The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 31, 2009

edisi merdeka

"1 Malaysia!", kata Adam.
[tak lain dan tak bukan, cuma hiperbola. bilalah masa Adam pandai cakap macam itu]


selamat menyambut hari kemerdekaan.

sedap betul cuti sampai kerja sekolah semua tak buat. sangat bijak dan bergaya. nak cuti tiap-tiap hari lah. barulah betul independent, kan? kan? kan?

selamat malam. nak tido.

nak cuti lagi. nakcutinakcutinakcuti.

esok takcutitakbest.

wink separa je.

wink ~.

Saturday, August 29, 2009

tribute to rendang daging

baiklah semua. nak sangat gambar rendang. ini gambar rendang daging yang saidamunira masak. no editing, bukan fake ini sangat real punya gambar ok. PEACE!!

rendang daging kebabom ajaib

rasa dia macam rasa rendang daging lah. tapi tak macam rendang emak masak. sebab emak masak rendang warna hitam.

ini kenyataan. saya pun macam tak percaya pada hari kejadian saya masak rendang ini dan rasa dia memang rasa rendang daging. sikit pun tak ada rasa macam rendang cap Brahim's. maknanya rasa dia real sebab Mikichann tolong tumbukkan bawang, halia, serai dan cili padi dengan super gigih.

actually sangat tak tahu apa dah jadi dengan diri sendiri. tiba-tiba rasa macam dapat kuasa ajaib memasak. maka tak lama lagi mungkin boleh kawen dah. bila masak selalu sangat berniat biar terlebih garam, sebab orang cakap kalau masak dengan garam overdose, dah nak kawen. hoh. ok tak tak saya tipu je. em em garam kena secukup rasa.

baiklah. sila tatap gambar rendang tersebut. siryes tak tipu. saidamunira masak rendang daging hari tu. haha. rendang ni dah habis.

wink wink ~.^

Thursday, August 27, 2009

rendang daging

.
.
.
.

saya dah pulih dari gebon. saya gebon sebab we [
encik Cessna & I] were planning to go to UKM Bangi petang ini. mahu buat macam-macam benda. pulangkan jubah konvo, ambil skrol dan submit GRA form [attention, GRA bukan O okay]. encik Cessna currently sangat sibuk. maka, tiba-tiba encik Cessna could not make it today. tapi adakah kamu tahu UKM Bangi itu besar dan saya boleh lost seorang diri di sana walaupun dengan arah tuju. okay. jangan merungut, jangan gebon. masalah selesai. esok boleh pergi dengan Islami darling. tengok tengok tengok. kawan memang penting dalam kehidupan.


marilah berkongsi sedikit.

silalah amalkan sahur. especially untuk kamu yang berniat mahu turunkan berat badan supaya kelihatan anggun jelita [
supposely kena niat jadi turunkan berat badan untuk menjadi sihat bergaya, lagi cool]. kalau tak sahur, kadar metabolisma akan makin turun, bila turun, maka energy kamu akan di-conserve.

eh rasa macam tak best nak taip benda-benda diet macam ini. maka tak mahu teruskan lagi.

oklah. eh lupa nak bagitahu. petang ini berniat memasak rendang daging. sekali lagi ditujukan kepada fida. jom masak rendang daging petang ni. heh heh.

* * * *

cancel berbuka puasa bersama, maka berpura-puralah gembira
eh, saya gembira lah sebab boleh masak rendang daging.
weee
[shot by camera hebat masa 2nd year dulu, sikit pun tak rasa bersalah main-main dekat klcc]

wink wink ~.^

Tuesday, August 25, 2009

selasa yang dijanjikan

assalamualaikum.

seperti yang dijanjikan, hari ini ada exam. tahukah kamu exam pagi tadi sangat @&%*&%$#@ ttettt ttteettt.

