah pun bersiap. Takda sebab lain kalau kesungguhan jelas macam itu, cuma lapar. Itu saja. Em emm mungkin sebab rindu terhadap the fiancee juga [coverline].

Namun begitu, temu janji tersebut tidak berapa menjadi. Tak boleh cakap banyak part ini. Cuma nak bagi pengajaran, berbahagia saja lah depan rezeki.

Malam berakhir secara tak berapa normal. Well well. Bangun pagi tadi merenung langit, awan dan atap Istana Budaya dari katil sambil bergulung dalam red riding hood [sentimental value]. Helikopter dengan bendera Malaysia I love lalu secara tiba-tiba sempena hari kelahiran YDP Agong. Tak sangka boleh termenung, nasib baik helikopter lalu.

Tetapi, I am lucky I am in love with my best friend. Ini serius. Walau apa pun terjadi, the fiancee tetap best. Memang best friend forever, asyik nak ucap ILOY ILOY. Yes, kamu taktau ILOY. Baguslah taktau. Heh.

Oleh sebab itu, saidamunira bersemangat buat research sikit tentang persediaan perkahwinan malam ini. Google sana sini. Fikir warna itu ini. Tengok-tengok, sekarang jadi penat, lepas tu rasa malas nak tengok lagi. Berangan lagi best. Semangat senang luntur rupanya. Apa kau tak eksaited nak kahwin kah? Pasti tidak. Malas memang cannot help lah. Harap-harap bakal mertua bersemangat kental, berharap aunty dan uncle yang bawa saidamunira pergi tempah baju dan sebagainya. Harapan harapan. Tapi ingat pesan the fiancee, jangan suka berharap. Emm nak berharap juga tapi. Hee.

Sebenarnya hari ini penat pergi wedding, makan banyak sampai boyot. Saya penat dan rasa nak kahwin tonight. Bye.

ILOY Muhammad Izzat. I love only you. [Siapa rasa nak geli ke apa boleh pergi tidur dan ucapkan ILOY kepada kekasih masing-masing. Terima kasih.]

wink wink ~.^

0 comments:

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.