The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 30, 2011

Food and Love Day.

This is my Saturday. I name it Food and Love Day.

Breakfast 1: Roti canai.

Breakfast 2: Nasi lemak.

Ok. Pengakuan. BUKAN Muhammad Izzat yang memesan nasi lemak tersebut, it was me.

I had roti canai, lepas itu terasa nak makan nasi lemak pula. Well. I learned from him. :p
Tapi lepas tu tak habis, maka dia terpaksa tolong habiskan. So, each of us had 1 piece of roti canai and 1/2 plate of nasi lemak for breakfast.

Kemudian, butterfly dijumpai oleh Muhammad Izzat dalam kereta dia.
Happy happy :D Thank you, you.

Morning tea: Muhammad Izzat memasak Roti-T [roti telur] butter untuk saya.
Seriously untuk Saidamunira.
Tinggi kolesterol. Tapi tak kisah. Sebab tinggi kasih sayang juga.

Roti-T with butter.
Muhammad Izzat sungguh manis, pandai susun Roti-T atas piring. Dihidang bersama air nescafe susu yang sedap.
SoNice la you. :') Touchy touchy. Aww

Lunch: Fu Yong Egg.

Lunch: Fish Chop
Ya. Pastilah bukan Fu Yong Egg dan Fish Chop saja. We had Chinese fried rice with Fu Yong Egg AND Fish Chop. Sangat nice. Kami makan dekat Chinese Muslim Restaurant, Muhammad Izzat kata nama kedai tersebut ialah Jaya. Menurut encik Izzat, keluarga beliau merupakan pelanggan tetap restoran tersebut sejak beliau darjah tiga lagi. Omagad. Sentimental betul. Hee.

Afternoon tea and dinner: Takda gambar, sebab saya behave.
Tapi makanan boleh disenaraikan di sini tanpa ragu-ragu.
Mi kari, lemang, rendang, kuih cara, talam apa entah lagi, kuih seri muka, kuih bakar, SR chocolate moist cake, tembikai. Banyak betul makanan sampai saya tak berdaya saing lagi untuk makan. Lokasi ialah rumah Makngah Muhammad Izzat. Sampai rasa nak menangis tak mahu makan lagi sebab nak balik rumah segera.

Tuhanku. Segala puji bagi-Mu. Terima kasih atas nikmat dan rezeki yang Engkau kurniakan. Limpahkanlah rezeki kami dalam keberkatan Ya Allah. Ameen.

Saya memang sayangkan Muhammad Izzat walaupun beliau semakin hari semakin menjadi bulatan.

Sekian. Selamat menyambut Ramadhan.

wink wink ~.^

Friday, July 29, 2011

Semangat kejayaan. Ewah.

Assalamualaikum semua.

Hari Jumaat memang indah bukan?. Bagi saya mungkin lebih indah kerana paper metabolic syndrome telah siap. Yibayiba. Oleh itu, tidak hairan kalau hujung minggu ini saya akan bersenang lenang seperti biasa. Minggu depan baru fikir paper seterusnya. Okeh. Btw, terima kasih hari Jumaat.

Dengan pencapaian tersebut, saya ingin berkongsi sedikit tips kejayaan. [Hek eh kejayaan sangat lah]. Elakkan mengguna gambar pertunangan, kekasih hati dan sebagainya yang berkaitan sebagai latar belakang desktop anda. Ini kerana, setiap kali membuka laptop, sekiranya anda berdepan dengan gambar-gambar berciri sedemikian, anda akan dibayangi kekasih anda lantas berasa hendak membuka laman web perkahwinan atau lebih seronok, anda berperasaan ingin berkahwin pada waktu itu juga. Maka anda pun malas nak layan kerja sekolah sebab isu perkahwinan lebih mengujakan. Cuba letakkan gambar yang berciri mengusik emosi seperti gambar ibu bapa anda. Jika anda sayangkan emak dan ayah, macam Saidamunira, anda pasti akan beroleh semangat untuk mengejar kejayaan seperti menyiapkan kerja sekolah dengan berkesan. Tak percaya boleh cuba. Itu pun kalau anda lebih sayangkan ibu bapa anda daripada orang lain di dunia. Hee.

