masih lagi nak ucapkan selamat hari raya dan dimaklumkan, saya tak ada mood nak buat kerja sekolah yang bersepah sana sini.
* * * *
esok plan mahu beraya dekat rah bersama rakan-rakan seciput tertinggal dekat ukm ni [yaaayyyyyy]
tadi dapat duit raya pakcik Karim bagi [double yaaayyyyy] - siryes dah buat muka malu-malu, tapi beliau tetap nak kasi nak buat cemana kan?
tadi atok dah discharged [triple yaaayyyyyy] - ini atok sob sob :(( atok sakit
* * * *
nak tido. yabedabedu selamat malam. siapa tak suka tidur dia abnormal.
sekali lagi diucapkan selamat hari raya wuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu nak balik rumah sambung beraya lah :((
suddenly tersaiko sebab homesick. bye. takleh wink.
Tuesday, September 29, 2009
selamat hari raya lagi
Posted by idatazira at 11:14 PM 3 comments
Labels: pragmatic
Friday, September 25, 2009
bukan saya yang kawen
saya tahu saya memang rajin.
em saya memang rajin SAYA MEMANG RAJIN UPDATE BLOG TETAPI MALAS MEMBUAT KERJA SEKOLAH.
ok semua, dimaklumkan, raya keempat pergi Terengganu, rumah Tokngah. ni baru balik. penat dah tidur saja dalam kereta. alangkah indah hidup setengah hari tidur dalam kereta hohh.
objektif ke rumah Tokngah adalah beraya sambil pergi wedding makngah Merah. siryes memang tak tipu nama dia makngah Merah. Amirah @ Atiqah. panggil Merah, siryes sesuai dengan nama makngah. sewaktu kecil dulu turut menjadi rakan sepermainan kami.
ini bulatan ahli keluarga seangkatan dari Negeri Sembilan Darul Khusus
kereta Paksha pancit dan ayah menjadi hero
kaklong telah ditipu oleh kakak tersebut hahaha.
mula-mula cakap rm70, skali bila nak bayar cakap rm150 pula
maka cari yang lain.
hoh, kami tak boleh ditipu semudah itu, kakak
*dengan ucapan kepada encik Cessna,
nak nak nak pelamin camni heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ;p
sebelum pengantin duduk, kami dah duduk dulu sebab mahukan keberkatan
hahaha
see, kan dah kata makngah Merah, sesuai kan?
the newlyweds
gadis ini sedang renjis-renjis makngah, bukan buat silat pulut ke apa
-harap maklum-
[gebon gebon gebon]
ini kek, tahu dah kan?
[ceh siapalah punya bon in pink tersebut]
dah malam, semua pun penat
tapi masih mahu main di pelamin pelamin pelamin lagi
hari kepulangan ke tanah air
otw singgah dulu di Pantai Kemasek yang panas ini
tak dapat saya beraya bersama smkApian tahun ini sebab pergi Terengganu.
wuwuwuwu
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 6:45 PM 3 comments
Labels: precious
Monday, September 21, 2009
colours of 1st Syawal 1430H continued
selamat hari raya semua.
untuk tatapan semua bagi menghayati hari raya pertama saya. [ceh bajet hot ;p] especially untuk tatapan angah di NZ dan along yang beraya di JB.
bagi mereka yang tak tahu, lepas family sebelah emak solat raya dan ke kubur, semua akan datang rumah kami. heh heh.