--siaran tergendala--



ok. pulih.

hari ini adalah kali kedua saya berasa emm.. rasa apa hah. tiba-tiba tak tahu mahu describe bagaimana lah. yeah, blur. like you dont know saja. wanita ini eh gadis ini sering saja blur.[encik Cessna kata, saya bukan wanita lagi. saya gadis. weewit. ;p] tapi degil tetap nak update blog.

gadis ini berasa teruja setelah pergi ke pasar membeli barang-barang dapur bersama Mikichann selepas exam tadi. [dahsyat ah terapi release tension pergi pasar you] bertambah teruja selepas merebus kentang sebentar tadi. menu berbuka kami hari ini ialah soto da bomb bersama begedil super da bomb. kejap lagi kita buat begedil sama-sama ok. [fida, anggaplah I tujukan ucapan ni buat you seorang. heh heh.].


akhir kata, saya mahu tanya kamu soalan.

"Does Mc Donald's or Burger King makes better burger?."

[
ini ada dalam soalan exam tadi, anda rasa? saya rasa, jawapan dia Carls Jr. instead of buat t-test, apa kata kita buat ANOVA pula] sungguh tak patut bukan? sampai hati buat research question macam ini masa bulan puasa. haih.

apalah punya akhir kata. sekian. take care, banyakkan minum air, kalau tak nanti bibir pecah macam bibir saya. bye.

wink wink ~.^

Friday, August 21, 2009

welcome Ramadhan

mari mengeblog dengan penuh keriangan. riang ria sempena Ramadhan. PEACE!!

1. kelas berganda-ganda sejak semalam. hari ini diumumkan on next tuesday ada midterm exam. EXAM exam exam. dah. taknak dengar.

2. udeq datang. pergi swimming dengan udeq dan jannah miki. ini kira macam sambutan sebelum Ramadhan menjelang. sebab tak tahu bilakah lagi boleh swimming. suit teletubbies memang dirindui lah.

PEACE sikit

ini udeq pulak PEACE!!!

berpura-pura menjadi ikan.
ikan PEACE kepada anda.

credited to jannah miki, ini kamera hebat beliau yang waterproof.
[tapi gambar beliau tak ada. wuwu]

3. petang kelas lagi. no comment. masih belum faham lesson tadi.

4. selepas kelas, meneruskan usaha gigih mencari kiub kayu untuk dibuat main dengan subjek-subjek research saya kelak. jannah miki penunjuk ke jalan ya
ng benar maka telah berjumpa kedai berkenaan. empat tong okeh kayu tersebut telah dibeli. only costs me RM 53.20.

beli empat tong, pakai cuma yang cube shapes.
super membazir.


5. kemudian pergi ke pasar membeli ayam dan sebagainya. ingin menempuh womanhood maka perlu berlatih dari sekarang.

6. pulang ke rah memasak tomyam campur. omai
god seperti di alam fantasi bukan? oh, saya sedikit pun tidak menipu anda. ini kenyataan okeh. saidamunira masak tomyam. tak caya sudah, pakwe kau dolah, ok dah jangan sambung lagi.

7. menyambut kedatangan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti berkaitan.

8. mengecat kiub kayu yang dibeli pada siang h
ari dengan girang. abaikan pembelajaran sempena midterm exam. mengecat kiub kayu lebih fun tahu.

girang sekali bermain cat. uh.

9. baiklah. syaitan kan sudah kena ikat, maka semua perlulah bergembira. Ramadhan makes me feel secure.



sekian laporan untuk hari ini. selamat menyambut Ramadhan.

wink wink ~.^

Wednesday, August 19, 2009

typical saida

exhausted sampai rasa macam kepala mahu meletup kebabom woh tak tahu begitu dahsyat kalau kepala meletup lah. uh.

sebab hari ini macam sangat hectic ke sana ke mari sampai berpuluh-puluh ribu langkah kot jalan separuh KL mencari kiub kayu tapi tak jumpa, lantas kecewa sampai tak makan tengahari tahu? [bukankan sangat ajaib saidamunira skips her lunch?.]

ok ok, keajaiban cuma sementara lah. lunch dengan waffle with peanut butter & chocolate. lunch okeh. eu serius pada waktu kejadian rasa macam hoyyeh saya akan kurus sebab energy expenditure exceeding energy intake sebanyak berganda-ganda.

oh, btw, forget it lah. bluffing cuma. sebab sebab sebab emm.. saiko lah tak makan nasi waktu lunch, maka telah makan ini semua selepas balik dan sehingga waktu ini:

