The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 29, 2012

Hantaran(?). Iran dish.

Makin ditanya pasal hantaran. Makin saya jadi perempuan sopan. AKULAH WANITA SOPAN ITU. Ya. Ya.

Sebenarnya macam ini. Hantaran untuk saya tak berapa settle lagi. Oleh itu bakal suami seperti keliru. Adakah saya takmau itu ini, seperti yang saya dakwa, saya materialistik. Kehkeh.

My wishlist is more than affordable. Saya nak tujuh dulang kasih sayang dunia akhirat. Itu yang saya minta secara sopan. Kalau tak sopan, saya akan minta bermacam-macam benda keduniaan yang memang best pun dan saya belum ada. Tetapi, bila terpaksa buka mulut meminta, rasa macam tak terminta lah.

I am a student. He is a student. Student. Student lah. Bukan Licensed Aircraft Engineer. Student. Bukan CEO. [
Oh ya, sekarang saya memasang cita-cita nak jadi CEO]

Oleh yang demikian, kepada tunang saya yang comel itu. Saya serahkan kuasa kepada anda. Yang penting saya takmau sirih junjung. :p Bagi makanan banyak-banyak pun best juga, nanti bolehlah kita makan banyak-banyak selepas kahwin.

Ok. Sayang. I Love You.

* * *

Here are some photos during my lunch today with my lecturers, we were celebrating our friends [ie Elham, Naghmeh and Lai Kuan] for their successful PhD viva. Lecturer saya cakap, nanti turn saya kena bawa suami. Eh excited pula nak viva :p

It was a great lunch served at Kakh Restaurant, Jalan Putra, KL. My first time having Iranian dish. Lebih kurang dengan makanan Turki.

Flavor tea, served in cute glasses with Iran first king cartoon.

Strips of lamb, beef and chicken. Served with baked tomato and lime.

Nasi itu sungguh light. Makan dengan unsalted butter.

Saya memang sayang Mommy saya. Tu, yang paling comel pakai tudung biru tu. Hihi.

Alhamdulillah.

wink wink ~.^

Tuesday, February 28, 2012

Weekend.Makan.

Assalamualaikum semua.

Baru lepas scaling and polishing. Dentist dapat mengesan bruxism daripada gigi saya. Dentist tanya saya stress ke. Saya cakap tak, memang dari kecil lagi saya mengetap-ngetap gigi. Tapi.. Dia belum bagi treatment. Nasib baik. Tahukah treatment untuk bruxism tu kena pakai benda yang macam petinju pakai kat gigi tu. Masa tidur kena pakai. Bukankah tak comel bila tidur dengan roommate kelak :p. Siap kena x-ray gigi, sebab ada satu gigi saya hilang. Ternyata, gigi tu memang tak ada, tak ada tunas langsung. Cacat rupanya. Huahua.

Anyways. Hari ini nak tampal gambar dekat blog sebab entri tak bergambar tak best. Bajet entri ini adalah best.

Ini ikan.

Ini telur. Tapi ada cheese.

Ini sizzling tofu. Ada telur dekat bawah tofu.

Makanan tersebut ialah makanan yang sedap dimakan pada hari Jumaat malam Sabtu. Sebab, dari rumah Cessna, kedai Starfresh Agropark tu tak berapa jauh. Selalu sangat dah pergi makan situ sebab malas nak fikir tempat lain. [Dietitians, jangan marah, saya tak order sayur hihi]

Iklan: Ini pula kesesakan jalan raya depan rumah beliau pada hari Jumaat malam Sabtu.
Traffic jammed sebab parents fetch anak-anak balik tusyen.

Popiah basah Kuala Kangsar. Saya punya. Lelaki kesayangan tak suka.
[
Gambar comot sebab tak sabar nak makan, lepas tu baru teringat nak snap gambar]

6 buah kuih cara dan 2 buah karipap (panas!).

Nak cucur udang, tapi terlupa bagitau nak cucur udang je. So kenalah makan rojak.
Ini lelaki kesayangan punya.

Ketiga-tiga makanan tersebut (ie popiah basah, kuih cara dan karipap, cucur udang) adalah menu minum petang kami yang regular kalau pergi minum petang dekat Stadium Paroi. Bukan salah satu tau. Semua makanan tu dimakan pada satu masa. Haha. Itu tak cukup lagi, selalunya kami order nasi goreng cili api sekali, makan dengan kuih-kuih. Nescaffe kaw for him, Iced Milo for me. Hiks. Oh ya, makanan-makanan minum petang ini dimakan Sabtu haritu, lepas balik dari wedding Q. Hihi.