Buat masa sekarang, saya masih lagi mengikuti bengkel pewasitan manuskrip di KTSN UKM. Memandangkan paper telah disiapkan, dengan bongkak saya pun berjalan-jalan di beberapa laman web. Ya, pasti bukan dengan berjalan kaki. Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia dan warga Malaysia yang penuh dengan semangat cintakan negara walaupun tewas malam tadi. Hubbul bilad minal iman (Mengasihi negara sebahagian daripada iman). Jangan pertikaikan gaya permainan, nama pasukan serta warna jersi yang dipakai atau apa saja. Kalau bukan engkau yang latih pasukan tersebut atau beraksi di padang malam tadi, jangan cakap banyak. Tak elok jadi orang yang pandai komplen. Macamlah dia hebat sangat.

Strive for success, baby. Bersempena bulan kemerdekaan yang bakal menjelang, apa kata kita memasang semangat untuk berjaya sambil itu kita akan turut memajukan Malaysia.

Em. Saya turut bersemangat untuk mengadakan janji temu dengan Muhammad Izzat pada petang ini. Harapan nampaknya boleh terpecah belah sebab bengkel ini seakan-akan memenjara saya sehingga pukul lima petang. Dengan itu, saya telah menyediakan jiwa dan raga untuk berdepan dengan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Scarlie akan menemani saya. Nanti kita pergi isi minyak dekat Petronas ye. PEACE!

Sekian.

wink wink ~.^

Monday, July 25, 2011

I am hungry

Assalamualaikum.

Hello Hello. Hari Isnin datang lagi. Jangan salahkan Isnin kalau diri sendiri memang malas. Kata orang Monday blues. Tapi kalau dah memang malas, tiap-tiap hari pun blues. But my Monday is yellow, sebab saya pakai tudung yellow kesukaan.

BoldCaptured this morning after having McD breakfast. Tudung takda variety lagi. [Tak apa, asalkan tudung dicuci, no harm pun kalau semua gambar pakai tudung sama bukan?] You can see how big the tummies are. Tummy Muhammad Izzat belum pernah tewas. Ilusi tingkap kereta turut bekerjasama membesarkan perut itu. How cute.

Ini. Petang semalam berfirasat untuk mengambil gambar bracelet ini dengan butterfly tu. Tapi sipi-sipi tak nampak butterfly sangat. You know what, butterfly tersebut dikesan missing in action lepas det malam tadi. Maka, kenangan abadi butterfly diselitkan di sini. Terima kasih.

I am hungry. I am hungry. I am fat. I am hungry. Teringat lauk malam tadi yang tak dapat makan habis sebab sangat kenyang. We had dinner at Starfresh Agropark, dekat Jalan Bukit Putus, kedai favourite bakal suami. Dengan itu dia membuat pesanan dengan banyak. All in all, I would recommend juga lah. The fiance yang kuat makan telah bertegas untuk makan dengan banyak selagi rezeki dilimpahkan. Beliau tidak mahu menyekat pengambilan makanan beliau. Inilah nasib dietitian yang akan berdepan dengan masalah suami kuat makan kelak. Tapi saya redha. Tugas isteri lebih penting daripada tugas dietitian. Kelak beliau akan menjadi suami, bukan pesakit saya. I get that. [Mode pasrah betul konon]. Saya kena menjaga moral, tak boleh jadi bakal isteri kuat bebel. Nanti tak comel.

Em. Ok bye. Hipoglisemik.

wink wink ~.^

Saturday, July 23, 2011

ASarawakStory

Sedang bersikap malas, gambar akan membantu.

