The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 30, 2009

percutian HOT school

edisi siaran tertunda.

tangguh punya tangguh sampai dah tak ada idea mahu membuat karangan. tapi sangat tak boleh lah kalau tidak melaporkan percutian minggu lepas di sini. sebab it was soOoO fabulous. PEACE!!

rasanya idea mahu pergi holiday-PD-lagik adalah diasaskan oleh encik afif. tak pasal-pasal gadis pun turut serta memeriahkan percutian. peserta-peserta terdiri daripada ex-smk
Ap batch 1999-2003.

-----eh. siryes lama gila ah ter-pause sebab tak tahu macam mana mahu buat karangan ni-----

pergi hari sabtu, 27 June 2009. kami menginap di Mayangsari Resort yang cantek juga mahal lagi bergaya. [
kaum lelaki tidur dekat tempat tak cantek. so tak perlu letak nama hotel lah, nanti takut kena saman ;p]. sesampainya di sana dengan menaiki kereta hijau khai, kami terpaksa menunggu angkatan encik Cessna dan rakan-rakan iaitu encik alang & encik afif yang asyik cakap dah nak sampai dah nak sampai tapi belum nak sampai pun sebenarnya.

pada petang tersebut, kami beraktiviti kewanitaan di Mayangsari dan juga di pantai. gambar yang banyak ada dalam camera khai, jadi will be published later.

ini gambar pada malam kejadian. gambar cantek menggunakan camera DSLR encik tapa, tapi saya cuma copy daripada facebook. terima kasih kepada jurugambar-yang-sangat-sibuk pada malam kejadian iaitu encik alang.

khai, ida, caja, izzah tengah saspen memasak mihun di dapur

wani, khai, kathy @ cikKam pembuat air teh o laici yang sedap

encik alang-yang-sangat-sibuk berbaju putih konon macam big boss dikelilingi wanita
encik fik berbaju hitam benar-benar sibuk, terharu dengan beliau

mihun yang sudah siap dimasak, bawak turun ke tempat bbq.
see, encik fik mmg watak penting di mana-mana.
[snapped by tuan punya camera]

amir, jojo, encik Cessna pewwit super rajin, hilmi, afif
[p/s: yang baik jadikan teladan]

aktiviti makan-makan sampai tengah malam.
luckily tak ada warden asrama smkAp turut serta.
maka, kami terselamat.

pada malam kejadian, kami makan-makan dan tengok bunga api di tepi pantai. imagine lah sendiri menggunakan daya imaginasi anda. memang superb.

selepas makan dengan sangat kenyang, ada ura-ura pergi karok tengah malam. err. tak tak, saya tidak terlibat. selepas makan sehingga overloaded, kami pulang ke hotel yang cantek, berbual panjang dengan kawan-kawan dan tidur lena sampai tak berdaya mengangkat kelopak mata. em em jangan dakwa terlepas subuh. ttteett. sempat subuh ok.

hari ahad. jejaka-jejaka datang ke pantai di hotel kami. aktiviti jejaka ialah main futsal tepi pantai. aktiviti gadis ialah belayar bersama pisang. sangat best sehingga tiada perkataan mahu memetaforakan keseronokan kami. weee.

caja. izzah. kathy scandal dengan abang bot. ida. wani. khai

ini bukan mangsa tsunami ok

lepas menaiki pisang ajaib tersebut, kami mandi-manda di laut sementara menunggu kathy dibawa oleh abang bot bersiar-siar. [beliau sempat buat scandal dengan abang bot wwoooo]

oleh sebab kami semua tak ada memakai sun-block, maka tak boleh duduk di pantai lama-lama. duduk kejap pun dah hitam [serius muka saya berbelang wuwuwu. hitam!]. jadi, kami beraktiviti di swimming pool. main bola baling dalam kolam.

kalah pun tak kesah sebab tak ada hadiah. ;p

pada sesi tersebut, saya memang tidak berbakat.
[
sambut bola asyik terkena muka sendiri sehingga ahli kumpulan tak mahu pass bola kepada saya. haha. so pathetic. ;p]

focus kepada encik afif yang memegang bola. ceh. mesti beliau rasa beliau sangat berkuasa.
alah, encik izzat pun terer tahu.

semasa kami bersuka ria, encik fik yang berdedikasi sedang menyediakan sarapan+lunch di hotel. wuwu. terharu.

itu mee goreng encik fik. super sedap. yang tepi ni encik fik lah.

selepas makan mee dan roti telur yang sedap, kami bergambar dan bersurai mengikut haluan masing-masing.



selepas pulang dari PD, saya pergi makan Carls' Jr dekat MidValley. sedaaap. jadi, sangat banyak hormon endorfin yang keluar sebab saya sangat having fun pada weekend yang lalu.

thank you to all of you guys. nanti buat lah event lagi. kalau dan kawen pun diharap boleh buat event secara berkeluarga. meriah tu. heh heh.

akibat pergi PD, badan sengal-sengal sakit otot dan sakit leher. tapi tak apa. ini adalah kesakitan yang berbaloi. heh heh.

oklah. super panjang. astaghfirullah lagha tak solat asar lagi.

wink wink ~.^

4 comments:

adamafnan said...

otel mayangsari tuh ado antu la wei..tak cayo nnt tgk kek forum cari..hehehe

Meooo Comicore Club said...

paling best waktu mkn2... :p

Raya Clearance Sale! said...

paling x bleh bla ayat "kathy di bawa bersiar2 oleh abg bot"...
hot gile bunyi nye~~~!

p/s: btol ke kakak ko kate tu? kite 6 org la hantu eh!! hehhehe :P

idatazira said...

along:
isk, jeles ah tu, cakap ado hantu lak.
ceh.

meo:
makan nikmat tak terkata.
hoho

KT:
dah mmg anda pegi bersiar2 dgn beliau kan?
scandal btol.
eh aku xmasuk grup hantu eh.
owww, ke aku tertidur dgn hantu pd mlm kejadian?
tu yg nyenyak sgt

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.