Assalamualaikum semua.
Hari Jumaat memang indah bukan?. Bagi saya mungkin lebih indah kerana paper metabolic syndrome telah siap. Yibayiba. Oleh itu, tidak hairan kalau hujung minggu ini saya akan bersenang lenang seperti biasa. Minggu depan baru fikir paper seterusnya. Okeh. Btw, terima kasih hari Jumaat.
Dengan pencapaian tersebut, saya ingin berkongsi sedikit tips kejayaan. [Hek eh kejayaan sangat lah]. Elakkan mengguna gambar pertunangan, kekasih hati dan sebagainya yang berkaitan sebagai latar belakang desktop anda. Ini kerana, setiap kali membuka laptop, sekiranya anda berdepan dengan gambar-gambar berciri sedemikian, anda akan dibayangi kekasih anda lantas berasa hendak membuka laman web perkahwinan atau lebih seronok, anda berperasaan ingin berkahwin pada waktu itu juga. Maka anda pun malas nak layan kerja sekolah sebab isu perkahwinan lebih mengujakan. Cuba letakkan gambar yang berciri mengusik emosi seperti gambar ibu bapa anda. Jika anda sayangkan emak dan ayah, macam Saidamunira, anda pasti akan beroleh semangat untuk mengejar kejayaan seperti menyiapkan kerja sekolah dengan berkesan. Tak percaya boleh cuba. Itu pun kalau anda lebih sayangkan ibu bapa anda daripada orang lain di dunia. Hee.
Buat masa sekarang, saya masih lagi mengikuti bengkel pewasitan manuskrip di KTSN UKM. Memandangkan paper telah disiapkan, dengan bongkak saya pun berjalan-jalan di beberapa laman web. Ya, pasti bukan dengan berjalan kaki. Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia dan warga Malaysia yang penuh dengan semangat cintakan negara walaupun tewas malam tadi. Hubbul bilad minal iman (Mengasihi negara sebahagian daripada iman). Jangan pertikaikan gaya permainan, nama pasukan serta warna jersi yang dipakai atau apa saja. Kalau bukan engkau yang latih pasukan tersebut atau beraksi di padang malam tadi, jangan cakap banyak. Tak elok jadi orang yang pandai komplen. Macamlah dia hebat sangat.
Strive for success, baby. Bersempena bulan kemerdekaan yang bakal menjelang, apa kata kita memasang semangat untuk berjaya sambil itu kita akan turut memajukan Malaysia.
Em. Saya turut bersemangat untuk mengadakan janji temu dengan Muhammad Izzat pada petang ini. Harapan nampaknya boleh terpecah belah sebab bengkel ini seakan-akan memenjara saya sehingga pukul lima petang. Dengan itu, saya telah menyediakan jiwa dan raga untuk berdepan dengan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Scarlie akan menemani saya. Nanti kita pergi isi minyak dekat Petronas ye. PEACE!
Sekian.
wink wink ~.^
Léonard De Vinci (2019)
4 years ago
0 comments:
Post a Comment