Untuk makluman, saya ke Sarawak menghadiri persidangan Persatuan Dietitian Malaysia (MDA). Selama tiga hari, aktiviti utama ialah dengar talk, simposium, forum dan makan. Aktiviti lain kira minor saja. Seterusnya gambar akan membantu penceritaan.

Ini Kak Mai the flight mate dengan poster beliau.
Tak sia-sia Kak Mai berhempas pulas seliuh buat poster sebab Kak Mai menang tempat ketiga.
Tahniah Kak Mai :D

Ini poster Saidamunira yang dapat tempat keempat cuma.
Sob sob. Kelemahan pada poster ini ialah menyakitkan mata untuk dibaca.
Sebab itu saya tewas. Mommy cakap, tak apa sebab poster very last minute. Hee.

Kedai cenderamata dekat area Waterfront. Em. Sebenarnya macam mentakutkan juga bila tengok itu semua. Pada waktu kejadian, saya sedang tunggu mommy shopping banyak betul. Tapi dia beli barang yang masuk akal lah, bukan ini semua.

Pada suatu malam, saya berniat menemani Kak Mai untuk makan malam.
Tetapi Kak Mai yang berhati mulia telah memesan makanan menggunakan room service lantas membelanja saya. Dia kata dia nak saya feel jadi orang kaya sekejap.
Thank you Kak Mai. Mari kita doakan Kak Mai dimurahkan rezeki.

Sewaktu jalan-jalan dekat Waterfront, saya terjumpa Bormas.
He. Ya, tak adalah menarik pun yang ini. Cetak poster dekat Bormas punyalah mahal lepas tu saya tidak menang pula. He. Loser.

Naik penambang lalu Sungai Sarawak nak pergi beli kek lapis.

Kedai kek lapis yang hebat, Dayang Salhah. Sedap dan rasanya ini kedai terbaik.

Lepas jalan-jalan, Mommy belanja makan mi kolok. Tapi tak sedap dan sangat masin.

Ini mommy a.k.a. roommate saya dekat Four-Point Hotel by Sheraton Kuching.
This was taken in front of Borneo Convention Center Kuching.
Hee. Mommy request ambil gambar ini dengan ucapan "Jom kita jeleskan Hasnan".
Tapi menurut firasat saya, Hasnan manalah cemburu.

Itu saja. Mood tak berapa ada. Sekian dulu cerita saya.

p/s: Muhammad Izzat jaga Uncle Hishamuddin baik-baik. Mari doakan Uncle Hishamuddin cepat sihat.

Sekian.

wink wink ~.^

Tuesday, July 19, 2011

Hi Malaysia

Hai Malaysia. PEACE!!.

Hidup kembali normal sekembalinya ke tanah air dengan adanya Scarlie Renesmee. Scarlie the red car. :D Hee. Takyah cari tiang MRT pagi-pagi lagi. Bahagia betul lah.

Will have a date with Muhammad Izzat kejap lagi. Kita akan makan banyak kejap lagi. Kita tak ada kisah sekarang pasal excess fat. Sebab setiap waktu bersama lebih berharga. Aww. Ya lah. Tak lama lagi dah bulan puasa, mana boleh date selalu bukan? Berciri solehah tidak?

Lagipun kejap lagi kena bercinta bersungguh-sungguh sebab akan meninggalkan the fiancee untuk tiga hari lagi sampai hari Jumaat. Saidamunira nak pergi Sarawak, jangan nakal-nakal ye Muhammad Izzat. Makan banyak tak apa.

Wah. Sekarang blog macam jadi diari isi hatiku untukmu pulak. He eh.

Sekian. Saya berharap pergi conference dekat Sarawak ni boleh menang something sebab haku nak duit tunai. ($_$) Seratus ke, dua ratus ke lima ratus ke. Semoga berjaya, si comel!. Untuk makluman, Si comel = Saidamunira. Si comel bermata duit. ($_$) ($_$) ($_$) eh ada banyak!

wink wink ~.^

Sunday, July 17, 2011

Weekend.Love

Untuk Muhammad Izzat.

