Assalamualaikum.
Begitu bersemangat dari pagi tadi membuat itu ini lantas melupakan sarapan pagi. Sejak kad kahwin dipasarkan ni, terus berasa serius dengan perkahwinan.
Semalam wedding Alang. Jadi habit dah agaknya, lepas pergi wedding kami pergi makan A&W dekat lake garden. Makin gemuk lepas ni. Selepas kekenyangan, the fiance pergi menghantar kain kepada Uncle William, the tailor. Lagi sebulan lebih nak kahwin baru hantar kain. Wuhu.
Semalam Kak Maz the tailor telah datang. Masih perkara yang sama, kain baju resepsi dekat Seremban pun baru bagi dekat Kak Maz. Hihu.
Esok nak pergi fitting. Plan je, tapi macam malas nak pergi pun adO. Kalau macam tak kena dekat hati, rasa nak pi tempah jugak baju. Selagi sempat. Kak Nurul the tailor still available. Takyah risau kot.
Poodle project masih otw, entah bila boleh siap. Esok emak dan ayah nak pergi JB, start dah menjemput saudara mara dan juga besan beliau. Tetapi saya takmau pergi sebab nak meneruskan persediaan perkahwinan.
Semua preparation tak adanya nak sikit-sikit lama-lama membukit. Kami memang sikit-sikit dan hasil sikit-sikit sudah. Yang penting nikah. Nanti boleh masak-masak dan makan-makan. Lepas tu boleh ajak orang lain datang makan-makan dekat rumah kami.
Bukan senang nak kahwin. Oleh itu, hargailah sebuah perkahwinan.
Sekian.
Penat. Tapi seronok.
wink wink ~.^
Léonard De Vinci (2019)
4 years ago
1 comments:
aku book nak jadi org yang datang makan-makan!! hehehe..
p/s: tiket balik dah selamat dibeli, Alhamdulillah :)
Post a Comment