The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 31, 2010

happily ever after

I read Twilight in about 2.5 days. but Eclipse took me nearly a month. wonder lah kenapa tak habis-habis lagi. luckily feeling saya belum affected sampai takmau baca lagi ke apa. and oh, I found something that I have in common with Bella. [- about marriage. and I should not tell those marriage thingy here].

actually I'm waiting to watch Merlin. well, I was so into Merlin after watching Lady Katrina episode. Lady Katrina is a troll who fart a lot. Merlin macam best lah tahu? the sorcerer, the magic, the king, the princess, the charming prince. saya suka.

the fact is, I love fairytales. it starts with "once upon a time" and will end with "they live happily ever after". same goes to my world here. hopefully I will live happily ever after. :D

"I've been dreaming of a true love kiss..."

eh baru nak nyanyi, Merlin dah start.

wink wink ~.^

Saturday, January 30, 2010

seronot



assalamualaikum

semalam telah terbeli-belah baju-bajuan dengan banyak secara tidak sengaja, padahal gaji belum pun masuk lagi. inilah gadis sebenar. gadis suka membeli belah. gadis mempunyai nafsu menghabiskan duit selain nafsu makan. "
kalau lapar, mengamuk". inilah tagline saidamunira yang terkini. oh, sorry, ayat memang dibuat tanpa struktur.

anyway, setelah makan free of charge selama tiga hari, [
6 meals/day you, ayyokkk bulatlah!] saya sangat terharu setelah penimbang SECA MikiJajan yang cute sangat berkata "berat gadis comel ini cuma 44.9 kg". wohh bukankah sangat terharu.

em, disebabkan penimbang cute tersebut baik hati, hari ini saidamunira sikit pun tak ada mengamuk. sebab dalam perjalanan pulang, beliau tak putus-putus membeli makanan. jambu, jagung, dan macam-macam lagi. satay dan roti john sebagai dinner pun dimakan secara sangat bangga. 46 kg adalah musuh ketat, tahukah? maka sebab itu hari ini saya girang sekali. eh, berkali-kali lah.

FYI, yesterday was so great. selepas pulang dari uniten, kami menjalankan aktiviti yang sangat menseronokkan, bowling, McDing, and shopping. tapi taktaulah kalau Hasnan tak seronok, sebab muka dia macam nak mengamuk sebab kami shopping lama sangat sampai handphone beliau terpengsan. serius muka beliau horrible sebab tak dapat sms dengan insan tercinta kot.

gambar ihsan daripada FB Hasnan :D

the terrible bowler.
2nd game memang sangat boleh blah.

lapar tapi belum mengamuk

muka ada Nur, baru lepas solat maghrib

jakun jumpa kedai specs memang macam ini lah

kiri kanan agogo dancers, bergambar dengan pejuang kemerdekaan

two too geeks

crocs testing saja. yang putih itu crocodile.
crocodile itu ayu, macam gadis ayu tu.


okay, bye bye. macam tak habis cerita, tapi dah malas. selamat hari Thaipusam. serious ramai penyambut Thaipusam dalam komuter siang tadi. and you should know... err.

okay takleh continue. bye.

wink wink ~.^

Thursday, January 28, 2010

one to six

assalamualaikum.

one: this blogging session was brought to you by Residence Hotel Uniten. em. boleh blah sangat. internet pun macam hidup segan mati sangat mahu.

two: as I promised to Udeq, I would like to say a HUUUGE thanks to her sebab memberikan kasih sayang kepada saya pada malam sebelum berangkat ke hotel ini. well, you should know. saidamunira LOVES to work under pressure, last minutes: [according to my theory, it will lessen your time to feel stress with your workload] maka, dalam keadaan gebon, kawan-kawan yang prihatin [contohnya Udeq] akan tolong iron baju anda. bukankah sangat hebat? ya. hebat berkali-kali. :D

three: FYI, I am here to write a manuscript. this is the 3rd Scientific Manuscript Writing Workshop for UKM Nutrition and Health Research Group. oh. mine, tentulah belum siap, walaupun esok hari terakhir. PEACE!! [tak tak, tak ada bangga pun kerja tak siap lah].