Ini Nasi Arab Damsyik dekat dengan Taman Guru.
Set Thlaatha (tiga) makan dua orang! :p

Bila kami teringin Nasi Arab, kami pergi makan yang dekat je (dekat dengan Taman Guru). Tak adalah best mana pun. Sebenarnya sebab niat nak det makan Nasi Arab dekat Cyberjaya belum kesampaian. So terpaksalah makan yang dekat-dekat je. Nasi Arab yang kami makan ni buttery sikit rasa dia. Ok ok la, not bad.

Ini my monster. Saya sayaaaaaaang sangat dekat dia sebab ajar saya makan banyak. Hek.

Ya, AKULAH DIETITIAN YANG TELAH ROSAK. :p

Ok. Till then, bye.

wink wink ~.^

Monday, February 27, 2012

Nak balik tidur

Assalamualaikum semua. MISS ME?? Ala takmau mengaku kah?

Hihi. I am super busy. Tetapi I am super HAPPY!

Dear diary,
Tidur malam tadi sungguh enak. Sedap. Lena. Best.

Semua sebab saya disuruh merasmikan bilik baru kami. Peace. Hati meronta-ronta takmau [konon] tapi terpaksa sebab pagi tadi kena bangun awal nak buat fieldwork. Lagipun malam tadi dah basah kena hujan, penat. Lesu. Oleh itu terpaksa merasmikan bilik dan katil kami. Itu pun atas arahan bakal suami. Kehkeh. Oh ya, perasmian secara solo, takda pasangan. Kalau perasmian secara berpasangan, mana boleh tidurlah bukan...... :p

Alhamdulillah. Felt blessed. Nikmat melimpah.

Ok dah. Speechless. Sekarang dekat KL. Rasa nak shoot balik Lavender, semata-mata nak tidur kat bilik baru :p. Penat tak habis lagi. Byes.

wink wink ~.^

Saturday, February 18, 2012

Tuition Diary

Assalamualaikum.

Hari ini mentusyen. Rutin. Lepas tu menjaga adik. Kakak mithali lah katakan. Bukankah dah cakap, emak ayah pergi det ke Terengganu.

Tusyen seronok semacam today. Bukan nak report hari-hari yang lalu tak seronok. Em. Hari ni lebih seronok daripada biasa.

Adik-adik murid [sebab tak boleh panggil anak murid, I muda. Take note.] macam seronok semacam saja. Bercerita menang medals untuk swimming competition. Bercerita macam mana nak gemukkan badan. Itu jejaka. Yang gadis, semua aktif. Tak habis-habis dengan gosip perkahwinan cikgu. Dari minggu ke minggu mintak kad kahwin. Dah kasi boleh catat sejarah pula sebab dapat kad kahwin pertama tertulis nama sendiri. Yeay! Cikgu sayang adik-adik murid cikgu. Hihi.

Chemistry class, I got this:

Saya dapat sebiji jeli berbentuk bom tangan berperisa la ici. Siap ikat riben tau. Hihi. [Sweet punya adik murid. Kalau adik murid sweet, of course cikgu dia sweeter. :")]

Yang buat terharu lagi segan, hari ni adik-adik murid lelaki mencium tangan cikgu sebelum balik kelas. Pengsan. Bakal suami izinkan. Yelah, cikgu nak tarik tangan pun malu. Tangan adik-adik murid semua besar-besar.

Saya cikgu, tapi saya dietitian jugak. Saya student jugak. Lagi empat minggu, saya seorang isteri. Ouch.

Sekian. I love everyone around me.

wink wink ~.^

Thursday, February 16, 2012

Rindulah.Hmm.

Assalamualaikum.

Rationalizing condition. Apa kes nak sedih sebab ayah suruh balik rumah, semata-mata nak hantar Nabila pergi sekolah esok. Emak ayah nak pergi Terengganu over the weekend. Hmm. Sedih. Jadual balik rumah hari Sabtu. Hari Khamis-Jumaat kena balik Seremban dan study untuk tusyen. Sebenarnya rindu kekasih. T___________T

Petang tadi otw balik the fiance ajak minum petang dekat Dunkin Donuts kedai favourite. Tapi kena tunggu dia habis kelas pukul lima. Redha bakal suami masih student. Bukankah comel nanti kalau orang tanya suami mana, saya boleh jawab, "pergi kelas". How cute. :p buWek. Oh ya. Last-last saya cancel the date sebab saya emo ayah suruh balik rumah. Lepas emo mengantuk. Stop dekat exit tol Senawang, boleh lena setengah jam sampai Kak Mai call, terperanjat terus tak ngantuk dah.

