The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 5, 2009

cheese cake

entri bertajuk cheesecake. bukan cheesecake Secret Recipe dan sebagainya. tetapi adalah cheesecake along i.e. mama Adam.

hari jumaat lepas, saya pergi rumah Adam comel sebab nak pergi buat cheesecake lah konon. tapi nampaknya tidak berjaya memainkan peranan selain mem-blend biskut saje. oh, kita serahkan saja kepada yang pakar. jadi observer saja selepas blend biskut cukuplah. heh heh. tapi Adam rajin sangat nak tolong. Adam menolong sambil destroying penimbang along. keh keh. [jadi lepas ni nak buat kek kena beli penimbang baru]

ini gambarajah kek setelah dirasmikan oleh adam dan makyang yang tak sabar nak makan cheesecake yang telah diwar-warkan terlalu sOdap.

actually memang bukan hiperbola sedapnya kek tersebut. memang sedap pun. fabulous lah. tahniah kepada pembuat kek.

pulang dari rumah Adam, along memberi bekalan kek kepada saya untuk dimakan bersama encik Cessna. kami pun makan dengan girang sambil encik Cessna memberi markah 8.9/10 kepada kek tersebut. [beliau cakap, kalau saya yang buat baru boleh dapat full mark] - oh, nevermind. bukan susah pun buat kek. ikut resipi, mesti jadi lah. kalau resipi tu sedap, sedaplah kek nya bukan?

oh, btw, apakan daya, perut kami ni rupanya tak adalah besar mana. [ceh perasan kurus tak habes-habes lagi lah] kek tak habis pun. lalu encik Cessna membawa kek yang tak habis tersebut ke rumah. mama beliau makan kek itu pulak. dan, jeng jeng jeng, mama beliau pun cakap kek tersebut lebih sedap daripada cheesecake SR. dengan penuh semangatnya mama beliau telah meng-order cake tersebut.

oh, kamu berminat? bolehlah order dekat mama Adam. kalau order dekat saya, mesti kamu tak akan dapat makan sebab saya kan busy. [eleh, busy pun update blog]

em baiklah. saya perlu focus kembali kepada kesibukan sebenar. PEACE!!.

heh heh. have a blissfull day!

wink wink ~.^

2 comments:

Meooo Comicore Club said...

wow, my favorite.. :D

miki said...

waaaaa... terasa sgt menggiurrkan melihatkan kek tersebut..dh la pose..
knape xbwk blk utk kitorg gak..

x aci.. en.cessna slalu dpt ksih syg lebih..

mak adam! nk satu..

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.