The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 5, 2009

cheese cake

entri bertajuk cheesecake. bukan cheesecake Secret Recipe dan sebagainya. tetapi adalah cheesecake along i.e. mama Adam.

hari jumaat lepas, saya pergi rumah Adam comel sebab nak pergi buat cheesecake lah konon. tapi nampaknya tidak berjaya memainkan peranan selain mem-blend biskut saje. oh, kita serahkan saja kepada yang pakar. jadi observer saja selepas blend biskut cukuplah. heh heh. tapi Adam rajin sangat nak tolong. Adam menolong sambil destroying penimbang along. keh keh. [jadi lepas ni nak buat kek kena beli penimbang baru]

ini gambarajah kek setelah dirasmikan oleh adam dan makyang yang tak sabar nak makan cheesecake yang telah diwar-warkan terlalu sOdap.

actually memang bukan hiperbola sedapnya kek tersebut. memang sedap pun. fabulous lah. tahniah kepada pembuat kek.

pulang dari rumah Adam, along memberi bekalan kek kepada saya untuk dimakan bersama encik Cessna. kami pun makan dengan girang sambil encik Cessna memberi markah 8.9/10 kepada kek tersebut. [beliau cakap, kalau saya yang buat baru boleh dapat full mark] - oh, nevermind. bukan susah pun buat kek. ikut resipi, mesti jadi lah. kalau resipi tu sedap, sedaplah kek nya bukan?

oh, btw, apakan daya, perut kami ni rupanya tak adalah besar mana. [ceh perasan kurus tak habes-habes lagi lah] kek tak habis pun. lalu encik Cessna membawa kek yang tak habis tersebut ke rumah. mama beliau makan kek itu pulak. dan, jeng jeng jeng, mama beliau pun cakap kek tersebut lebih sedap daripada cheesecake SR. dengan penuh semangatnya mama beliau telah meng-order cake tersebut.

oh, kamu berminat? bolehlah order dekat mama Adam. kalau order dekat saya, mesti kamu tak akan dapat makan sebab saya kan busy. [eleh, busy pun update blog]

em baiklah. saya perlu focus kembali kepada kesibukan sebenar. PEACE!!.

heh heh. have a blissfull day!

wink wink ~.^

Saturday, July 4, 2009

busy lah sangat

currently I am busy.
[not busy but toooo busy.]


soo,,

I wish I am strong, powerfull, tak kuat nangis dan maintain dengan perasaan diri sendiri comel.

I hope the path I took and the decision I made will be the best for my parents, for me and of course for everyone who is important in my life.


InsyaAllah.



wargh, so messy sehingga kaki, tangan serta bibir semakin hodoh akibat diabaikan. sorry sayang. they cracked and dehydrated secara hyper. encik Cessna pesan, hargai diri anda kerana dirimu begitu berharga. jadi, malam ini saya sudah pun berjaya menyapu losyen walaupun tak berapa minat main losyen.

okeh, cukup setakat ini. will be updated soon.

wink wink ~.^

Tuesday, June 30, 2009

percutian HOT school

edisi siaran tertunda.

tangguh punya tangguh sampai dah tak ada idea mahu membuat karangan. tapi sangat tak boleh lah kalau tidak melaporkan percutian minggu lepas di sini. sebab it was soOoO fabulous. PEACE!!

rasanya idea mahu pergi holiday-PD-lagik adalah diasaskan oleh encik afif. tak pasal-pasal gadis pun turut serta memeriahkan percutian. peserta-peserta terdiri daripada ex-smk
Ap batch 1999-2003.

-----eh. siryes lama gila ah ter-pause sebab tak tahu macam mana mahu buat karangan ni-----

pergi hari sabtu, 27 June 2009. kami menginap di Mayangsari Resort yang cantek juga mahal lagi bergaya. [
kaum lelaki tidur dekat tempat tak cantek. so tak perlu letak nama hotel lah, nanti takut kena saman ;p]. sesampainya di sana dengan menaiki kereta hijau khai, kami terpaksa menunggu angkatan encik Cessna dan rakan-rakan iaitu encik alang & encik afif yang asyik cakap dah nak sampai dah nak sampai tapi belum nak sampai pun sebenarnya.

pada petang tersebut, kami beraktiviti kewanitaan di Mayangsari dan juga di pantai. gambar yang banyak ada dalam camera khai, jadi will be published later.

