The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 28, 2012

Weekend.Makan.

Assalamualaikum semua.

Baru lepas scaling and polishing. Dentist dapat mengesan bruxism daripada gigi saya. Dentist tanya saya stress ke. Saya cakap tak, memang dari kecil lagi saya mengetap-ngetap gigi. Tapi.. Dia belum bagi treatment. Nasib baik. Tahukah treatment untuk bruxism tu kena pakai benda yang macam petinju pakai kat gigi tu. Masa tidur kena pakai. Bukankah tak comel bila tidur dengan roommate kelak :p. Siap kena x-ray gigi, sebab ada satu gigi saya hilang. Ternyata, gigi tu memang tak ada, tak ada tunas langsung. Cacat rupanya. Huahua.

Anyways. Hari ini nak tampal gambar dekat blog sebab entri tak bergambar tak best. Bajet entri ini adalah best.

Ini ikan.

Ini telur. Tapi ada cheese.

Ini sizzling tofu. Ada telur dekat bawah tofu.

Makanan tersebut ialah makanan yang sedap dimakan pada hari Jumaat malam Sabtu. Sebab, dari rumah Cessna, kedai Starfresh Agropark tu tak berapa jauh. Selalu sangat dah pergi makan situ sebab malas nak fikir tempat lain. [Dietitians, jangan marah, saya tak order sayur hihi]

Iklan: Ini pula kesesakan jalan raya depan rumah beliau pada hari Jumaat malam Sabtu.
Traffic jammed sebab parents fetch anak-anak balik tusyen.

Popiah basah Kuala Kangsar. Saya punya. Lelaki kesayangan tak suka.
[
Gambar comot sebab tak sabar nak makan, lepas tu baru teringat nak snap gambar]

6 buah kuih cara dan 2 buah karipap (panas!).

Nak cucur udang, tapi terlupa bagitau nak cucur udang je. So kenalah makan rojak.
Ini lelaki kesayangan punya.

Ketiga-tiga makanan tersebut (ie popiah basah, kuih cara dan karipap, cucur udang) adalah menu minum petang kami yang regular kalau pergi minum petang dekat Stadium Paroi. Bukan salah satu tau. Semua makanan tu dimakan pada satu masa. Haha. Itu tak cukup lagi, selalunya kami order nasi goreng cili api sekali, makan dengan kuih-kuih. Nescaffe kaw for him, Iced Milo for me. Hiks. Oh ya, makanan-makanan minum petang ini dimakan Sabtu haritu, lepas balik dari wedding Q. Hihi.

Ini Nasi Arab Damsyik dekat dengan Taman Guru.
Set Thlaatha (tiga) makan dua orang! :p

Bila kami teringin Nasi Arab, kami pergi makan yang dekat je (dekat dengan Taman Guru). Tak adalah best mana pun. Sebenarnya sebab niat nak det makan Nasi Arab dekat Cyberjaya belum kesampaian. So terpaksalah makan yang dekat-dekat je. Nasi Arab yang kami makan ni buttery sikit rasa dia. Ok ok la, not bad.

Ini my monster. Saya sayaaaaaaang sangat dekat dia sebab ajar saya makan banyak. Hek.

Ya, AKULAH DIETITIAN YANG TELAH ROSAK. :p

Ok. Till then, bye.

wink wink ~.^

0 comments:

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.