The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 30, 2012

One month plus: Life after marriage.

Hai. This is my story.

Pagi-pagi saya akan bangun awal dan siap-siap comot saja. Yang comot itulah akan menjadi comel di mata suami. Anda taktahu, suami saya tahu. 

 Ini muka dah siap. Masa ni takci sebab suami ponteng kelas. Saya tak ponteng sebab saya kan skema.



Katil pun kena kemas terus sebab suami kan neat-freak. You are a FUR-REAK tau sayang!!
Eh tapi gambarajah di atas ialah katil selepas disepah oleh saya! Yippie.



 Then I will prepare breakfast for my beloved husband. Ini contoh wrap sebelum di-wrap. This is beef wrap. Kalau saya gebon nak cepat, hubby akan buatkan breakfast. Paling senang egg-wrap with butter. :D Everytime we serve food, we serve it with love. Awww..

 Selepas balik dari bersekolah dan sebagainya, kami akan merumput. I found that I love weeding! Husband menyiram rumput dengan rajin sangat. Kadang-kadang saya panggil suami saya Abang Mat Jat Bomba. [Ha ha :p]

Oh ya, selepas sebulan, saya masih lagi mendapat hadiah perkahwinan. Juga mendapat phone call rakan-rakan mengajukan soalan untuk buat permintaan hadiah kahwin. Kan aku dah cakap aku nak TV. Takde sape pulak nak bagi. Oh btw, hadiah di atas sekadar gambar hiasan, daripada Hasnan. CC Rafidah!!


In short, suatu hari nanti kami akan membina dapur yang berjaya kerana wedding gift terdiri daripada barang dapur yang marvelous. We have mix grinder, BBQ grill stove, fruit juicer, microwave oven dan lain-lain. Eh apa pasal berlagak di sini pula. 


Oklah. Esok hari buruh bukan. Selamat hari buruh. 


Terima kasih Allah sebab kurniakan saya suami yang comel tu. Tu dia tengah study kat katil. Eh comelnya dia.


Kbye. 


wink wink ~.^

Saturday, April 28, 2012

a month a week ... days

Selamat pengantin lama. Tapi sentiasa rasa macam pengantin baru tau. Maklumlah, bahagia. Hihi.


wink wink ~.^

Friday, April 20, 2012

UpdateInSleepyMode

Hola hola err Assalamualaikum.


Bingeing merupakan hobi saya. Sepanjang masa saya makan dengan banyak tanpa kenal erti kenyang. Kenyang? What the hmmmm.

Terkini, saya dan suami telah menagih wrap. Bukan sejenis dadah tetapi boleh menyebabkan ketagihan. Minggu lepas ketagih roti kukus dengan butter dan kaya, sonang bai tu laie haku nak buat. Sekarang wrap punya pasal, ajaib terus jadi rajin masak. Wrap disertai dengan banyak filling. Paling senang telur, 10 minit dah siap. Haritu sumber protein dah habis, suami merengek-rengek comel seawal buka mata bangun Subuh dah mintak breakfast wrap. Keajaiban tak sudah, 15 minit dah siap wrap bilis. Wraps lain termasuklah beef dan juga chicken. Semalam nak buat lamb, tapi tak jumpa lamb yang sesuai kat Giant. Later I buat untuk suami. Orang lain kalau nak, mehlah datang breakfast kat rumah, dinner pun boleh.
.
.
.
Aik speechless. Sebenarnya penat. Hobi tak henti-henti makan, pastu mengantuk. Oleh sebab takda siapa nak sorongkan bantal, saya terpaksa berhenti blogging, nak menyorong ke bantal. Saya penat, baru balik dari fieldwork tau. Bangun pagi-pagi mandi, kejut suami melompat lari buat breakfast, rush pergi Cheras, sekarang dah sampai rumah. Suami dah request nak makan wrap lagi. Sebab tu saya kena tidur, pastu nak study lagi esok ada tusyen.