four: this workshop actually is not so educational, since we [Udeq, Islami, Hasnan & I] made a great assumption ie: THIS IS A VACATION. ENJOY OURSELVES. big yay. ;p

five:
yesterday was ayah & Jamila birthday. birthday presents for them are still pending. [entah-entah memang tak ada pun. hoho sampai hati]

six: saya baru mandi. sekarang saya mahu tidur.


that is not all. all is too much.


wink wink ~.^

Monday, January 25, 2010

Cedric & Edward. errm.

assalamualaikum kawan-kawan.

mari baca cerita saya. tak minat baca boleh buzz off sekarang.

semalam emosi saya terganggu. serius macam bad mood dan sedih di dalam hati siapa yang tahu lah. semalam saya sedih. tapi kalau dibagitahu sebab kesedihan, nanti ada yang beranggapan gadis hilang ingatan sudah transform into gadis obses. eu bunyi macam tak best bukan?

begini. semalam telah menonton Harry Potter and The Goblet of Fire. demi mengisi masa lapang. Robert Pattinson kan was acting as Cedric Diggory yang kacak. Robert Pattinson is Edward Cullen yang kacak juga. kamu tahulah, dalam cerita tersebut, the handsome Cedric Diggory telah mati dibunuh oleh Voldemort kan. lalu tahukah dengan tidak semena-mena, hati gedik saya berasa sedih sekali, sedih sekali itu SO SAD. mengenangkan Robert Pattison tersebut asyik mati dalam filem. maka saya assume dia mati as Cedric Diggory yang kacak lalu hidup semula sebagai vampire kacak bernama Edward Cullen. ok. dah. habis dah cerita emosi gedik seorang gadis. I gadislah. kalau wanita, mungkin tak ada segedik ini. [lust.. o oh. encik Cessna, forgive me.]

* * *

okay. catatan harian gadis sikit. hari ini saya dengan Islami temankan Dr. Sai Das from USA melawat KLCC. just hanging around. had some easy chats. and she treated us with Auntie Anne's pretzels. gedik Skyview tutup hari ni. kasihan Dr. Sai Das tersebut tak dapat naik KLCC.

ok. sekian.

wink wink ~.^

Saturday, January 23, 2010

needed


you're the best thing I never knew I needed.



the burger. I need the burger. I am hungry.

wink wink ~.^

Thursday, January 21, 2010

for brain health

well,

like I said, my brain is so o ow. everytime heading to somewhere, em, mostly,
I accidentally MISS SOMETHING. THINGS.

it is so bad. no. worst.

tapi miss something tak sama dengan miss someone. miss someone pulak tak sama lah dengan miss home. eh. miss saida pun tak sama dengan siapa-siapa pun.

btw, I'm developing guidelines to enhance memory;

1. eat more fish [omega-3 contained]
2. eat more vegetables [especially green leafy vegetables]

3. eat more fruits
4. eat more soy products, increase unsaturated fatty acids intake [use vegetable oil in cooking]
5. exercise regularly
6. stop smoking / alcohol
7. stimulate your brain, read, do mathematics, riddles, puzzles, etc.
8. stay positive

oh. buat panduan syok sendiri, lepas tu sendiri yang having memory complaints secara sangat serius. %^&*%%$#. my brain is messy.

have productive days ahead.

wink wink ~.^

Saturday, January 16, 2010

wonderpets, datanglah membantu

I post this while watching Wonderpets with MikiJajan. em. macam bestlah jadi Wonderpets.

"kami tak besar dan kami tak kuat bila bekerjasama semua jadi mudah. wonderpets, wonderpets yaaayyy"

eh, tapi perlu kembali ke dunia nyata. anehnya, walaupun I am in reality, saya teringin wonderpets membantu saya. since I am in trouble now. but, I dont have wonderpets' phone number lah.

untuk dijadikan pengajaran kepada semua, to be a high achiever bukan mudah.

saya tengok kertas ini macam cute lah.

and this part is even cuter. yeah.

