The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 28, 2009

bedtime stories

hari ini saya melihat alam sekeliling sambil mengusap-ngusap diri sendiri dengan penuh kasih sayang.

story 1:
di tiang lampu dekat Kg. Baru sana sini ada banner bertulis "Sayangi Kuala Lumpur".
berjalan melalui tiang lampu tersebut sambil tutup hidung tahan nafas, mak aih busuk gila xpercaya pergi ah dekat Kg. Baru tu sana sini sampah. bangkai tikus pun bersepah-sepah kena langgar sampai lunyai.
tapi saya sayang rumah saya, tikus xada, kucing dah bunuh siap-siap.
saaayang kucing!! [tipu ni tipu].

story 2:
saidamunira bising2 mengadu sakit kaki lebam2 sebab 2 kali tersepak katil secara sendiri. [kaki saya memang bersepah-sepah, selalu dipijak orang dan selalu tersepak benda2 yang menyakitkan]
tadi terlihat seorang pakcik jalan xberapa smooth, skodeng kaki dia, ouch.
xsanggup lah tengok.
luka panjaaaaang, besar dekat area sama macam kaki saya yang lebam2 tersepak katil.
[ok, tersepak katil memang siryes xsakit langsung lah]

story 3:
asyiklah mengutuk kasut sendiri dah buruk, dah lama xbeli heels, salah beli kasut nike kale hitam, xada selipar baru, selipar jepun sudah haus, rasa mahu kidnap sandal nabila, etc.
maka, telah terlihat seorang pakcik xpakai selipar. [beliau bukan pengemis ye, nampak macam steady, kecuali part kaki].

story 4:
berhenti di satu bus stop, terlihat seorang lelaki berkaraoke sepenuh hati dekat satu karaoke machine. [sangat sepenuh hati, entah2 orang gila].
mengenangkan diri sendiri, saya boleh karaoke dekat rumah FOC, dengan emak yang sibuk betul cari CD itu ini kalau terjumpa kedai CD. untuk anak-anaknya karok. bukan untuk beliau nyanyi pon. see, emak mithali.



emm. ada lagi. tapi malas nak type dah. kang seperti memberi tekanan kepada pembaca. haha.

'mash & buch' mahu tidur - [xpaham xpe.]


okkk. xmahu kufur nikmat lah. alhamdulillah. PEACE!!

wink wink ~.^

Tuesday, May 26, 2009

I was

I was an undergraduate student of Dietetic course in Faculty of Allied Health Sciences, UKM Kuala Lumpur for 4 years.



the problem is,

I was.

not I am.


menjadi student sangat best lah daripada xmenjadi student lagi.
student lebih glorious.
oh oh oh.


xpe xpe. bukan loser pun xjadi student lagi.

[eh eh bukankah masih belum convo dan belum ada transkrip? yeyy, I am still an undergrad student lah ni!!]

wink wink ~.^

Monday, May 25, 2009

nak digimon jugak!!

saya sedang menonton Digimon dekat astro ceria.

oh oh. sangat touching lah skrip Digimon hari ini.

"kalaulah kita semua xada di sini,
kalaulah digimon-digimon tak ada,
tentu kita xkan tahu erti kehidupan".

"perjuangan kita xakan berakhir di sini.
kita harus teruskan berjuang.
kita semua akan sama-sama mempertahankan Bumi."

"disebabkan hati kita semua bersih,
kita dianugerahkan satu lagi kekuatan!
cahaya yang ada dalam diri saya adalah untuk semua!!"



errr.. saya mahu seekor Digimon lah.


wink wink ~.^

Saturday, May 23, 2009

terdampar di pulau

wahai blog yang dirindui. i miss you betullah.

oh. saya telah pergi honeymoon dengan Islami di Pulau Langkawi. cuti2 Malaysia yang gebon tapi sangat berjaya
mengatasi semua kegebonan. rasa sangat bangga sebab sudah master satu pulau tersebut tahu. em. macam berbaur riak. [jadi, xmahu honeymoon dengan suami di Pulau Langkawi lepas kahwin nanti. ttteeeett]

dengan menyewa sebijik kereta kancil manual [gambar xde, dalam camera Islami], saya automatically jadi driver lah. isi minyak rm30, siap berlebih2 lagi lepas pusing satu pulau. nampak sangat pulau tersebut xada besar manalah, small matter saje. [hoh riak lagi, xhabis2].