OMAGAD. Takda masa nak pergi tengok Battleship. T___T

Sekian. Sayalah orang yang telah berkahwin dan menjadi Superwoman. Cuma underwear takleh pakai kat luar. I am civilized.

wink wink ~.^

Monday, April 16, 2012

It is life

Assalamualaikum.

Sekarang pukul 11.42 pm, suami saya dah tidur lena, saya pula baru bangun tidur. Lepas dinner McD dekat McD, kami sambung dinner McD di rumah pula sebab Saidamunira craving double cheese burger walaupun dah selamat makan 1 set ayam goreng McD dengan fries bersaiz large beserta chicken McBites. Fries tu makan sorang-sorang sampai habis walaupun saiz large, amazingly boleh habis makan sorang. Dah habis makan tu request kat husband nak fries lagi dengan iced milo, double cheese burger. Sampai kat kaunter rasa nak McFlurry Horlicks dengan bubur ayam sekali. Pusat kenyang I rasanya totally damaged! What the hmmm..

Lepas dinner tadi, kami solat Maghrib. Dan selepas itu, konon-konon nak tunggu Isyak sambil bagi tazkirah, pastu taktau apa jadi, terus tidur sebelum Isyak. Husband saya yang comel tu plan nak study malam ni sebab esok ada exam. Tapi....... sampai sekarang dia taknak bangun. Kalau kejutkan dia, serius comel tau dia taknak bangun. Sebagai isteri, saya rasa dia cukup comel buat camtu. Kalau sebagai emak kelak, anak buat camtu aku rotan dengan hanger. Penat kejut tak bangun-bangun.

Berkenaan kesihatan saya, kan dah cakap saya sentiasa mengantuk. Hari ni, bila cek blood pressure, seriously low, 89/52, 85/56, 82/48 mmHg. Suami saya selalu cakap pagi-pagi muka saya pucat macam vampire. Ada satu hari, nak pergi breakfast kat kedai mamak pun suami suruh make up sikit, sebab dia cakap, penat-penat dia bagi make up hantaran hari tu, so kena rajin-rajin pakai. Hee. Tapi tak apalah pasal blood pressure tu, selagi tak pengsan, I consider myself as healthy and normal. Sukati aku je.

Now it is midnight. Saya sangat berasa nak makan lagi. Taktaulah suami approve ke tidak. Suami saya dah bangun tu, eh tapi dia dah sambung tidur balik. Kan dah cakap, suami saya macam baby. Hihi.

Baiklah. Di sini disertakan gambar makanan. Alasan, saya lapar.

Det ayam masak merah dengan kobis lemak belakang rumah.
Berdua-duaan dengan suami je, on 5th April 2012.
Saya masak untuk suami comel saya. Sikit pun tak bagi orang lain makan.

Ini nasi ayam, I cook I cook! [eksyen tau :p]
Our mini feast, guests are Hakim and Sabqi, on 7th April 2012.

Hakim and Sabqi helped us a lot on our wedding, tiga hari bertungkus lumus. So that we celebrated them lah. Seronok sangat, Hakim and Sabqi makan sampai licin, pastu siap desert-desert aiskrim, buah-buahan, coffee. Best sangat-sangat sebab dapat ajak kawan datang ke rumah tangga. Diorang datang siap bawak buah tangan tau walaupun diorang lelaki bujang! Hehe. Sesapa nak cari jodoh, I highly recommend Hakim and Sabqi, they are very nice, indeed.

Eh alamak, husband tak bangun-bangun juga. I better wake him up. Dia cakap, saya sorang je isteri yang dia ada. Betul jugak tu. Kalau tak, mesti saya takyah kejutkan dia.

Hihi I love my hubby. >.<

Err I am hungry... T__T

wink wink ~.^


Friday, April 13, 2012

Songket Day

Hai hai.

Sebab dah ada orang ramai bertanya gambar, especially on 18th, saya pun ambik gambar kat fb Kak KT. Kak KT ni kerek sikit, dia tak bagi orang tag kat gambar dia ni dekat fb :p. Wuhu.