I hope I can settle this quick. sebab ada banyak lagi benda comel yang perlu diberikan perhatian. [solat zuhur lebih cute okay]. bye bye.

wink wink ~.^

Wednesday, January 13, 2010

brain, behave please.

trouble. seriously. the question is, "what happened to my brain?"

tahukah saya mempunyai terlalu banyak masalah memori?. tahukah terlalu banyak tu macam mana? banyaklah. banyak, banyak. bukan sikit.

ugh. ughh. super ugh. seriously otak saya sakit. :(( sob sob.

macam mana kalau pagi-pagi lagi pergi ke situ sini tawaf keliling rumah cari casing handphone tak jumpa? macam mana pula kalau sesampai dekat plaza RAH baru perasan kad akses untuk naik lif dah tak ada? macam mana kalau dah hantar invois dan payment form dekat Bursar's Office, lepas dah sampai rumah baru perasan semua tu belum ada cop pengesahan? macam mana kalau jam didakwa hilang, selepas sehari baru ingat jam diletak dalam poket beg lagi satu?
macam mana kalau pergi faculty, lepas dah sampai faculty baru perasan handphone tertinggal dekat rumah? macam mana kalau macam mana. macam mana kalau saya dah tak ada word lain selain macam mana?

soalan yang paling penting, macam mana kalau semua benda tu berlaku dalam tempoh 24 jam?

I have lots of memory complaints recently. in fact, saya rasa ini macam serius. I guess there must be short circuit dekat mana-mana saraf otak saya.

pathetic bukan?

okay okay. ini sedikit cerita tak pathetic.

we had fun yesterday. Udeq, Jajan, Hasnan & I telah pergi tengok Avatar 3D dekat Times Square. setelah diugut dan dipaksa oleh saidamunira, maka semua orang terpaksa tengok Avatar 3D hahaha terima kasih kawan-kawan ;p

gadis hilang ingatan tapi sopan [ehem] bersama Udeq yang cool.
tapi dalam gambar ni siapa lagi cool? heh ;p

MikiJajan bukan hero [wek ;p] dengan Hasnan the hero.
[serius Hasnan adalah hero sebab beliau yang jumpa kad akses semalam, lalu saya sangat terharu takleh blah ok]

baiklah semua. sedang berdiskusi dengan MikiJajan tentang hantaran tunang dan sebagainya sampai tak mandi. money memang a matter lah bukan.

ok. bye. otak saya penat.

wink wink ~.^

Saturday, January 9, 2010

dream

sejak akhir-akhir ini, saidamunira macam terasa bosan [eh bosan pon ada?] untuk menaip entri. mungkin sebab menerima hakikat, diri semakin meningkat usia. maka macam konon-konon tak matang tulis benda bukan-bukan dekat sini. em. ok, sebenarnya tipu. hakikatnya saya malas.

ini bukan blog berciri diari kehidupan. blog ini berciri "
sukahatidenlah". perlu translation?

untuk sesi suka hati kali ini, marilah bertindak secara suka hati.

we have a
dream. we bermaksud Vampy dan Cessna. sejak bila saidamunira ada nama macam tu boleh tanya Hasnan the Arshavin. now everyone has special name. since Arshavin pun sekarang is getting serious with his beloved Fishda. Miki dan Daiki beliau apatah lagi. mereka sering pergi ke lowyat bersama. [eh saya tak cemburu pun, tapi saya tak pernah pergi lowyat bersama.]

our
dream is perfect. but it is only dream. Cessna could never be Edward Cullen, yang sangat berciri dream. but nevermind. Cessna mempunyai soul, di mana itu sangat bukan dream. :)

okay. malam ini macam nak sambung
dream membaca Eclipse.

akhir kata, tataplah gambar tangan Cessna yang cedera parah baru-baru ini akibat melecur. sob sob, seriously Cessna tak macam Edward Cullen. siapa yang berhati perut mesti terasa kesian. kalau siapa tak kesian tu, dia mungkin ada masalah hati perut. hati mungkin ada hepatitis B, perut mungkin ada cacing.

doakan beliau cepat sembuh. amin. terima kasih daun keladi semua.
bye bye. I love you, but I love Cessna more.

wink wink ~.^

Thursday, January 7, 2010

overloaded

MENYESAL HABISKAN NASIK YANG BANYAK TADI. perut macam mahu meletup dan menghadapi kesukaran untuk tidur lah. uh uh. saya ingat pesan encik Cessna supaya tidak membazir makanan. tetapi ketidakmembaziran ini macam menyeksakan perut. tak tahu kenapa hari ni perut macam kecil [eh macam comel lah kata perut sendiri kecil]. makan tengahari dekat kedai mamak bersama Hasnan tadi pun tak habis. taktahuapanakjadidenganperutcomelini.

