The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 30, 2010

durian durian

holla holla. como estas.

ini edisi musim buah.

buah tempatan yang paling saya sukai ialah manggis. lawannya ialah durian. apsal tak makan durian padahal kamu orang kampung? ha. sebab durian macam menjengkelkan. macam ada penyesalan kalau dah makan.

sewaktu kecil (dan ehem, comel) saya suka pergi kutip durian. sebab, kutip durian bukankah laksana treasure hunt. durian dekat *lahulu ada macam-macam nama. ada durian losong [hai orang Terengganu, ingat ada keropok lekor losong je ke? :p], ada durian kerengga, ada durian kawin, dan lain-lain. seingat saya, saya tak suka durian losong yang digemari ramai tersebut. macam confuse jugak apsal semua orang dekat rumah atok akan terharu kalau dapat durian losong. terharu gila ok. dulu saya suka durian kerengga. tapi, malangnya pokok durian kerengga dah mati sebab kena sambar petir kot. durian kerengga pun dah tak wujud, maka saya tak suka dah durian.

kami juga ada terminologi bagi bentuk durian. kalau seulas saja durian ditemui dalam satu ruas, maka kami panggil dia "botol susu". comel sekali. kalau makan hujung dia, laksana menghisap botol susu. [saya serius ni]. taktau anda pun ada terminologi yang sama atau tak lah. mengikut Jajan, beliau takda menggunakan terminologi macam kami.

oh oh lupa. em. kalau sebut pasal durian, mungkin ahli keluarga akan tergambar Kampung Kundor Hilir. HAHAHA.

ok dah dah. taknak membebel dengan lebih dahsyat. nanti kamu ingat saya takda wawasan.

*lahulu = grandfather's orchard ah lebih kurang. ini terminologi atok kot.

akhir kata, kalau makan durian, takyah ajak saya pun takpa. melainkan anda mendapat durian runtuh, ajaklah saya. [pastikan durian runtuh yang mengikut syllabus simpulan bahasa tersebut, ok. kalau durian betul-betul runtuh, takyah]

selamat makan durian.

buenas noches.

wink wink ~.^

Monday, June 28, 2010

kenyang sangat sampai blur.


Cessna: haha. selebet. tak comel langsung.
saidamunira: OK. fine.


sebab anda pun tak comel. kita sekufu.

sekian.

wink wink ~.^

Friday, June 25, 2010

dragon love

assalamualaikum.

I met Cessna today and he brought this:


mama dia suruh saya makan buah naga ni, siap bagi dua garpu untuk makan dengan anak beliau. aduyai. terharu dengan sangatsangatsangatsangat banyak sekali. walaupun tak suka buah naga.

bye. nak pergi mencuba makan buah naga kasih sayang. hee.

wink wink ~.^

Thursday, June 24, 2010

view from 13-8

hai hai. oh, kami [Jajan and I] dah pindah ke unit baru dekat Plaza RAH ni. tak bagitau lagi bukan? ok, so now, presenting, the view from our new home sweet home balcony.

day view

night view.

this new unit, 13-8, is better than 20-20, but 16-3 (our undergrad unit) was far more better than this unit. lagi pun, 16-3 dulu nampak KLCC and KL Tower.

ehk macam jakun pulak.

OK malas nak mengulas lanjut. apa yang penting (bukan kerjasama) hari ini saya gembira, sebab malam tadi dapat sweet dream. serius bangun tidur dengan senyuman. tapi sedih sebab mimpi manis berakhir. mimpi itu sweet like honey and sweet like sugar and semanis kurma. oh ya, saya sedang menonton semanis kurma.

sekian.

wink wink ~.^

Sunday, June 20, 2010

NewBorN

NewBorN-scarlierenesmee, [her real name :p] had taken bath today.


I washed NewBorN all by myself. dengan sabun Sunlight, pencuci pinggan mangkuk. pheww. -sungguh bangga di situ.


boleh memandu dengan lebih yakin kelak.


wink wink ~.^

Saturday, June 19, 2010

cuti sekolah

episod kali ini memaparkan gambar aktiviti cuti sekolah ahli keluarga yang terdiri daripada budak-budak sekolah dan cikgu sekolah. [budak tak sekolah tak ikut pada hari kejadian sebab belajar buat integration apa entah dekat gas chromatography machine. tapi dia nak ikut sebenarnya waktu tu]

gambar pertama kena letak gambar suspek. budak-budak ni memang suka merompak dekat bilik kakak dia, walaupun sekarang dah gantung tag dekat depan pintu tulis "MY ROOM". [Jajan maybe dapat detect rompakan yang dimaksudkan].

Nabila. masih keliru identiti. sekarang dah tukar nama fb jadi 'Nura Nj'.

Faremaq. makin lebar. keliru identiti jugak ni.

innocent.

ni tak lain tak bukan mesti Faremaq yang ajak Munir amik gambar dekat situ.

Munir macam penuh kasih sayang.