aktiviti adalah seperti di bawah, dan pergi tengok gambar di bawah beserta perasaan jeles [especially udeq the mastermind, xhabis2 aku ngan is sebut2 nama ko
, ada tersedak2 tak masa kerja? ;p]

tuesday
:

tergolek2 atas katil hotel ASEANia, sebab hotel macam mahal, so kena nikmati puas2 hotel tersebut.

petang pergi terjun berenang-renang dalam swimming pool.

then, pergi tengok sunset dekat pantai chenang. malam pergi jalan2 dekat kedai area chenang. then, balik hotel tengok tv. baru tahu ada cerita jehan dekat tv3. haha.

wednesday
:

plan chantek punya mahu pergi cable car. tapi tersesat ke Pekan Kuah. jadi, terpaksa shopping coklat.
teruskan perjalanan, tersesat ke Wildlife Park pulak. [gambar pose su
per power dengan ular dekat dalam camera Is]. xpe. layan je.

hai burung kakak tua, ini kakak muda

then pergi Dataran Lang, sebagai bahan bukti kami memang pergi Pulau Langkawi, bukan pulau lain.

helang tu sombong xnak pusing

petang pergi main-main dekat Pantai Chenang sambil berangan konon-konon tengok sunset dengan boyfriend masing-masing.

berangan, terkenang, susah hati sebab jauh dan merindui.


thursday:

pergi island hopping. jalan-jalan naik bot pergi Tasik Dayang Bunting, eagle feed dan Pulau Beras Basah.

kesian kan dayang pregnant tu xpasal jadi pulau.
[oh. yang depan ini belum kahwin lagi. j
adi memang xakan jadi macam pulau tersebut.]

seronok dikelilingi dayang yang bunting. eh?

terdampar di pulau. oh, jika dunia aku yang punya..

petang, sambung aktiviti, teliti map, dan xsesat lagi. terus jumpa cable car. 2 orang budak ini sangat bijak, pakai high heels pergi tempat ni. nasib baik xtergolek lah.

wuu. indahnya lah.

lepas turun dari cable car, pergi main-main dengan rusa.

ini rusa paling gemuk dekat situ

oh. malam sudah xmampu berjalan banyak. betis sakit sampai sekarang. jalan-jalan kejap pergi kedai, then tergolek menikmati bilik hotel yang best.


friday:
hari untuk pulang.

inilah hotel yang cantik tersebut

disebabkan flight petang, minyak kereta kancil pun ada lagi saki baki, jadi kami jalan-jalan masuk semua kedai dekat Pekan Kuah tapi xbeli apa-apa pun. hoho.

lepas tu, sebab minyak xhabis-habis lagi, pergi Galeria Perdana. best betul jadi PM. macam-macam hadiah orang bagi. [mulalah saidamunira berperasaan gila kuasa]

ini hadiah yang xberapa luar biasa


overall, best tu, bestlah. tapi sebab sentiasa terkenang orang jauh yang tiba-tiba masuk wad, memang best bercampur baur perasaan horrible.

pengajaran yang diperoleh ialah, kalau bercuti, sila bawa tripod.

ok. sudah. penat betullah update blog atas permintaan ramai ni. ;p

bye.

wink wink ~.^

Sunday, May 17, 2009

sakit pinggang

sakit pinggang + sakit kepala + selesema

=

tergolek-golek atas katil pun xada best sangatlah.




ucapan kepada diri sendiri;

semoga cepat sembuh.

tolong jangan jatuh demam.