em, takpa. saya redha ada perut comel. [hiperbola, harap maklum]

ugh. serius ni sedang terseksa. but today was great. having friends bukankan memang great? :D [kalau MikiJajan sanggup basuhkan baju tadi boleh dapat great tahap Tera, but you only got great tahap Giga buat masa ini, Hasnan pun dapat great tahap Giga juga.]

sekian.

wink wink ~.^

Monday, January 4, 2010

hi 2010

I am currently nauseated. and my stomach is bloating. my face and hands are warm. feel like both palms are heating. sekarang boleh kasihankan saidamunira. beliau demam ye kawan-kawan.

oh but my face is so POKERface, you know. Miki Jajan said saidamunira macam tak demam pun. em. tak tahu nak buat bagaimana lah. muka ini memang kurang ekspresi. I don't have any idea whether my face's nerve is impaired or something. [redha. muka ini suka maintain comel kot. euu].

let's make things easier. I'll list down what I've gone through this first day of working in 2010.

1. bangun awal pagi. 4.36 a.m. left home at 5.05 a.m. heading to KTM komuter Seremban. ayah hantar, ditemani angah.

2. novel Eclipse tercinta tertinggal atas sofa dekat rumah. disedari seawal keluar dari simpang rumah. redha lagi. kesian lah dekat ayah nak turn.

3. in the train, it was freeeeeezing. dah agak pun. tapi nak buat cemana, sweater dan semua baju berciri sweater even my pashminas semuanya dekat KL. journey from Seremban to Putra station was so terrible for me. [so I decided to imagine someone is hugging me. heeeee. tak tak tipu ni]

4. kalau tak mengantuk dalam train pun jadi masalah. mind you, I left my Eclipse. so there was nothing to do, and nothing to gain except sakit tulang akibat sejuk. sungguh pun begitu, well, I appreciate my fat deposit. thanks fat.

5. arrived at Putra station at 7.25 a.m., so early. I decided to take a cab, and heading to Plaza RAH, not to faculty. sebab hujan rintik-rintik. plus saya sakit tulang akibat kesejukan.

6. at Plaza RAH, saya bergulung dulu dalam red riding hood. sakit tulang. seriously. had a nice nap though.

7. around 8.40 a.m., I went to faculty. tapi sebelum tu singgah kedai fotostat, copying my questionnaires and booklet for pretest at Klinik Kesihatan Cheras. it costed me RM 220. habes duet wo.

8. went to faculty and blackout. so, I went to ATM to make my purse thicker. uh. money does matter.

9. blackout lama sangat sampai jadi macam lembu duduk dekat office. balik Plaza RAH, hemm. rupanya blackout juga. [we wonder, UKM tak bayar bil ke?]

bla bla bla malas dah nak taip sebab macam nauseated sangat ni. okay, I make it short. lepas tu ada letrik balik, makan dekat Hales, pastu terus macam pening lepas makan, didapati suhu badan meningkat, lalu menelan panadol. lepas solat pergi ke faculty semula. takda hasil sebab surat yang dicari dalam fail tak jumpa. so, I assumed today was such a bad day.

bila balik, Udeq informed berita yang sedih sekali di mana beliau will be tutoring at Universiti Darul Iman, KT. not Universiti Kebangsaan Malaysia, KL. ini berita sangat mensedihkan hati kami. [sob sob sob. we gona mish u soon. very very soon. :((]

then, I felt my head macam burning from inside. panas kepala I. takleh tahan betul, tapi Miki Jajan kata muka saya kelihatan sihat walafiat. lalu tidur setelah mendapat kasih sayang tttteeeettt. tidur yang lena ibarat bayi.

ehhhhhh bila nak habis cerita ni.

lepas tu dinner bersama Apai, Jajan & married-and-cute-Kakwan. Kakwan was a speech therapist and now doing Postgrad Diploma in Clinical Psychology. Kakwan memberikan keceriaan dalam kehidupan secara tiba-tiba. haha. topik perbualan bertajuk kahwin. dan tajuk itu adalah serius.

okay. nauseated dengan lebih dahsyat dan mahu tidur. good night and bye bye.

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.