Impian nak submit tesis lagi dua minggu akan diusahakan. Tapi itulah. Kalau saya terbalik rumah macam inilah. Nak download itu ini. Sibuk betul. Dengan Vampire Diaries tak habis-habis. Dengan new addiction to Once Upon A Time series lagi. I'm young at heart. Lepas dah kahwin pun nak buat kerja ini lagi dan nak pulun tengok kartun banyak-banyak. Kalau suami sibuk ajak tengok bola dan terpaksa berebut tv, saya akan hadap tv sambil menonton cerita kegemaran kat laptop pakai headphone. Huh.

Hati berkecamuk. Malas. Malas. Malaaaaas. Kbye.

Hate. Dah tiga bulan straight menjelang 17hb muka mesti banyak jerawat. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! Okbye.!!!

Saturday, February 11, 2012

My Birthday Boy.

Assalamualaikum.

Been busy.

Macam biasa.

Oh well. Last Thursday was my fiance's 26th birthday. Saya tak ada membeli hadiah mahu pun membeli kad ucapan. Semua sebab saya sangat sibuk. Tetapi pada firasat saya, kalau saya tak sibuk pun saya malas nak beli hadiah sebab nak beri hadiah berganda sempena perkahwinan. Hihi.


Hari lahir beliau telah disambut dengan muka bitter the birthday boy. Semua gara-gara err err. Boleh cakap ke. Ok later. Huahua. We had a family dinner at Klana Resort. Uncle, Auntie, Safwan and errr errr. And err. Haha. [Start thinking! :p] No photos. Macam biasa. Auntie requested to snap a photo of us, tapi kami maluuuuuu to the limit.

Back then, today masih busy. Lepas tuition pergi weddings. Lepas weddings, the fiance pergi buat spot-check dekat Lavender. Sambil menyiram rumput, sambil mengecek rumah. Mentakutkan juga bakal suami saya. Oleh yang demikian, saya akan terpaksa menjadi wanita yang rajin mengemas rumah kelak. Tak mengapa my dear, lagi sebulan lebih anda jadi pemastautin dekat Lavender, nanti kita buat gotong-royong sama-sama. Hihi.

I heart the blue sky. I heart my birthday boy even more.

Muhammad Izzat marah sebab rumput dia kering. Sambil menyiram sambil membebel.

I will call you birthday boy even if it's your 78 years old birthday. I wish to grow old with you.

I love him.somuch.

wink wink ~.^

Tuesday, February 7, 2012

Counting down

Mara ke depan dengan penuh semangat. Fact is, perut yang mara ke depan. Cemana ni?

Lepas fitting semalam, macam risau sebab Melur [Adik Kak Mawar aka Kakak Andam] telah berniat untuk mengecikkan baju sanding gue. Tengok dekat cermin terus berasa walaweh Saidamunira kurus!. Tetapi sekarang baru terfikir, recently nafsu makan semakin membiak. Tak pasal nanti ada orang bersanding lepas tu terpengsan sebab baju ketat. Hemm.

Keperluan untuk menguruskan perut telah menjadi kenyataan. Tapi malas nak layan. The fiance mendakwa saya telah gemuk. Hari tu Nikmah the tutor pun telah membuat dakwaan sama. WTHey!. Saya perlu hadiahkan diri saya dengan semangat untuk menjadi kurus.

Tadi telah menteman emak membeli-belah kain. Kain lagi. Kainkainkain. Tak habis-habis. Ingatkan nak bertemakan warna-warni kehidupan masa bertandang. Tetapi emak comel saya telah dikurniakan semangat membeli kain, lantas beliau membeli kain dan mengisytihar purple sebagai warna rasmi bertandang.

Lepas balik dari beli kain dan hantar kat tailor tu, Uncle call. Masih lagi pasal kain. Memang lepas ni boleh jadi BFF dengan Kak Shanaz tauke Jakel Jalan Masjid India tu. Oleh itu, hari Khamis akan bertemu janji dengan Kak Shanaz. Again.

Tak sabar nak kahwin sebab saya malas nak memandu ke Seremban hari ni. Kalau dah kahwin bukankah kena balik kampung bersama-sama lepas tu balik Seremban pun sama-sama. Ini kena memandu, dahlah hujan.