[Allah sayang hambanya yang kuat daripada yang lemah]

wink wink ~.^

Friday, May 15, 2009

manusia

ada banyak jenis manusia dalam dunia.

ada lelaki yang berupa semacam maknyah [tapi masih lelaki] menaiki komuter memakai shorts menampakkan bulu kaki keriting serta berambut perang dan berkuku panjang gila seriously geli mahu tengoklah.

ada perempuan melayu pergi warnakan rambut dia colour putih sikit, kelabu sikit, perang sikit. eheh. seriously ada macam bulu ba alif ba ya lah atau NANGOI. haha. [nangoi tu pig lah tahu? okeh. xtahu sila pergi tambah vocab anda setelah baca entri ini ;p]


ish. banyak lagilah. tak berlaratlah kan mahu tulis semua.


bukan asal kejadian kita pun kalau kita pergi buat diri jadi xcantik lah kan?.



saya manusia yang macam mana?

oh. hari ini saya manusia yang bangun lambat,
lepas bangun pergi sambung tidur kejap [penganggur lah katakan],
sarapan kuey teow goreng berudang-udang yang dimasak oleh along,
minum MILO [sedapnya milo],
main dengan adam,
suap adam makan roti,
main lagi dengan adam,
mandi,
makan lagi,
dan..
pakai baju pink [ya betul, pink, xcaye sudah] - sebab pinjam baju along
pergi sambung kisah percintaan [kalau geli pergi baca blog lain]
dan balik rumah.
cantik kah?
kalau cakap tak, sila paksa diri cakap comel - [macam manusia xcukup kasih sayang pulak ;p]


ok. itu sajalah.


em. manusia itu?. insan. pelupa.

p/s:
happy belated birthday to angah
happy teachers' day to all teachers;
especially to all my teachers, both my parents, kaklong ina.

wink wink ~.^

Wednesday, May 13, 2009

jangan cepat perasan

diri sungguh lah perasan. sila boo diri tersebut. [boo. emm.. myboo-self i love you. eh xsanggup lah meng-boo diri sendiri secara berlebihan]

saya telah perasan bahawa diri sangat penuh dengan kasih sayang. bukan penuhlah, sebenarnya, sampai mengalir-ngalir. tapi, sebelum hari tamat dengan penuh perasaan gebon, nasib baiklah diri cepat tersedar. oh.

hari ini penuh kasih sayang sebab;

1. fida tolong membuatkan gambar ic saya untuk convocation nanti. dari backdrop warna biru guna tudung beliau, snap gambar, serta edit gambar, semuanya beliau.

2. saya xserik2 menjadi saprofit kepada mikochan [laptop miki] dan laptop-aeda-yang-tiadanama. thank you aeda, miki pun. ita pun. uh. ok. saya taubat. nanti saya xakan malas membawa Spongetop pulang ke KL.

3. berkongsi kasih sayang di swimming pool dengan nyna dan kak sal. kak sal student kelas tutorial renang yang berpotensi. clap clap clap untuk kak sal. nyna, sila cuba lagi serta tambahkan keyakinan diri. [ucapan tutor kolam renang yang kerek]

4. eni telah memasak makanan yang hebat malam ini. em, super hebat. lauk super banyak. alhamdulillah. [kenyang melebihi 4 jam tahu]. supermakanmakan.

5. kasih sayang semacam bertambah-tambah setelah saya gigih membaca buku. buku jambatan ilmu. [eh, baru perasan tersalah. pembetulan - memBACA jambatan ilmu]

6. twisTouch, laptop saya yang berada di perantauan memerlukan kasih sayang lebih sebab angah akan hantar dia ke kedai komputer. big boss ini mengucapkan semoga cepat sembuh dan jangan menyusahkan angah.

7. along texted me, beliau suggest barang rahsia kepada saya. em em rahsialah. tapi masih dikira sebagai kasih sayanglah.

8. farini yang telah mentioned lebih ramai memanggil beliau 'farini' daripada 'riny' phoned me dari kejauhan di korea. memang sangat penuh kasih sayang lah. :D


lalu, pada malam kejadian, saya telah mencurahkan kasih sayang saya kepada kawan-kawan yang lain. xbaik tamaklah kan?. sharing is caring.



TIBA-TIBA.. [sila baca dengan saspen]

udeq yang hebat telah mengundur diri daripada trip ke langkawi minggu depan atas sebab beliau akan bekerja sebagai dietitian BESTA di PPUM. tahniah udeq.

then, gebon was triggered in me. gebon gebon gebon. sibuklah kau gebon.