ini gambar pada malam kejadian. gambar cantek menggunakan camera DSLR encik tapa, tapi saya cuma copy daripada facebook. terima kasih kepada jurugambar-yang-sangat-sibuk pada malam kejadian iaitu encik alang.

khai, ida, caja, izzah tengah saspen memasak mihun di dapur

wani, khai, kathy @ cikKam pembuat air teh o laici yang sedap

encik alang-yang-sangat-sibuk berbaju putih konon macam big boss dikelilingi wanita
encik fik berbaju hitam benar-benar sibuk, terharu dengan beliau

mihun yang sudah siap dimasak, bawak turun ke tempat bbq.
see, encik fik mmg watak penting di mana-mana.
[snapped by tuan punya camera]

amir, jojo, encik Cessna pewwit super rajin, hilmi, afif
[p/s: yang baik jadikan teladan]

aktiviti makan-makan sampai tengah malam.
luckily tak ada warden asrama smkAp turut serta.
maka, kami terselamat.

pada malam kejadian, kami makan-makan dan tengok bunga api di tepi pantai. imagine lah sendiri menggunakan daya imaginasi anda. memang superb.

selepas makan dengan sangat kenyang, ada ura-ura pergi karok tengah malam. err. tak tak, saya tidak terlibat. selepas makan sehingga overloaded, kami pulang ke hotel yang cantek, berbual panjang dengan kawan-kawan dan tidur lena sampai tak berdaya mengangkat kelopak mata. em em jangan dakwa terlepas subuh. ttteett. sempat subuh ok.

hari ahad. jejaka-jejaka datang ke pantai di hotel kami. aktiviti jejaka ialah main futsal tepi pantai. aktiviti gadis ialah belayar bersama pisang. sangat best sehingga tiada perkataan mahu memetaforakan keseronokan kami. weee.

caja. izzah. kathy scandal dengan abang bot. ida. wani. khai

ini bukan mangsa tsunami ok

lepas menaiki pisang ajaib tersebut, kami mandi-manda di laut sementara menunggu kathy dibawa oleh abang bot bersiar-siar. [beliau sempat buat scandal dengan abang bot wwoooo]

oleh sebab kami semua tak ada memakai sun-block, maka tak boleh duduk di pantai lama-lama. duduk kejap pun dah hitam [serius muka saya berbelang wuwuwu. hitam!]. jadi, kami beraktiviti di swimming pool. main bola baling dalam kolam.

kalah pun tak kesah sebab tak ada hadiah. ;p

pada sesi tersebut, saya memang tidak berbakat.
[
sambut bola asyik terkena muka sendiri sehingga ahli kumpulan tak mahu pass bola kepada saya. haha. so pathetic. ;p]

focus kepada encik afif yang memegang bola. ceh. mesti beliau rasa beliau sangat berkuasa.
alah, encik izzat pun terer tahu.

semasa kami bersuka ria, encik fik yang berdedikasi sedang menyediakan sarapan+lunch di hotel. wuwu. terharu.

itu mee goreng encik fik. super sedap. yang tepi ni encik fik lah.

selepas makan mee dan roti telur yang sedap, kami bergambar dan bersurai mengikut haluan masing-masing.



selepas pulang dari PD, saya pergi makan Carls' Jr dekat MidValley. sedaaap. jadi, sangat banyak hormon endorfin yang keluar sebab saya sangat having fun pada weekend yang lalu.

thank you to all of you guys. nanti buat lah event lagi. kalau dan kawen pun diharap boleh buat event secara berkeluarga. meriah tu. heh heh.

akibat pergi PD, badan sengal-sengal sakit otot dan sakit leher. tapi tak apa. ini adalah kesakitan yang berbaloi. heh heh.

oklah. super panjang. astaghfirullah lagha tak solat asar lagi.

wink wink ~.^

Saturday, June 27, 2009

jangan contohi orang yang malas

since I woke up this morning, my mind only can send images of me lying on bed. tak mahu bangun dari katil, tak mahu makan [eh? macam tipu secara besar-besaran lah], tak mahu minum milo yang sedap, tak mahu mandi, tak mahu gosok gigi, tak mahu cuci muka, tak mahu semua.

excuse me, bukan sebab sedih MJ passed away lah.

sebab sebenar adalah sedang mengalami infeksi otak. otak sekarang memang tak tahu apa hal dah jadi. kesian lah dengan otak ni. otak, apa pun yang terjadi, saya sayang kamu.