Terima kasih. :D

wink wink ~.^

Friday, July 15, 2011

Otw to bye bye Singapore.

Ya belum pulang lagi. Semua harap bersabar menunggu kepulangan saya. Em siapa tunggu Saidamunira balik?

The fiancee. Dia tunggu. Tapi. .. .. Ok. Tak boleh komen.

Semalam terpaksa buka puasa sebab terpaksa terima farewell party yang kononnya surprise untuk saya. He. Sekali lagi, makan besar dekat restoran India. Hebat sangat agaknya restoran India kat sini. [
Ceh.] Had lunch at Khansama Tandoori Restaurant dekat Science Park. Boleh tahan lah. Buffet lunch, $10 per head. Ada white rice, fried rice, naan, chicken kurma, mutton curry, dhal, papadom, salad, ghulab jumun, and apa benda entah lagi. Had mango lassi as well. But it was toooooOOOOoooo thick. Macam nak termuntah minum. Dan oh ya, yang tak bestnya semalam berpakaian selebet, di mana pakaian yang sama telah dipakai semasa ke Universal Studios. Sungguh kecewa sebab gambar tidak bervariasi dari segi pakaian. Kalau tak buat surprise bukankah lebih bermakna. Hish. Eh anyways, tak baik komplen. Ya, saya ingat pesan tunang saya. Tak baik komplen. Dia selalu nasihat macam tu. Insaf.

Dengan Prof. Ng dan kerbau. Budak-budak tu semua teruja dengan kerbau ni lepas tu haku kena lah pose dengan kerbau. I takda lah jakun dengan haiwan tersebut pun.

The team. Semua baik sangat.

Dibawa berjalan ke National Park dengan separuh hati. Sekali lagi, saya tak jakun dengan ini semua. Haha.

Mereka semua teruja dengan tasik tersebut sebab ada labi-labi. Kelakar. Haku sikit pun tidak kehairanan. Lepas tu siap tanya soalan buat confirmation, betul ke ini National Park? Kehkehkeh. Sebab National Park dekat Pahang bukankah hebat. Ini setakat labi-labi. Lepas tu semua sibuk nak tengok monkey. Sebenarnya kera. Ada aku kisah? Serius tak mampu hairan dengan situasi tersebut. Urban sangat kot Singaporean. Saidamunira budak kampung.

The night before, I had dinner with Wani Ichiban at Turkish Restaurant at Bussorah St. Thank you Wani sebab sudi datang melawat Saidamunira. :D Suka. But then, the food was so-so. The beverage tak sedap. Then, we had Dona Kebab, Baklava and apa benda entah lagi satu. Tak ingat.

Minuman yang didakwa sedap oleh pemilik restoran.
Mint tea and apple tea. Mint tea Wani rasa macam air tanah. Hehe.

Wani Ichiban :D

Dona kebab. Pilaf rice dengan ayam dan salad.
Wani sibuk buat video. Hehe.

Horei. Esok petang boleh balik. Demi menghabiskan masa hari ini dan esok, mungkin duit akan turut habis. Macam mana ni.

Sekian. Cantwaitcantwaitcantwait NAK BALIK. :D

wink wink ~.^

Tuesday, July 12, 2011

Kari Muthu

Hari ini dapat makan nasi briyani sedap tak terkata secara F.O.C. Hidup terasa bermakna betul. Ha ha. Alhamdulillah.

Told you, mommy is coming on Tuesday. Ha. Hari ini lah. :D See. Nampak tidak kegembiraan. Kalau tak nampak, pergi main jauh-jauh.

Mommy came with Prof. Fadilah & Dr. Zahara. They came early in the morning, observing neurocognitive assessment session at Jurong Point, a shopping mall. NUS has a lot in the shopping mall as research site. Maka. Ya, mommy-mommy tu semua terlampau terharu sebab ke shopping mall, tak boleh tahan tengok pensyarah tu semua sibuk nak cari kedai buku lah, chocolate empire lah. Comel bukan pensyarah saya? Mommy shoppping buku untuk anak-anak dia, birthday card untuk adik dia. Which is sangat comel perwatakan tersebut. Anda semua bolehlah mencontohi tingkah-laku tersebut. No hesitation.