malas nak explain. semua faham kan, raya mestilah ceria dan gembira. marilah cekidout:
di kala orang sibuk di ruang tamu, budak korie & hafi ni sibuk mintak air sarsi campur air oren campur eskem soda
[like father like sons]
anak siapalah ini
[sedih betul tahun ni cuma mendapat duit raya ihsan wuwuwu sikit betol kau duit raya dapat :(( sob sob]
ida. naima. belle. munir di belakang. kaklong ina
the best enterframe man of the day, abang rafiq
[taniah taniah sungguh over di situ]
[sebut betul-betul soetoe ;p]
wush soto puan haziyah sodap woh
dah pergi rumah pakchek, nak pergi rumah atok belah ayah
sebelum pergi haruslah mengambik gamba lagi
the family portrait
munir, nuneng yang dah kurus, ida, ayah, emak, belle, naima
[beraya tanpa along, bang it, adam dan angah]
wuwuwuwu
scene: rumah atok belah ayah
the siblings yang tinggal
[woh sampai naik gila sebab bosan kekeke]
rumah atok ada benda gantung-gantung ni woo jakun betul kami
[that gadis in pink so FAT lah bukan? - gemok akibbat makan kuih tart]
okay dah, lepas tu balik rumah semula
[afif ini memang sah comel, afif lain tak berapa pasti comel lagi]
lalu pakteh meninggalkan anak-anak beliau yang baik dan comel ini sementara mereka berdating pergi beraya heheh
rumah jagaan kanak-kanak sementara ibu bapa mereka pergi dating beraya
berhenti dulu. nak mandi sunat hari raya kedua. eh?
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 9:06 AM 3 comments
Labels: precious
Saturday, September 19, 2009
colours of 1st Syawal 1430H
baru bersesi malam raya dekat Atokhouse.
cekidout cekidout:
sibuk betol sesi fotografi
the biggie biggie family
[tapi masih belum cukup korum ni]
gadeses
najwa. belle. nuee. adah. jamila. ida. naima. hilma
okay dah.
to angah, selamat berpuasa lagi.
heheh
Adam's family juga selamat hari raya
[p/s: wahai adik beradik, adakah anda perasan sesuatu yang penting dalam gambar-gambar di atas? ketidakhadiran watak tersebut ;p]
* * *
happy happy happy.
to all readers,
SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Posted by idatazira at 9:53 PM 3 comments
Labels: precious
Friday, September 18, 2009
tart gulung hari ini weee :D
malas nak cakap banyak. tontonlah gambar berikut:-
[macam sangat sesuai kalau nak bawak ke rumah mertua kan?]
okay dahlah. kang angah tengok kang dia nangis kang tak dapat makan kuih tart. specially dedicated untuk angah yang jauh. hehe
baiklah semua. mari menonton Nur Kasih.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 8:55 PM 1 comments
Labels: pragmatic
Wednesday, September 16, 2009
riverside dan jala
semalam buka puasa dekat restoren Riverside PWTC. best woo
roundsSsSs seterusnya terlalu kenikmatan makan takleh kacau.
ambil gambar apatah lagi.
Mikichann gadis paling sopan weewit.
perut beliau pun sopan, tak macam perut Saidamunira.
asyik mendambakan makanan tak kira di mana berada. PEACE!!
OK SEMUA DAH DAH MARI TUKAR TOPIK MENARIK
weewit lagi
clap clap clap
Udeq supervisor jala, Udeq ajar Saidamunira menjala dan lihatlah hasil penjala di atas.
hohoho
Mikichann pengkari ayam.
Apai pengkobis tapi tiada gambar pulak soriii
summary: kasih sayang membawa berkat. eceh tacing ;p
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 11:35 PM 5 comments
Sunday, September 13, 2009
lion king sob sob
ah goodie. sakit kepala ini serious. nak panadol nak panadol.
semalam keluar bersama kakak syera darling yang cantik. tapi tak ada gambar. baru tahu Kuala Lumpur adalah kesayangan semua orang, to be specific, Jln TAR and Sogo. apasal hah semua orang pun nak pergi tempat ini time kami nak pergi dating bersama. saya tamak wo. saya nak pergi Jln TAR dan Sogo dengan tenang ceria gembira takyah ada orang ramai-ramai sangat ni. ramai sangat sampai manusia nak jalan pun jammed lah. kan tak cool. lain kali taknak pergi shopping tempat murah macam ini. kakak syera kata nanti kita pergi tempat mahal, lagi baik. hoh. bak duet sini kak. em hasil pun tak menggiurkan. cuma berjaya beli tudung untuk ke sekolah. maka, malam tadi telah terpengsan akibat penat.