Faremaq macam syok sendiri


best betul ngepaw ayah kan?
akhir kata, selamat hari bapa. sukahati lah nak wish awal.


wink wink ~.^

Friday, June 18, 2010

half a day with partner. ehem.

assalamualaikum.

today:

I watched Karate Kid dengan Cessna the (future) partner. ya ampun kena gelak lagi dengan Cessna sebab termenangis pulak tengok Karate Kid. [now I realized, jiwa saya lembut ibarat kain direndam dengan Softlan kale biru. HAHAHAHAktuih :p]

then I watched Germany vs Serbia with the partner. benci. sebab Klose dapat kad merah. pastu Serbia terus gol. langsung putus asa, taknak tengok terus.

then, the partner's mama informed that WestB (the partner's cat) passed away.

bye bye.

wink wink ~.^

Tuesday, June 15, 2010

blabs

assalamualaikum.

you have no idea how messy I was these days. saidamunira sangat horrible atas sebab yang kecil (bagi orang lain, tapi besar bagi saya).

first,
since yesterday, my office hour was filled in lab, learning gas chromatography procedures. the training will continue tomorrow. hmphhh.

second,
yesterday, I wore NEW white colour t-shirt. disebabkan saya di makmal, maka saya memakai labcoat. tapi TAK button is my hobby. moron hobby, perhaps. then, I learnt a lesson, ie: memakai labcoat tanpa membutang adalah stupid sebab you might expose your abdomen area to chemical, etc. worse, you might spoil your new WHITE t-shirt with irremovable chemical. stupid, bukan?

third,
a pendrive looks stupid when the lid is missing. my pendrive looks stupid now. taktau saya campak tutup dia dekat mana. so mad with myself for losing the lid.

fourth,
swallowing panadol is so tempting recently.

fifth,
terjaga daripada tidur pada waktu tengah malam sebab sakit pinggang, sakit perut, sakit kepala adalah sangat menyedihkan. tambah menyedihkan di kala tiada tempat mengadu.

sixth,
without his handphone, I feel like I lost a part of me.

enough blabs.

Monday, June 14, 2010

sobbing

maka benarlah kata Diana.

saidamunira dah lupa hidup sendiri.




sobs. :'(

handphone muhammad izzat rosak.

teardrops on the way.

sekian.

Friday, June 11, 2010

muhasabah

assalamualaikum.

today was NOT a fairytale. today was crazy. it was so stupid that I got a moment wishing I was dead. jangan disangka air yang tenang tiada buaya boleh ditafsirkan sebagai jangan disangka hari Jumaat tak banyak Syaitonirrojim. [wah, peribahasa dirosakkan. kalau emak tahu, habislah habisss.]

muhasabah I:

tadaa. presenting, our dinner. oh btw, takda niat pun nak tukar blog ni jadi genre makanan ke apa. hanya sebagai renungan dan muhasabah diri. manalah tahu, kalau-kalau esok saidamunira mendapat keinsafan lantas mengambil keputusan untuk buat calorie restriction. Mawi pernah berkata "you HOPE my dear. you HOPE". em em. baiklah.

his.

mine. light coke, okay. zero calorie. harap maklum.


muhasabah II: [p/s-minta kerjasama buat tangan nasyid sekarang.]

syurga seorang anak terletak di tapak kaki ibunya. keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. syurga seorang isteri terletak di tapak kaki suaminya.

lelaki, sungguh pun kalau dah berkahwin, janganlah lebihkan isteri. prinsip lelaki tersebut-family first. family first lelaki tersebut adalah ibu bapanya. bukan isteri.

apatah lagi kalau belum berkahwin. siapalah teman wanita berbanding ibu bapanya.

grant me that man ya Allah.

*
*
*

ok. dah boleh bersurai. sekian dulu. ustazah letih ni. bye bye.

wink wink ~.^

Thursday, June 10, 2010

innocent sangat :D

hai hai hai. entri dibawakan dari depan tv Jajan. kesalahan sendiri lah sebab takut nak bukak tv3, cerita hantu wo malam Jumaat. maka, bukak tv9. tapi tapi tapi. pengacara dia agak disgusting. pondan pun boleh jadi pengacara. menggelinya. benci tengok.

actually, I am alone here in Plaza Rah. Jajan balik kampung hari ni. Diana pun dah balik rumah beliau. saya skema ok, maka saya tak ponteng esok. tapi dah pasang niat nak pergi fakulti quarter day je. :p
oh oh. sekarang dekat tv9 dah start rancangan Semanis Kurma. tajuk Sihir Pembenci. hemm. macam mentakutkan juga.

baiklah semua. makan malam saya ditaja oleh Hale's Kitchen malam ni. [hek ditaja sangat lah. hiperbola.]

nasi putih, ayam paprik & teh o suam

macam biasa. boleh dapat suami soleh kan? ameeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeennn.
[tolong aminkan sekali ye. terima kasih banyak. :D]

dessert, ais krim goreng. [dorongan nafsu. omaigod]

semasa dalam lif nak naik rumah lepas makan tadi, terdapat dua orang jururawat baru balik kerja dalam lif tersebut. emm nombor kad pengenalan menjelaskan mereka berumur 23 tahun. oh, rakan sebaya rupanya!. then you know what, good for me. I did not feel guilty for consuming lots of calorie today because I realized, my figure is smaller than the two nurses. thank god I met them. keh keh keh. :p

oh ya. petang tadi dah makan ais krim cornneto. emm tapi takpe lah. saya kecil jugak berbanding rakan sebaya dalam lif tadi. I am innocent. INNOCENT!! [intonasi ghost rider]

wink wink ~.^

Tuesday, June 8, 2010

jimmy neutron.

have you ever heard 'Neutron Star Collision' by Muse? kalau belum lagi, pergilah sekarang. pergi pergi. triple heart that song.