Kemudian, Prof. Fadilah met her ex-classmate, a lecturer in NUS. Omagad ini sungguh kelakar sebab beliau macam takleh berhenti bercakap. Tapi yang bagusnya, kawan beliau tu belanja makan dekat Muthu's Curry. Bukan Kumar's curry, tapi Muthu. Muthu memang berbakat memasak. Everything was delicious. Antara restoran masakan India terbaik di Singapura. Mommy order macam-macam, [
sebab dia niat nak belanja], fish head curry is a must! Nasi briyani pun, sangat lazat, terus betulkan persepsi, tak adalah semua nasi briyani Singapore tak sedap. Hehe. Dan banyak lagi. Semua sedap. And oh, Dr. Zahara did mention dia tahu saya makan banyak. Terima kasih kepada Nurul Huda Razalli kerana membuat laporan awal kepada Dr. Zahara ye. Memang hakulah yang menghabiskan nasi briyani, dah semua orang tak larat nak makan. Hee :p Oh ya, at last, bukan mommy yang bayar, everything is on Prof. Fadilah punya kawan tu. Mommy buat muka tertekan sebab segan bukan dia bayar. Comel betul supervisor I. I adore.. :p hee


Dalam Muthu's Curry. Ihsan google image. Gambar malas nak upload, lagipun bukan ada gambar saya pun. Biasalah kalau seorang pelajar makan bersama pensyarahS.

Dan lagi, mommy tu comel sebab tadi dia bagi saya duit belanja. Aww. Rasa macam dah buat muka cukup yakin dah cakap semua cukup. Dua kali mommy tanya duit cukup ke tidak, dah cakap memang cukup. Tapiii. Dah mommy nak bagi kan. :p Thank you Prof. Lepas ni saya cuba jadi lagi rajin ye. Cuba tak salah bukan. Tapi tengoklah, jadi ke tidak. Hihu.

Sekian.

wink wink wink ~.^

Sunday, July 10, 2011

Sunday in Singapore

Assalamualaikum Sayang. Ya, itu salam kepada Muhammad Izzat saja. [bluek :p]

About Singapore nasi briyani. Tak sedap. Fesyen nasi briyani dia dengan ayam taktau masak apa, which is so dry! Lepas tu dibagi bersama kuah dhal dan juga timun dengan sos. Langsung tak sedap. Nasi beriyani dekat masjid Kg Baru hari Jumaat lagi sedap. Kalau nasi briyani Diana memang cannot help. Jauh sangat lah tahap kesedapan. [p/s: Diana, nak nasi briyani please. I miss you and nasi briyani you sepanjang-panjang makan nasi briyani sebanyak 6 exchange ini. Sedih buang. Tak sedap, lepas tu banyak sangat pula. :( Turut dirindui rakan-rakan seperjuangan makan nasi briyani dekat Masjid Jamek Kg. Baru]

Maafkan saidamunira. Dia dah biasa makan nasi briyani Malaysia yang sedap.

And ini katil baru saya untuk minggu ini.
Yey best! Er yang selebet tu sebab saya dah landing dulu atas dia.

Petang tadi saya check in semula ke Sleepy Sam's. Sebelum saya check out hari Jumaat lepas, saya request dekat dia nak katil yang lain, instead, dia bagi yang lagi best. Sebab bukan double decker. Alhamdulillah. Berbahagialah hendaknya minggu ini. Amin. :D

Petang tadi, Zaki [i.e. my second cousin merangkap ex-schoolmate, merangkap ex-dormmate the fiancee] menghantar saya ke JB Central, which is sooo relieving. Gadis berusia 24 tahun yang tak habis-habis gebon ini sungguh kasihan. Nasib baik Zaki baik. Hehe. Nasib baik ada saudara. Nasib baik ada kawan. Nad pun. Nasib baik ada kawan. Nasib baik ada family Nad :D

Ok. Sekian dulu siaran dari Singapura. Esok will have a meeting at Khoo Teck Puat Hospital pula regarding food database. Maju juga Malaysia, FoodWorks ada database Malaysia tau, Singapore mana ada. Bangga bukan? Sebab itu mereka macam nak mencari pertolongan daripada Malaysian Database.