1. ice cream paddle pop rainbow uih sedap betol
2. potato bun gebu dua ketul
3. bebola ketam seringgit tiga bijik
4. nasi kerabu sebungkus habis licin tak ada sisa okeh
5. murtabak ayam sekeping

kepada gadis-gadis underweight di luar sana ie farini, miki & fida bolehlah jadikan saya sumber inspirasi. keh keh keh.

em, akhir kata, makanlah dengan seimbang. PEACE!!. takyah contohi saya. lepas ni nak makan panadol pulak.

wink wink ~.^

Saturday, August 15, 2009

convocation: wuiyo cepat betol update. ;p

taknak kalah. balik-balik terus update blog. bukan excited dan sebagainya. cuma rasa macam kalau tak update malam ini, akan terus tangguh dan perasaan ada macam kerja tak siap. [see, sangat dedicated dengan blog. heh.]

malam sebelum kejadian. tradisi lah kan semua pun kena pakai jubah jugak. ini Jamila, sepupu chom saya. Jamila yang dah besar. Adib taknak amik gambar, isk, tak sporting ah Adib.

pada hari kejadian. ini muka taksiap, pergi rumah Adam chom dulu.

macam biasa. harap faham. Adam excited orang datang rumah beliau. heh heh.

* * * *

okay, lalu dengan gebon pukul 12.40 baru bergerak ke UKM Bangi. oh, macam biasalah, belum sampai dah gebon. bila dah sampai, pakai kasut ketak-ketak, [
watak paaaaaaling penting sempena konvo], jalan dari car park, lintas jalan, sampai depan gate UKM, okay. saidamunira surrender. langsung tak ada keyakinan dengan kasut tersebut. lalu terus pakai kasut kesayangan waterbird lavender pearl chomchom. [seriousssss kasut tersebut patut mendapat kasih sayang lebih tahu?]

emm convo yang sangat gebon, tapi macam entah apa-apa lah bukan. kerana macam sangat tidak vogue langsung [
according to pengomelan ibu bapa saya yang mendakwa convo ini langsung tak best compared to along's convocation dulu]. kenapakah sambil mengambil scroll orkestra boleh main lagu madu tiga, bukan gamelan atau cak lempong yang sangat beristiadat yang boleh buat saya rasa terharu berjurai air mata ke apa atas kejayaan dapat ijazah. ceh over. eh, sorry sorry, telah membebel. okay, stop dah. pergi tengok gambarlah.

oh tahu kan? ini adalah ibu bapa tunggak kejayaan.

ini keluarga yang ada pada hari kejadian. shot by ahli keluarga yang turut serta, abang It.

saddiq & fafa, cikeni & cikme, daiki & miki, dan errrr.......
[
anda boleh fill in the blank :D]
okay, boleh focus, siapa yang tak ada sejambak bunga di tangan?
keh keh, budak itu memang extraordinary.
[
encik cessna kata bunga macam do not suit me, makan lebih sesuai. ;p]

focus focus, sekali lagi jadi watak gebon sampai Miki kena menghulurkan kasih sayang. see.

sesi baling-baling gebon yang tak berapa jadi.
takyah kesian lah, kami dah cuba sedaya upaya. uh.

ex-classmate 5 Ibnu Sina dekat smkAp
saya, eni & ita

oh kepada kawan-kawan diet, kenapakah anda semua balik awal sangat lah? haish. telah terpisah dengan mereka semua sebaik sahaja keluar dari DECTAR. gambar bersama mereka tak ada pulak. makin berasa kasihan dengan diri sendiri. gambar dengan kawan-kawan diet semua tak ada sebab masa tu camera dekat ayah. [wuwuwu sangat rasa rugi lah]

watak gebon di sana-sini.
weeee sangat thank you sebab men-celebrate secara makan-makan.
saya sangat suuuuka. :D

dah balik pergi rumah Adam dulu.
Adam pun kena pakai jubah Makyang chom.

