The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 30, 2010

durian durian

holla holla. como estas.

ini edisi musim buah.

buah tempatan yang paling saya sukai ialah manggis. lawannya ialah durian. apsal tak makan durian padahal kamu orang kampung? ha. sebab durian macam menjengkelkan. macam ada penyesalan kalau dah makan.

sewaktu kecil (dan ehem, comel) saya suka pergi kutip durian. sebab, kutip durian bukankah laksana treasure hunt. durian dekat *lahulu ada macam-macam nama. ada durian losong [hai orang Terengganu, ingat ada keropok lekor losong je ke? :p], ada durian kerengga, ada durian kawin, dan lain-lain. seingat saya, saya tak suka durian losong yang digemari ramai tersebut. macam confuse jugak apsal semua orang dekat rumah atok akan terharu kalau dapat durian losong. terharu gila ok. dulu saya suka durian kerengga. tapi, malangnya pokok durian kerengga dah mati sebab kena sambar petir kot. durian kerengga pun dah tak wujud, maka saya tak suka dah durian.

kami juga ada terminologi bagi bentuk durian. kalau seulas saja durian ditemui dalam satu ruas, maka kami panggil dia "botol susu". comel sekali. kalau makan hujung dia, laksana menghisap botol susu. [saya serius ni]. taktau anda pun ada terminologi yang sama atau tak lah. mengikut Jajan, beliau takda menggunakan terminologi macam kami.

oh oh lupa. em. kalau sebut pasal durian, mungkin ahli keluarga akan tergambar Kampung Kundor Hilir. HAHAHA.

ok dah dah. taknak membebel dengan lebih dahsyat. nanti kamu ingat saya takda wawasan.

*lahulu = grandfather's orchard ah lebih kurang. ini terminologi atok kot.

akhir kata, kalau makan durian, takyah ajak saya pun takpa. melainkan anda mendapat durian runtuh, ajaklah saya. [pastikan durian runtuh yang mengikut syllabus simpulan bahasa tersebut, ok. kalau durian betul-betul runtuh, takyah]

selamat makan durian.

buenas noches.

wink wink ~.^

2 comments:

nurulhuda said...

uih bestnye durian!!
btw, kalau durian tu seulas je kat 1 ruas secara komersilnye org panggil "kucing tidur" :)

fee_da_fid said...

eh..eh sama la ngan udeq..aku pun panggil kucing tido..lg comel

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.