To the fiancee. Sleep well. Esok nak sekolah. :-*

wink wink ~.^

Sunday in JB

Hai. Dah cukup bersih? Cukup-cukuplah tu ye. Poor Malaysia. Orang Singapura tak habis-habis cakap Malaysian people are crazy.

Will be departing for Singapore again today. Ugh. Currently in JB, slept over at Nad's place. Esok sekolah. Lusa mommy nak datang. Wednesday Wani will come to Singapore as well. Counting days sebenarnya.

Last Friday, I walked here, the Causeway link of JB-Singapore!
Macam tak percaya.

Semuanya kerana I met a cute stranger, Ima. Nice stranger one.
Kelakar pun ada. Macam nak patah kaki berjalan in wedges! Tapi berbaloi-baloi tahu. Kalau tunggu bas, 11 pm pun belum tentu boleh sampai JB. Soooo crowded with people, dengan pelbagai bau. Entah kenapa, instict cakap Ima boleh dipercayai. She is 23, Singaporean. Stranger yang baik. Akhirnya berjaya sampai di stesyen bas Larkin, without bus. Just by walking, then adik Ima fetch at CIQ dan menghantar Saidamunira ke Larkin. Terharu secara sangat aaaww.

Cant wait for 16th July.

Thank you Nad for these days. Terharu.

Kejap lagi akan menunggu Zaki. Yeyy. Thank you ya the fiancee sebab suruh saya det dengan Zaki :p. Thank you to Zaki in advance.

Aaa. Aaa. Kejap lagi kena naik bas balik Singapura. Sedih :( Mencabar betul naik bas. Serius gebon! Seriously don't like.

Lepas pulang akan mula buat persediaan perkahwinan. We'll see. Masih berfikir-fikir nak beli beaded lace kat Arab St ke tidak, sebab disadvantage nya ialah the fiancee is not here. Mana boleh syok sendiri beli seorang diri, padahal nak nikah bersama-sama. Ayo. Beaded lace in Arab St yang cantik seriously lagi murah dari Gulati's and Jakel. Tapi. Itulah. Hm. Tengoklah.

I miss my home. Malaysia aman. Malaysian, behave. Sekian.

Friday, July 8, 2011

Peter Friday

Friday yang ditunggu-tunggu. Hoyeh!

I woke up late this morning. Semua kerana bilik telah menjadi female room semula, which is sooooo relieving.

Engkau sungguh tak tau macam mana perasaan tidur terdengar lelaki berkeruh di sekeliling. Kuat tahu tak. Mentakutkan pun iya. Bangun pagi melihat lelaki memakai boxer. Etc etc. Sungguh menguji tahap kewanitaan saya. Nak nak lagi wanita yang dianggap budak kecik dalam bilik tersebut. Kehkeh.

During my stay, my bed is next to Peter's. Peter sungguh considerate, itu yang membuatkan beliau kacak. Aw. Ini boleh membuatkan the fiancee menjadi panas heh? :p Nevermind, but I think, Peter was my caretaker. Kehkehkeh.

He asked other men not to go inside the room while I am settling inside there. Bukankah cool? When I settled covering my bed with kain batik bekalan emak, towel dan pashmina, only then he went inside, switch off the light and ask me to sleep well. He knows that I am too stress with the condition. Dia tutup pintu pun cuma keluar bunyi secara minor. When I woke up in the morning, he turned himself to side that he cannot see me.