* * * * *

sesi acknowledgement.

make-up by along.
di samping itu, kakak mithali tersebut bagi saya sebijik cheese cake juga.
THANK YOU lah semua.
heheh.

sudah grad bukan bermakna dah boleh kawen, ok.

tak larat dah nak upload gambar. sekian dululah.

wink wink ~.^

kasut

em, kasut dah ada, cap hidung. beli semalam.


uh uh, pengkasutan memang menyukarkan kalau kaki sebelah size 4, kaki sebelah lagi size 5.

seriousssssssssssssss sangat sukar dan rumit, serious tak tipu seriousss.

kasut, tolong behave hari ini. jangan tercabut sembarangan pulak, okeh. I love you kasut, jangan khianati saya.

wink wink ~.^

Thursday, August 13, 2009

tahukah kamu?

oh tahukah kamu saya akan konvo pada hari sabtu ini?
tak tahu? maka sudah tahulah sekarang.

tahukah kamu lagi bahawasanya saya tak ada kasut konvo?
oh, dah tahu? oh, sorry, pengulangan memang membosankan. mari belikan saya kasut cantik sepasang lah, tolong.

lagi nak bagitahu jugalah supaya kamu tahu.
tahukah kamu button tempat snap camera hijau kesayangan sudah tercabut?
haa.
maka telah berasa loser sebab kamera sangat penting sempena convocation lah tahu.
telah berfikir-fikir, di manakah kan kucari ganti kamera. [kamera hempon takyah lah masuk list kamera terhebat. penat ah amik gambar nanti.]
sebab duit sendiri sangat disayangi untuk membeli sebiji digicam yang baru.
tambahan pula telah melupakan hasrat untuk buat muka kesian dekat ayah untuk beli camera baru.
[kan baru lepas dapat sebijik laptop baru hari tu, jadi kenalah menjadi anak yang bertimbang rasa, tak boleh merengek minta itu ini sebab sekarang sudah berumur 22 tahun, paham?]
tapi, tahukah kamu yang ayah yang penyayang itu secara automatik sudah membelikan pun sebijik camera baru petang tadi?
memang sangat yabedabedu lah tahu?

lagi, tahukah kamu ayah dan emak saya memang cool?

okay, sudah tahu pun. yey semua orang kena tahu ayah dan emak kami memang cool.

tahukah kamu bahawa ayah telah berpesan supaya kami selalu mempunyai rasa kasih dan sayang sesama keluarga? [heh. apasal tah touching.]

ok ok, lagi satu. ini soalan spot. tahukah kamu saya belum mandi?

wink wink ~.^

Tuesday, August 11, 2009

kucing emak

kucing ini bernama apa entah. mungkin bernama tam-tam. ciktam pun boleh. emak panggil hitam. tapi bila emak hantar ke pet clinic, nama dia jadi black. em, kadang-kadang saya panggil saleema sebab kucing sabrina the teenage witch macam ini nama saleem. saleema sebab beliau female, paham?

saleema bernasib malang. sejak kecil dipisahkan dengan ibu. emak ambil saleema dekat rumah kawan beliau yang berkongsi adjektif yang sama dengan saleema ie hitam. hahaha. [tak apa, cikgu hang lekuk tak baca blog]. beliau berpindah secara adik-beradik, tapi adiknya boobu telah mati dibunuh kucing penjahat jiran.

eh eh eh malas ah nak cerita pasal kucing. saya tak ada hobi membela kucing lah. ini kucing emak. cuma nak tunjuk kulit separuh botak saleema eh taknak panggil saleema lagi lah sebab tiba-tiba teringat budak AF nama saleema yang tak best tu. ok.

bulu ciktam kena cukur sebab ciktam underwent surgery. keh keh keh. abang vet sudah kasi mandul sama dia. malang sekali lagi beliau.

actually ciktam ni cerita last two weeks yang lambat update.

minggu lepas emak hantar cikbelang@haron pulak masuk hospital. sebab cikbelang@haron kena sakit batu karang. untuk pengetahuan umum, ada satu jenama makanan kucing yang famous, famous sangat, famouuussss,, I bet tanya apa jenama makanan kucing yang kamu tahu, mesti akan ada jawapan jenama makanan kucing tersebut lah. tapi tak boleh bagitahu sini. nanti saya kena saman ke apa, tak pasal kena lari ke luar negara tapi tak lepas sebab PTPTN belum bayar.

eh eh attention. pulang ke pangkal jalan. makanan kucing tersebut boleh buat kucing kena batu karang, tahu?

emak mendapati simptom-simptom yang dialami oleh Kitty our late kucing yang dah mati adalah sama dengan yang dialami cikbelang@haron [kalau mahu tahu jenama makanan tersebut, inbox me.]