I am all so blur. and lazy.

oh btw, twisTouch is fine. she got a new cooler fan. the expensive one. she already had a cooler fan before, tapi yang dulu murahan, RM 20 je. twisTouch gedik tahu, tanak pakai accessories yang murah macam tu. she just want more. and asks for my money more and more.

I better shut down my lappy now. she is recommended not to work more than 2 hours per session.

bye bye.

eh kejap ye kejap. secara tiba-tiba macam bosan pulak. oleh sebab itu, tataplah gambar ini sebagai kenangan.

[gambar bertajuk 'Once Upon A Time on My Desk'. :p]

sekian, harap maklum.

wink wink ~.^

Saturday, June 5, 2010

twisTouch menghidap barah otak

apa? barah otak? ya, dia takda otak pun.

em. niat di hati nak buat laporan kerosakan laptop dekat sini. here I go.

last two days, twisTouch paralysed again. when I turned the switch on, the light appeared, but then dissapeared begitu sahaja dan pengsan. [
oh, sungguh rude twisTouch macam tu, ok] as usual, when I got problem with twisTouch, I turned into zombie.

pada malam kejadian, I was horrible. lepas tu membebel. apa benda entah twisTouch ni. over. padahal baru dua tahun jagung. nak suruh Abang Razi [
ehk, Abang Razi kembali lah], malu. sebab hari tu baru je rosak. lagi satu, twisTouch berlagak canggih. tapi lembik. so kita pergi Low Yat saja.

maka, keesokan harinya (Jumaat) I went to Low Yat with twisTouch. ternyata, encik kedai Hewlett Packard sekelip mata dah tahu masalah twisTouch. powerchip rosak. fuh. RM 300.00 flew away. encik kedai cakap, model hp pavilion tx2000 memang takleh harap. walau bagaimana pun, encik kedai mengambil hati saya dengan menyatakan saya bertuah jugak lah sebab twisTouch dah berusia dua tahun lebih. baiklah baiklah. saya bertuah. -.-

ok. lepas duit terkeluar untuk twisTouch, perlulah duit dikeluarkan untuk diri sendiri juga. errr Time Square and Sungei Wang were waving at me. maka jangan salahkan saya, ok.

at Time Square, I found this giant Saidina. whoa. saya menjadi jakun di situ.


then, from zombie, I turned into a normal girl. a normal girl goes shopping to reduce stress. [
ceh. stress lah sangat] - stress lah kena belanja twisTouch RM 300!

since I was exhausted, I drove myself home straight away. no dating. maka, awal sangat sampai rumah, semua orang takda. so, I went to Atokhouse. so, this is Jamila's recent photo. Jamila rongak.


selepas pulang ke rumah, I watched a disney movie, UP. I was so touched even watching kartun bercinta. [Carl and Ellie memang sweet lah]. Carl loves his wife damn much.

malamnya, kaki saya sangat lenguh sampai rasa nak menangis sebelum tidur sebab takda orang nak picitkan.

ok. till we meet again. bye.

wink wink ~.^

Wednesday, June 2, 2010

bulatan

tahu tak dia rasa dia comel buat muka macam tu. maka saya biarkan dia dalam dunianya. si bulaaat si bulat.

sekarang beliau sedang study sebab esok beliau nak exam.

baiklah semua. sebelum berpisah, marilah beramai-ramai mendoakan beliau berjaya. kalau dah berjaya dalam exam maka senang hati sikit nak fikir pasal kahwin pula. [eh?]


wink wink ~.^

Tuesday, June 1, 2010

naspalison bin nasriarifin, etc

we found this on a van's door just now. weird name.

Naspalison bin Nasriarifin.

ini Adib tidur dalam kereta masa ikut saya pergi isi minyak hari tu. fuh. pengajaran: tak berapa sopan tidur macam ni.

ini Azizi dah besar. kejap lagi bulat macam Upin Ipin.

[
haa see see see. dah tak cakap pasal kawen, Cessna dan sebagainya].

wink wink ~.^

alejandro

alejandro alejandro.
ale ale jandro
ale ale jandro

assalamualaikum.

1. saya belum solat asar lagi. sekarang dah pukul 6pm.

2. kehidupan sekarang macam tak banyak kemajuan. nak buat sesuatu perlukan semangat. kalau tak semangat, maka akan menjadi malas.

3. muka lady GaGa macam tak licin sangat. macam ada jerawat.

4. kalau kahwin nanti taknak pakai crown.

5. tak baik melewatkan solat.

ok bye.

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.