... and i am so dull to go without udeq. :( sob sob.

.. and macam saspen. mastermind xada. :'( uwauwawuwuwu

. and saya telah menamakan trip kami nanti sebagai 'Langkawi Gebon'. lantaklah kalau xcomel.


so, xmahu wink.

p/s: islami silalah jadi pembantu gebon

Monday, May 11, 2009

tua. bukanlah. dewasa

assalamualaikum.

oh. I realized: saya sudah TUA. 22 tahun boleh juga layak masuk kategori tua lah, bukan? [siapa yg lebih tua daripada 22 tahun, jangan sentap ok]

ok. saya salah. bukan tua. tapi sebenarnya dewasa.

semasa kecil, comel serta innocent dahulu, saya memandang orang yg berumur 20 years and above sebagai orang tua. eh. salah lagi. dewasa. jadi, semasa hari lahir ke-20 dahulu, saya telah berasa diri sangat dimamah usia setelah xboleh lagi bergelar teen. nineTEEN telah hancur musnah dengan twenTY. sungguh xcomel lagi. sungguh ancient. sungguh historic. sungguh lah.

tapi, setelah menjadi xberapa innocent lagi, sy berasa sangat xsalah menjadi tua lah. atau pun dalam erti kata lain, bukanlah xcomel menjadi dewasa.

bukankah bagus sebab telah naik pangkat setelah tidak menjadi budak hingusan lagi. remaja itu keliru identiti lah tahu? remaja mengalami Identity vs. Role Confusion krisis dalam hidupnya. jadi, sangatlah belum stylo menjadi remaja. hahaha. [saya sudah dewasa, sorry kalau terberlagak secara superb di sini]

tapi, menjadi dewasa akan mengalami Intimacy vs. Isolation. see. see see. bukankah sangat stylo. ;p

wah wah intimasi intimasi intimasi. eh. sepertilah budak ini gatal, kan?

saya cuma mahu mengingatkan kawan-kawan supaya jangan lupa menghantar invitation card kalau kamu mahu berumah tangga.

kepada siapa-siapa yg mula sedang ingin bercinta, saya sarankan anda membaca buku 'Aku Terima Nikahnya'. hahaha. [emm. kalau yang sudah khatam tu, ok, anda boleh bercinta secara "ERTI HIDUP PADA MEMBERI". ehem. ditujukan kepada siapakah itu?? siapa-siapalah. hehhhe]

wink wink ~.^

Sunday, May 10, 2009

emak saya


happy mothers' day to all mums especially to emak sy.

ok. memang emak xakan baca blog sy lah. PEACE!! sy tah
u.

emak sy seorang guru berumur 53 tahun. waktu sy kecil2 dulu, emak masih belajar di UPM. bila sy sudah besar, emak sy adalah cikgu yg sangat berdedikasi.

walaupun beliau bekerja, beliau sangat rajin memasak
. beliau sangat mementingkan makanan yg sihat. tapi, kalau bab masakan santan2, selalu pulak tu masak. maksud sy, beliau selalu memberi ancaman berbunyi "xmakan sayur nanti muka jerawat". [tapi sy makan sayur pun muka jerawat jugak. haih]

depan: Munir, Naima, Ida [over tau], Along
duduk dekat sofa: Emak, Angah, Belle, Bang It.

depan: Munir, Belle, Ida
duduk di kerusi: Maklong, Naima, Emak, Ayah, Kaklong Ina


* * * * *

minggu lepas, emak comel sy baru beli periuk magic. periuk macam non-stick pan, tapi bentuk empat segi, ada penutup. emak sangat excited sebab benda itu sungguh ajaib. boleh buat gulai, buat rendang, memanggang, buat kek, buat pizza, kukus kuih koci fevret beliau, dan etcetera etcetera. beliau mempromosikan periuk tersebut sebaik saja sy pulang ke rumah. beliau cakap:

"piuk ni kalau bakar ikan tak karsinogenik",
"piuk ni kalau masak sayur vitamin xilang",
"pakai piuk ni xpayah pakai minyak banyak",
"piuk mejik ni kalau masak gulai xsampai 10 minit dah siap",
"buek pizza guno piuk ni pun buleh".