ok. dah. takboleh cerita panjang. ayah pesan dekat saya supaya sayang semua kucing di rumah. tapi belum rasa mampu mahu curahkan kasih sayang sebab ciktam ni gedik manja suka hisap-hisap selimut saya, bantal saya, even baju saya. goli den.

dah. tekanan tak entri panjang?

wink wink ~.^

Monday, August 10, 2009

eh lupa letak tajuk tadi

assalamualaikum.

student tak boleh asyik gosip-gosip.

student kena belajar sambil main restaurant city saje.

done.


status sedang geli perut ie gebon.

siryes gebon tahap gaban sampai rama-rama masuk dalam duodenum dan usus semua.


esok boleh wink sampai bulu mata luruh pun tak apa.

wink wink ~.^

Saturday, August 8, 2009

Adam, walk!



recent photos of Adam. budak Adam ni muka comel tapi ala-ala rebeller, bukan?.


Adam, kamu ada masa seminggu lagi untuk practise berjalan okeh.


saya masih belum boleh excited untuk convo sabtu depan sebab masih tak ada kasut. pakai kasut ballet boleh kah? saya tak ada kasut tumit ketak-ketak, sebab kalau pakai sakit kaki, nanti kaki menangis minta dibelikan selipar jepun. tapi kalau pakai sandal high heels bukan kasut pulak lah. saya semakin hari semakin menyayangi kaki, sebab saya sudah jarang memakai high heels. kaki cuma dipakaikan selipar jepun, even sempena dating dan sebagainya. [mind you, bukan selipar jepun RM2.99, okeh]. semalam berniat membeli kasut di MidValley tapi tak ada hasil. kasut-kasut semua berciri not-into-saidamunira. oh bagaimanakah?

oh tahukah kamu, sebab tak ada berjumpa kasut, tapi telah terjumpa banyak roti sedap berkhasiat berkenan di hati. jadi, hasil ke MidValley seorang diri petang semalam adalah roti-roti sedap menyelerakan lalu dimakan dengan senang hati dalam komuter. [saya makan setelah mencari-cari amaran dilarang makan dan sebagainya, tapi tak ada, jadi bolehlah makan. wee. ;p]

I need to go shopping walaupun saya bukan kaki shopping. kaki memerlukan kasut untuk convo. [uh uh masih berasa loser selagi tak ada kasut cantik anggun jelita untuk convo.]

Adam, takteh takteh. [kesimpulan lari tajuk sikit]

wink wink ~.^

Wednesday, August 5, 2009

seakan membebel pulak. boo

blog terasa kecil hati kerana author telah mengabaikan beliau. oh dear my magical blog, saya sangat busy. orang dewasa banyak komitmen, tahu? blog apa kamu tahu lah? tahu menghabiskan masa orang dewasa saja. oh? [eh blog, takmo kecil hati, okeh.]

after a few hours, eh salah. a loooooottt of hours lah, menduduki kerusi plastik biru yang langsung tidak bergaya tanpa sokongan kusyen dan sebagainya, telah mengakibatkan bahagian tersebut agak sakit dan lenguh-lenguh. uh uh sungguh kasihan bukan?


* * * * *

baiklah. saya tak mahu menaip dengan lebih lanjut sebab komitmen terhadap insan tersayang harus dilaksanakan. bukan seperti gigih ke apa lah tahu. ini adalah side effects kepada insan yang banyak bagi alasan saiko takleh buat kerja sekolah dekat rumah, jadi weekend harus dipenuhi dengan aktiviti kekeluargaan etc etc, asalkan bukan on laptop untuk buat kerja sekolah. eh, siryes lah bila dekat rumah saidamunira rasa mahu menangis kalau on laptop dan menjadi gigih di depan ibu bapa.

bye. kerja sekolah masih belum siap.

tiada kerja mahu wink wink haih. oh sangat gebon.

p/s: kejayaan hari ini adalah memasak nasi ayam. makin sehari makin berkaliber di dapur. weeewit. ini semua sebab *tukang masak pro tiada di sini lagi. [* merujuk kepada fida & aeeda] - saya kipas anda ni. marilah datang memasak di sini darling. hoho.


eh. sudah pulih. okeh, sudah boleh wink.

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.