Luckily, the room turned into female room after two nights being mixed one! Tidur lena sangat sehingga bangun lewat. When I was indulging breakfast, Peter is reading Indonesian, he is learning Indonesian language. Then he came to me.

Haha. Akibat perbualan, barulah saya tahu nama dia Peter, from Canada. He will depart for Indonesia tomorrow, volunteering for WWF. Peter sungguh nice. He read a lot, and he is nice. And he is nice. And he is nice. [Tapi the fiancee lagi nice lah, mana boleh lawan. Hee.] "You get your room back!" kata beliau :p Well. Memanglah perlu bersyukur. Alhamdulillah.

Okay then. That's my Friday so far. Will be having meeting with the team in a short while. Lepas tu boleh balik Malaysia, planning to go to JB, sleep over at Nad's place. [Yeah, sayang Nad!! :-*]. Tolonglah Malaysia, janganlah menjadi negara yang tidak aman, because I love you. See, saidamunira memang penuh kasih sayang.

Sekian. I can wink a lot. See ~.^ ~.^

winkSx2juta ~.^

Wednesday, July 6, 2011

Visuallly depressed

Tiap-tiap hari naik MRT merenung signboard "to Changi Airport". Boleh menghadapi tekanan dengan hanya menengok signboard tersebut. Isk.

Tengok Mitsubishi Lancer ternampak Inspira. Lebih malang, tadi telah ternampak Compressor hitam, uwa. Terus rindu Kak Mai dan rakan-rakan secara sangat.

Cincin tak boleh cakap. Terus simpan taknak pakai esok. Sebab tengok cincin rasa nak nangis. Apasal entah minggu ni semacam penuh tekanan. Cantwaittogohome.Cantwaitcantwait.

Sekian.

Tuesday, July 5, 2011

Dugaanku

Felt much better when I speak to Ayah. Ternyata kuasa ibu bapa lebih hebat daripada kuasa tunang.

I learned that, I cannot ask everyone to please me. I am a Muslim, and this is not my country. Ternyata Malaysia lebih hebat. Surau ada di mana-mana. Lelaki tak boleh sebilik dengan wanita. I am proud with my country.

This is a challenge. I paid for my stay in here until next week. I paid for female room. Instead, bermula malam ini akan menjadi mix room, sebab, bilik mereka nak renovate. They do not have any other place to separate the room.

Cakap banyak takda guna juga. Ayah cakap it's okay, Mat Salleh tak jahat and usually they respect women. Tuhanku, my family and everyone I love is not here with me, only You can protect me. Only You know why I have to stay here. I tried to book other backpacker hostels as well, tetapi turut mendukacitakan.

To the fiancee. I am very sad sebab anda sungguh garang. I have to, and I hope you understand. I am coping.

Tuhanku, lindungi aku daripada sebarang kejahatan. I love You.

Sekian.

Monday, July 4, 2011

Hari ini hari Isnin

Setelah menghadapi dua hari minggu yang macam nak putus kaki, hari Isnin menghadapi kekecewaan. Ceh. Semua Sleepy Sam's staff yang kerek tu punya pasal. Maka, mungkin saidamunira perlu mencari tempat lain untuk berteduh. Dia nak renovate tak bagitahu awal-awal. Lepas tu sedap bagi arahan suruh pindah.

Hari ini macam blues dari pagi. Monday blues. Went to site at Jurong Point. Nothing to gain. Everything is conducted in dialect. Mana saya faham. Then I followed Dr. Stella ke suatu tempat, lupa nama dah. Negotiating with the Ketua Perumahan kat situ lah kot. Kemudian berbual dengan Dr. Stella. She is a Burmese. Tak habis-habis puji Malaysia. Dia kata Malaysia is better than Singapore. Mungkin sebab dia suka shopping. Tak kisahlah. I love Malaysia tanah air ku.

