The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 3, 2012

While waiting for my husband to come home.

Assalamualaikum.

Hidup saya telah berubah secara banyak sejak mempunyai suami. Paling penting, walaupun mula-mula rasa tension sikit sebab suami saya neat-freak, tetapi saya berasa bahagia. Biasalah tu ayat orang baru kawin kan kan kan. :p

Saya dah mula kerja balik tapi masih dalam fasa observation sama ada nak check out dari Plaza RAH forever atau tak. Yang pasti, berulang dari Lavender ke KL sungguh memakan banyak duit aku ibarat menabur duit di highway. Tapi bila fikir, kerja setakat half day sebab sekarang tengah buat fieldwork, pastu takkan nak menempel dekat KL dan meninggalkan suami yang sangat disayangi kat Seremban. Macam keputusan yang sungguh silap kalau buat camtu, sebabnya macam last week, baru berapa jam suami pergi kelas dah rasa tertekan sebab rindu. Bila saya pergi kerja pula tak sampai separuh jalan dah nak menangis rindu kat suami. Ape citeeeee nak duduk kolej kalau ada penyakit rindu tak sudah camni.

Hem. Walau apa pun, sebenarnya sekarang malas sikit nak memblog sebab asyik mengantuk. Tadi pun otw balik Seremban dari KL singgah RnR Nilai sebab nak tidur 30 minit. Rasa hectic betul hidup.

Er nak berkongsi fakta sikit. Sepanjang kahwin, saya belum memasak lagi untuk suami. Ayam masak merah dengan kobis lemak pun tak terbuat lagi sebab busy memanjang disulam mengantuk. Hidup sangat berubah. Semalam balik dari fakulti singgah rumah Mama, terus lunch. Papa masak sedap tak hengat. Pagi tadi pakai khakis lalu berasa tertekan sebab ketat gila dah seluar. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Cekidout gambar daripada Safwan adik iparku. Oh ya, saya dah berminggu tak switch on laptop sendiri sejak guna PC suami. Hihi.

Muka ketat

See, tangan Ayah yang putih tu :p


Ni sebab kena akad lagi sekali. Huahua.

Jajan the pengkepit love love.

The ring slipped into my finger. :D
p/s: Saya dah cuba sedaya upaya buat muka baik. Sekian.
.
.
.

And now I am a wife.

Alhamdulillah.

Oyya. Harini suami saya exam. Comel kan. Hehs. Till then.

wink wink ~.^

2 comments:

K.A.T.H.Y said...

Bukan perkara biasa ke newly-weds akan mngalami gejala ngantuk ? Kan? Kan?
Berdasarkan kajian kes aku kat opis, hampir 60% respondent yg baru lepeh kawen (yg aku tgk) dari pagi smpai tghari tersengguk je. Hahaha

amy said...

hahaha. sib baik ko tesis dah hantar. :p

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.