haaaa. apo lai mak? actually kan, betullah tu periuk tersebut sangat magic tahu. masa birthday adam hari tu, beliau sudah beli bahan2 untuk buat kek nak test buat kek guna periuk tersebut. tapi along sudah pun bawak balik 2 bijik kek. so, projek kek tersebut was postponed lah.

emak digelar nenek glamour di sekolah beliau. tapi beliau memang pun lah kot gila glamour sikit, sebab bila adam lahir, beliau xmahu dipanggil nenek. beliau terus memberikan noun "Nenda" kepada diri sendiri dan "Tokdedi" kepada ayah. oklah. xapa emak. emak masih comel.

emak comel sy bukanlah kaki shopping ye. tapi, kalau cuti2 sekolah, pergi shopping dekat Mahkota Parade atau MidValley, beliau mesti akan beli kasut dan handbag. tapi xpernah pun pergi bershopping benda lain. xtahu kenapakah. lagi satu, minggu lepas, sewaktu emak meneman sy ke kedai komputer, beliau membeli pendrive. sy xtahu kenapakah emak perlukan pendrive sampai 3 bijik, tapi beliau xmahu even meng-switch-on komputer di rumah. semua kerjanya akan dibuat oleh ayah, Belle atau pun sy. [xapalah, emak lagi penat memasak untuk kami & membuat kerja rumah, kan?]

aih. sudah panjang menjela nampaknya. akhir kata, sy rasa sangat loser tanpa emak. sy sangat bertuah sebab emak sy adalah Puan Halimah bt Ahmad. [eceh, touching touching ;)]

Selamat Hari Ibu emak,
maklong pun, along pun lah.
and extra sikit: happy birthday to along [yesterday was her birthday].

wink wink ~.^

Friday, May 8, 2009

ajaib

tidur lena malam tadi, sampai xlalu mahu berpisah dengan katil goldilock. luckily ada kuasa ajaib. MILO. maka, terus bangun, mandi dan minum milo. woho, ajaib bukan?

oh. report semalam.

disebabkan aeda ada kuasa ajaib pandai memasak, semalam beliau telah memasak "Laksa menjadi Laksam". ajaib lagi bukan?

em. actually, mi laksa dimakan bersama kuah laksam.

cara-cara membuat kuah laksam:

rebuskan ikan selayang [ikan selayang ke aeda?], buang tulang dan kemudian tumbuk. [method sama macam laksa]

masukkan bawang putih, bawang merah, lada hitam yg ditumbuk ke dalam periuk. then masukkan santan. bukak api, kacau2. lepas tu masukkan ikan. tadaaaa.dengan ajaibnya kuah sudah masak. see, dah cakap, memang ajaib gila.

potong kacang panjang & timun. ini raw saje. xpayah masak. kalau mahu daun2 kesum lah bagai, letaklah sekali, ikut suka.

cili boh dan belacan yg dibakar letak asing. ini bila makan boleh letak ikut suka.

maka, bolehlah membuat kenduri makan2. kami pun makan. dengan ajaibnya mangkuk jadi licin.



selepas makan laksam pada pukul 6.30 pm, malam boleh juga makan nasi. [ikut perutlah kan]. jadi, semasa makan nasi, kalau ada bendasing dalam makanan anda, anda boleh membuat teka-teki berciri roda impian.

kategorinya ialah benda.

_ _ N _ A _ _

ini adalah bendasing yg termasuk dalam pinggan miki semalam. cebisan ajaib yg melayang akibat tiupan angin.

nyna, aeda dan saya ditewaskan oleh fida. [beliau sangat ajaiblah, semua teka-teki pun dia akan jawab]

malam yg sangat gembira, tapi akhirnya menjadi blur sebab xada laptop sendiri. wuwu.

dan apabila anda blur, rakan sebelah katil yg berhati luhur murni suci dan pandai bermain teka-teki menghulurkan sebuah buku ajaib bertajuk 'Aku Terima Nikahnya' dengan ucapan "nah, amik buku ni gi bace".