Hari ini tak lalu makan. Apahal entah. When people asked me whether I had taken my meal or not, I said, "yes, only bun". Padahal tipu. Saya hanya minum chrysanthemum tea for the whole day sampai pukul 6.30 pm, then I had curry puffs. Tiga bijik besar. Dua sardin satu kentang. Lepas tu minum Milo. Semalam makan nasi goreng and murtabak dekat kedai depan ni, tak sedap juga. Entah lah, sebab tak lalu makan kah atau sebab makanan kat Malaysia lagi sedap kah atau rindu tunang kah.

Sungguh membosankan hari Isnin. Feng Liang nak tolong reanalyze data, tapi dia taktau guna SPSS. Makanya dia minta semua data saya untuk copy dalam SAS. Entah lah, malas fikir, bagi je semua data.

HUAAA saya sungguh bosan. Saya nak balik Malaysia. The fiancee nak hadiah dia, iaitu saya balik Malaysia dengan selamat. Kalau ada masalah mental macam ni, mungkin tak pulang dengan selamat. Hadoi. This is not me. Saidamunira yang normal sangat kuat makan.

Sekian.

Friday, July 1, 2011

5th day Singapurapura Ikan

Hai. Saya belum mandi, baru lepas makan maggi tomyam. Sedap. Save budget pula lagi, mana tak sedap lah bukan. Hehe.

I went here this morning:
It's part of Tan Tock Seng Hospital. Saya naik MRT ke Novena Station, serius tidak cuak macam naik bas semalam. Huh. Pasni tanak naik bas lagi, tak best. Em, pagi tadi we had a meeting here, mereka nak collaborate research, so kena lah bincang what they had, current project, what they can offer to each other, etc etc. Macam membuat urus niaga.


Back to office, had lunch at Megabites Cafe, ada makan FREE pulak. Serius baaanyak makanan, nasi goreng, bihun goreng, ayam black pepper, udang, teriyaki filet, mushroom and bokchoy, aiskrim, cocktail, laksa johor, ais krim cendol lah, keladi lah, dan juga puding di atas yang saya cilok bawa pulang dua bijik. Hehe. Serius kagum, nak kata jamuan raya, mana ada raya pula. Tanya event apa, Ms Susan and Kak Meena pun taktau, jawapan dia mungkin event makan-makan. Nah. Satu tower block tu makan free tahu!

Back then, I had meeting with Prof again, my mentor. Ini view dari discussion room masa tunggu Prof tadi. Nice view, boleh nampak laut. Overall, he is nice, tidak syak lagi. Tetapi bila teringat kena siapkan paper, terus tremor haku. Malas pun ada. Uwaa.

I am not a tourist today sebab balik jam 5. Namun, today I learned a lot, salah satunya ialah, serahkan tempat anda kepada orang tua [dalam ertikata lain, jadilah orang muda sopan dan berwawasan!]. TETAPI. Jika anda ketinggalan dua biji shuttle disebabkan kesopanan tadi, anda mungkin akan berasa tertekan juga. Tambahan lagi, bila anda dapat naik shuttle, anda terpaksa serahkan tempat duduk anda kepada orang tua sekali lagi, aaargh. Sungguh teruji kalau anda mengendong beg yang berat! Haa. Naik MRT pula rosak. Siapa cakap KTM Komuter tu asik rosak. MRT sini pun rosak pastu delay. Kalau kendong beg berat, pastu seat semua penuh dengan budak National Service, kalau tak depression time tu, memang tabahlah engkau.

Sesungguhnya, tak rugi kalau anda menjadi orang yang berguna kepada orang lain.

Sekian. I love Malaysia. Muhammad Izzat tidak ketinggalan.

p/s: Happy birthday to Uncle Hishamuddin. Ya. Macamlah uncle baca blog bakal menantu beliau. You wish.

p/s: Di suatu tempat ada orang tu bernikah. Huwa. Tahniah Afif & Izzah. SMKA Pedas memang tempat bertemu jodoh. Heheh.

Esok nak jadi pelancong bercuti ke Pulau Sentosa dengan kekanda. Hep. Bukan tunang. Tapi abang. Yibayiba!

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.