Sekian dulu. Saya rasa saya memang tak sabar nak kahwin. Boleh tidur nyenyak dalam kereta.

Bye. Ngantuk tapi kena singgah Seremban before balik KL. Uncle ajak dinner sama.

wingantuk

Sunday, February 5, 2012

Sikit-sikit. Bukit-bukit.

Assalamualaikum.

Begitu bersemangat dari pagi tadi membuat itu ini lantas melupakan sarapan pagi. Sejak kad kahwin dipasarkan ni, terus berasa serius dengan perkahwinan.

Semalam wedding Alang. Jadi habit dah agaknya, lepas pergi wedding kami pergi makan A&W dekat lake garden. Makin gemuk lepas ni. Selepas kekenyangan, the fiance pergi menghantar kain kepada Uncle William, the tailor. Lagi sebulan lebih nak kahwin baru hantar kain. Wuhu.

Semalam Kak Maz the tailor telah datang. Masih perkara yang sama, kain baju resepsi dekat Seremban pun baru bagi dekat Kak Maz. Hihu.

Esok nak pergi fitting. Plan je, tapi macam malas nak pergi pun adO. Kalau macam tak kena dekat hati, rasa nak pi tempah jugak baju. Selagi sempat. Kak Nurul the tailor still available. Takyah risau kot.

Poodle project masih otw, entah bila boleh siap. Esok emak dan ayah nak pergi JB, start dah menjemput saudara mara dan juga besan beliau. Tetapi saya takmau pergi sebab nak meneruskan persediaan perkahwinan.

Semua preparation tak adanya nak sikit-sikit lama-lama membukit. Kami memang sikit-sikit dan hasil sikit-sikit sudah. Yang penting nikah. Nanti boleh masak-masak dan makan-makan. Lepas tu boleh ajak orang lain datang makan-makan dekat rumah kami.

Bukan senang nak kahwin. Oleh itu, hargailah sebuah perkahwinan.

Sekian.

Penat. Tapi seronok.

wink wink ~.^

Wednesday, February 1, 2012

Early February.

Hari ini cuti. Tapi saya rajin buat kerja sekolah dekat fakulti. Dah kata, simptom penuaan....

Banyak perkara nak buat dalam bulan Februari. Pilot study untuk PhD project pun dah berjalan semalam, sekarang dah ada enam subjek. Bila buat early post mortem dengan mommy semalam, tak sengaja terbanyak cakap. Tak sedar cakap penuh semangat. Tak perasan mommy was staring inside me. Tahu-tahu, dah habis cakap, mommy cakap saya boleh ganti dia. Macam ni mommy cakap "Ida, you dah boleh ganti I sekarang. Good!"

Ha. Semua gara-gara tak sengaja. Saya tak pernah bersuara macam semalam kot. Tapi saya perasan, saya belajar bersuara macam tu bila saya start involve dalam tuition. Dah cakap dah, sekarang simptom penuaan makin menjadi-jadi.

I have lots of things to deal with. Tesis, kena submit early March. Data collection dah mula, ongoing sampai forever and ever sampai dapat tangkap semua subjek yang beratus orang tu. Mommy always aim high. 400 yang ada tak cukup katanya. Nak distribute wedding invitation. Nak settlekan poodle project. Nak study Bio and Chem tetiap minggu. Wedding kawan bersusun-susun.

Hidup sangat berubah sejak masuk 2012.

Kejap lagi nak pergi Jakel. Sejak bakal mertua kawan dengan anak tauke Jakel tu, makin rajin pulak pergi kedai kain tu.

Semoga saya sentiasa comel mengharungi hari-hari sehingga tua. Takyah dilema sana-sini. UiTM tu agaknya boleh burn. Lagi pun Puncak Alam jauh. Dilema jadi student tak bekerjaya dah malas nak fikir. Selama ni pun duit cukup, boleh buat belanja kawin lagi walaupun tak mewah mana. Selagi perkara yang saya buat menyenangkan hati emak dan ayah, uncle and auntie, dan juga bakal suami, saya sangat percaya yang Allah takkan susahkan hidup saya. InsyaAllah.

Sekian. Aim High. Be optimistic. Serlahkan dirimu. Weeehoo!

Lagi 9 hari birthday the fiance. Tapi memang taknak bagi hadiah. Save otak nak fikir. :p

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.