oh. sy baca lah. dan errrr. errrrrr. errrrrrrr. INSAF sikit. tapi xhabis baca dan terus tertidur. hehe.

ok. hari ini penganggur belum tahu aktiviti yg bakal dibuat selepas berjumpa Dr. Zahara kejap lagi.
sekian, terima kasih.

wink wink ~.^

Wednesday, May 6, 2009

ice skating

em. Arsenal kalah, wuwu. sedih sikit lah. tapi macam xsesuailah mahu bersedih kan. tengok bola pun tidak. ;p

bangun pagi sebab terfikirkan milo & swimming pool. udeq roger. turun swimming pool dengan udeq. tapi kecewa. sebab swimming pool tutup hari ini ye.


next plan, ice skating. overall, sy beginner yg memang amatur. tapi bolehlah kan.
boleh boleh boleh. tergolek berguling-guling atas ais tu memang cool tahu?

ini udeq skater yg hebat

[
gambar anda skating dengan hebat xde plak. malas mahu upload video]

di manakah skater yg mencari duit di dalam ais?

[
p/s: skating yg hebat xdapat dicapture atas sebab xnampak lah kan sebab bergerak ;p]

ida & aeda McGuyver ayu ;p heheh

the three hudas: udeq, huda madi, hafizatul huda

udeq. madi. ida. aeda

ok. akhir kata, sy sayang kawan2 sy dan juga gloves oren ini.

p/s: islami darling, oh. memang comel kan kami skating tadi? ;p

wink wink ~.^

Tuesday, May 5, 2009

i will remember you

hi people.

hi blog. sudah lama tidak bermesra.

in case u're wondering, actually i'm still at plaza rah. without twisTouch. without Spongetop. so, WITHOUT any laptops of mine. that's why i've been missing from blogsphere for several days. [cukupkah penjelasan itu?]

lepas habis viva tadi, oficially sy sekarang menjadi penganggur untuk beberapa hari. [iyelah tu beberapa hari] hehhh ;p.

viva yg sangat 'out of the box' tadi sangat gebon lah. my panels were Dr. Nik Shanita [she is my lecturer campuran aunty, jadi, perasaan sangat segan kalau berjumpa dekat rumah atok atau hari raya nanti. ergggh], A.P. Dr. Noor Aini [Head of Nutrition & Dietetic Dept.] and Tuan Haji Ridzoni [chief dietitian of HKL, merangkap chief dietitian of Malaysia].


ini gambar lepas talk Tuan Haji Ridzoni tadi.
[udeq was missing sebab pergi hantar aeda pergi hosp putrajaya.
wuwuwu]

so, here i want to dedicate this first song on the playlist to all my coursemates, housemates & anyone lah yg bakal menamatkan zaman yg glorious sebagai student. when i listened this song for the first time, i agreed that it is a potential graduation song.


I WILL REMEMBER YOU by Ryan Cabrera.


bye, mahu pergi swimming kejap.

[sy update blog guna laptop udeq. thank you dear :D]

wink wink ~.^

Saturday, May 2, 2009

masa yang berlari

soalan: nape xupdate blog?
jawapan : malas. [kan twisTouch sudah xada di sampingku. wuwu]


sekarang tengah rajin sikit. sikit saje.

hai bulan Mei.

[
sedang mengupdate sambil menonton abang faizal tahir. hai hai. :D wee.]



oh. sekelip mata masa berjalan dengan sangat pantaslah.



hari ini abib bertunang. so, abib is leading ye kawan2 pedas sekalian. lepas ini, turn siapakah? [
abib semakin cantik dan comel, plus beliau sudah kurus sikit. ;p]

esok pulak birthday adam afnan. kek sudah ada dalam peti sejuk. yey. esok kita makan makan dengan banyak.

hari selasa nanti, viva clinical. lepas tu, habis lah, officially menunggu convocation day saje.



kan sudah cakap, masa berjalan dengan sangat pantas. eh, bukan. sekarang masa xberjalan. masa berlari. orang yang tidak kuat lari tinggallah dekat belakang, ok?



. . . sy rasa sy merindui twisTouch. wuwuwu.


wink ^ [
boleh wink separa saje]

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.