eh, tiba-tiba mendakwa otak yang tidak bersalah. ok, tak. sebenarnya sangat malas mahu packing barang untuk pergi PD bersama kawan-kawan kejap lagi. macam malas nak pergi pun ada. [kalau ada pertandingan renang dekat swimming pool mungkin saya dah packing dari semalam]. eh? tak adalah. tipu lagi.

ok ok saya pergi packing sekarang.

wink wink ~.^

Tuesday, June 23, 2009

perbualan anggota badan

mata mengantuk sebab malam tadi tak boleh tidur lena. hati cakap dekat mata, takmo nangis nangis sebab muka bukan anggun jelita kan, so kalau nangis nanti jadi lagi horrible buruk hodoh gila haa takut tak? jadi mata pun cakap, okeh. tak tak, tak nangis.

maka, hati cakap kepada diri sendiri, hati nangis sendiri takpe sebab takde orang tengok. lalu hati pun nangis. lepas hati nangis, beliau pun rasa macam buang karan ah nangis-nangis, sebab kalau hati nangis, badan jadi lembik. lembik sebab hati basah kembang banyak nangis. oh oh. scary ah.

tapi, badan cakap, badan bukan jadi lembik sebab hati nangis pun. badan lembik sebab perut kosong, glucose level is reducing. kejap lagi jadi hipo. jadi, hati warned perut, jangan mengada-ngada sakit perut pulak. sebab kalau sakit perut nanti tangan tak ada kudrat mahu buat kerja.

eh? tangan cakap, hey, I kuat lagilah. tengok ni tangan buat entri. in colaboration with otak yang even macam tak cukup glukos, tapi otak tetap macam bagus suruh update blog. walaupun disertai dengan telinga yang asyik dengar lagu sedih Your Call by Secondhand Serenade dari malam tadi saaaampai sekarang. aik, tak boring? tak pun. suka hati ah nak jiwang.

dah dah dah semua anggota badan pun kemudian terpaksa bersurai sebab kejap lagi tuan punya badan mahu sambung buat kerja.

sekian, terima kasih.

wink wink ~.^

Sunday, June 21, 2009

ayah saya

bang it, jamila, along [+adam yang belum lahir], ida, naima, ayah, nabila, angah, emak


hari ini hari bapa. entah apesal sejak minggu lepas lagi macam confuse confuse bilakah hari bapa. [a.k.a. gebon tak tentu pasal sebab takut terlepas hari bapa].

okeh. perkara yang perlu dibuat sempena hari bapa ialah buat entri pasal bapa sendiri di blog sendiri. here I go blogging barang sepatah dua kata tentang ayah.

ayah saya seorang cikgu. nama komersial ialah Cikgu Joe. ayah saya sepatutnya sudah bersara bulan Januari lepas. tapi sebab boleh sambung sampai 58 tahun, beliau tak jadi bersara. bagus bagus. beliau akan mati kutu kalau bersara.

ayah sangat energetic lagi. tak macam atok atok pun walaupun sudah jadi tokdedi. kalau nak lumba kereta dengan beliau pun boleh. beliau sangat suka memandu laju. sampaikan anak-anak pun dipesan jangan bawak kereta slow-slow sangat. rock bukan?

ayah is the man. and he is the most important man in me. immmmmpoooooortant sangat sampai semua lelaki pun tak boleh lawan. termasuk encik Cessna. heh heh.

ada sangat banyak cerita tapi hanya mahu mengarang sepatah dua kata sebab hari ini hari ahad. saya tak suka hari ahad sebab esok dah nak hari isnin. tak tahulah sampai bila saya akan tak suka dengan hari isnin.


happy father's day. i love you ayah. [wek ayah tak baca pun blog ni. ;p]

wink wink ~.^

Thursday, June 18, 2009

Pon & Zi dan Cessna

encik Cessna is on his journey to Terengganu.
it's okay. cuma jauh di mata. :D


currently terjatuh cinta dengan Pon & Zi. kartun emo yang sungguh touching. sekian lama Pon & Zi menjadi theme handphone saya, hari ini baru tahu nama mereka ialah Pon & Zi dan mereka sungguh touching dan super comel.

Pon & Zi telah menceriakan saya pada malam ini. weee

wink wink wink wink ~.^ ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.