Ita and Wani :D
Itu dia Kak KT Ibrahim di sebelah kiri gambar

Pokcik menari piring, Munir siap pesan baca doa pelindung takut ada hantu.:p

He was my best friend and now we're soulmates :D

Thank you Jannah and Sabqi our bridesmaid and bestman :D

Official punya gambar belum dapat.

Sekian.

wink wink ~.^

Thursday, April 12, 2012

My 25th Birthday

Assalamualaikum.


Inilah karangan saya. Sila baca. Membaca jambatan ilmu.

On my birthday eve, my husband celebrated my birthday at McD with Safwan, my brother in law. I called it chicken night sebab saya dijamu dengan ayam dan nugget ayam dan chicken mcbites. Malam itu kami makan banyak sebab kan sekarang malam-malam ada McValue Dinner. Memang boleh gemuk dahlah McD dekat dengan rumah.

Kemudian, pada malam hari lahir saya, suami saya wish happy birthday lepas tu takleh cerita apa terjadi. Kemudian lagi.. tetiba saya termenangis sebab rindu Emak dan Ayah pada hari lahir. Suami saya cakap saya makin comel sebab dah kahwin lagi kuat nangis.

Saya dah malas nak buat karangan lagi. Cut it short, the 25th birthday was then celebrated on the next day (yesterday) by my new family, minus Safwan sebab dia kerja. Mama and Papa treated us lunch and dinner. Dapat kek, makan banyak sampai malam, sambil pergi rumah Beting, rasa macam balik raya.

Felt blessed with this new life. Alhamdulillah.

And,

I really miss my friends on my birthday.

Till then.

.

.

:')

Love you.

wink wink ~.^

Tuesday, April 3, 2012

While waiting for my husband to come home.

Assalamualaikum.

Hidup saya telah berubah secara banyak sejak mempunyai suami. Paling penting, walaupun mula-mula rasa tension sikit sebab suami saya neat-freak, tetapi saya berasa bahagia. Biasalah tu ayat orang baru kawin kan kan kan. :p

Saya dah mula kerja balik tapi masih dalam fasa observation sama ada nak check out dari Plaza RAH forever atau tak. Yang pasti, berulang dari Lavender ke KL sungguh memakan banyak duit aku ibarat menabur duit di highway. Tapi bila fikir, kerja setakat half day sebab sekarang tengah buat fieldwork, pastu takkan nak menempel dekat KL dan meninggalkan suami yang sangat disayangi kat Seremban. Macam keputusan yang sungguh silap kalau buat camtu, sebabnya macam last week, baru berapa jam suami pergi kelas dah rasa tertekan sebab rindu. Bila saya pergi kerja pula tak sampai separuh jalan dah nak menangis rindu kat suami. Ape citeeeee nak duduk kolej kalau ada penyakit rindu tak sudah camni.

Hem. Walau apa pun, sebenarnya sekarang malas sikit nak memblog sebab asyik mengantuk. Tadi pun otw balik Seremban dari KL singgah RnR Nilai sebab nak tidur 30 minit. Rasa hectic betul hidup.

Er nak berkongsi fakta sikit. Sepanjang kahwin, saya belum memasak lagi untuk suami. Ayam masak merah dengan kobis lemak pun tak terbuat lagi sebab busy memanjang disulam mengantuk. Hidup sangat berubah. Semalam balik dari fakulti singgah rumah Mama, terus lunch. Papa masak sedap tak hengat. Pagi tadi pakai khakis lalu berasa tertekan sebab ketat gila dah seluar. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Cekidout gambar daripada Safwan adik iparku. Oh ya, saya dah berminggu tak switch on laptop sendiri sejak guna PC suami. Hihi.

Muka ketat

See, tangan Ayah yang putih tu :p


Ni sebab kena akad lagi sekali. Huahua.

Jajan the pengkepit love love.

The ring slipped into my finger. :D
p/s: Saya dah cuba sedaya upaya buat muka baik. Sekian.
.
.
.

And now I am a wife.

Alhamdulillah.

Oyya. Harini suami saya exam. Comel kan. Hehs. Till then.

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.