The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 16, 2012

It is life

Assalamualaikum.

Sekarang pukul 11.42 pm, suami saya dah tidur lena, saya pula baru bangun tidur. Lepas dinner McD dekat McD, kami sambung dinner McD di rumah pula sebab Saidamunira craving double cheese burger walaupun dah selamat makan 1 set ayam goreng McD dengan fries bersaiz large beserta chicken McBites. Fries tu makan sorang-sorang sampai habis walaupun saiz large, amazingly boleh habis makan sorang. Dah habis makan tu request kat husband nak fries lagi dengan iced milo, double cheese burger. Sampai kat kaunter rasa nak McFlurry Horlicks dengan bubur ayam sekali. Pusat kenyang I rasanya totally damaged! What the hmmm..

Lepas dinner tadi, kami solat Maghrib. Dan selepas itu, konon-konon nak tunggu Isyak sambil bagi tazkirah, pastu taktau apa jadi, terus tidur sebelum Isyak. Husband saya yang comel tu plan nak study malam ni sebab esok ada exam. Tapi....... sampai sekarang dia taknak bangun. Kalau kejutkan dia, serius comel tau dia taknak bangun. Sebagai isteri, saya rasa dia cukup comel buat camtu. Kalau sebagai emak kelak, anak buat camtu aku rotan dengan hanger. Penat kejut tak bangun-bangun.

Berkenaan kesihatan saya, kan dah cakap saya sentiasa mengantuk. Hari ni, bila cek blood pressure, seriously low, 89/52, 85/56, 82/48 mmHg. Suami saya selalu cakap pagi-pagi muka saya pucat macam vampire. Ada satu hari, nak pergi breakfast kat kedai mamak pun suami suruh make up sikit, sebab dia cakap, penat-penat dia bagi make up hantaran hari tu, so kena rajin-rajin pakai. Hee. Tapi tak apalah pasal blood pressure tu, selagi tak pengsan, I consider myself as healthy and normal. Sukati aku je.

Now it is midnight. Saya sangat berasa nak makan lagi. Taktaulah suami approve ke tidak. Suami saya dah bangun tu, eh tapi dia dah sambung tidur balik. Kan dah cakap, suami saya macam baby. Hihi.

Baiklah. Di sini disertakan gambar makanan. Alasan, saya lapar.

Det ayam masak merah dengan kobis lemak belakang rumah.
Berdua-duaan dengan suami je, on 5th April 2012.
Saya masak untuk suami comel saya. Sikit pun tak bagi orang lain makan.

Ini nasi ayam, I cook I cook! [eksyen tau :p]
Our mini feast, guests are Hakim and Sabqi, on 7th April 2012.

Hakim and Sabqi helped us a lot on our wedding, tiga hari bertungkus lumus. So that we celebrated them lah. Seronok sangat, Hakim and Sabqi makan sampai licin, pastu siap desert-desert aiskrim, buah-buahan, coffee. Best sangat-sangat sebab dapat ajak kawan datang ke rumah tangga. Diorang datang siap bawak buah tangan tau walaupun diorang lelaki bujang! Hehe. Sesapa nak cari jodoh, I highly recommend Hakim and Sabqi, they are very nice, indeed.

Eh alamak, husband tak bangun-bangun juga. I better wake him up. Dia cakap, saya sorang je isteri yang dia ada. Betul jugak tu. Kalau tak, mesti saya takyah kejutkan dia.

Hihi I love my hubby. >.<

Err I am hungry... T__T

wink wink ~.^


0 comments:

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.