setelah bangun, I watched The Lion King at youtube. oh skrip cerita itu memang hebat men-touching lah. [ada orang tu nangis tengok Lion King hahahaha ketawakan dia]. dulu masa kecil dan comel masa darjah 1 kan tak berapa paham pun. tapi sangat addicted sebab akan pasang video tapes disney ulang-ulang tah berapa kali tengok tah nak jugak tengok lagi. sampai sekarang pun nak jugak tengok lagi. sahlah memang dari dulu sampai sekarang gadis ini comel. hihihihihihi comelnyaaaaaa nak raya ni tambah lagi comel ni. ;p
* * *
pepatah hari ini:
orang tamak selalu rugi bagai anjing dengan bayang-bayang.
orang pening memang macam ini puasa-puasa pun gila bayang.
dah tak paham dah ni. baguslah kalau beredar dulu.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 3:16 PM 2 comments
Labels: pragmatic
Saturday, September 12, 2009
kek batik kasih sayang
yesyesyes
self obsession sangat bila kelihatan kurus begini
hahaha
errr gadis ini buat kek batik kasih sayang semalam.
kasih sayang berciri kek batik bukan untuk encik Cessna ok, malah untuk Mikichann dan Apai
resipi kek batik kasih sayang:
1/3 ketul buttercup
berapa sudu makan tah MILO sihat dan kuat [6-7 sudu kot]
lagi sekali taktau berapa sudu tah susu pekat manis F&N [4-5 sudu lah kot, entahlah]
1 biji telur [serius ni 1 biji, ini memang ingat]
air sikit
biskut marie 1 tupperware berbentuk kuboid yang ~2 inci tinggi [adik beradik bekas taufufa]
cara-caranya:
cairkan butter
masukkan milo
kacau-kacau
kacau jangan gebon, memang dia berketul dan tak larut dalam butter
masukkan susu
kacau-kacau lagi
masukkan air sikit
kacau-kacau sebati
masukkan telur
kacau-kacau-kacau
masukkan biskut
kacau sampai rata
masukkan dalam bekas
sejukkan
dah. sikit je kek batik ni. boleh makan 3 orang saja.
ish kang tak letak gambar anda tak percaya pulak kan. baiklah baiklah. ini dia kek batik kasih sayang.
ok. nak, pergi buat sendiri.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 12:28 PM 5 comments
Labels: pragmatic
Friday, September 11, 2009
tajuk kurang senang: sembelit
assalamualaikum.
dietitian mahu bebel kejap. harap anda bersabar.
tajuk hari ini adalah sembelit. sembelit boleh jadi sebab tak cukup serat, air dan kurang aktiviti fizikal.
keperluan serat bagi dewasa adalah sekurang-kurangnya sebanyak 25 gram sehari. keperluan ini boleh dicapai dengan makan sayur, buah dan bijirin. berapa banyak, pergi google piramid makanan dan belajar menghayati piramid tersebut, okeh? tak boleh bebel panjang, nanti kamu pengsan ha cemana?
eh tambahan. sembelit juga boleh jadi sebab delaying the urge to defecate [i.e. menahan, alah macam kamu tak pernah buat lah, buat-buat innocent tu]. so kalau sakit perut jangan tahan-tahan ok, pergi toilet cepat-cepat. kalau berlari lagi bagus, elakkan sembelit.
kalau rasa-rasa macam sembelit, banyakkan minum air, makan makanan berserat serta lakukan aktiviti fizikal, bagi usus kamu tidak jammed disebabkan compaction oleh bahan tersebut.
dah. memang sah lah boring kalau membebel. siapa entah yang sembelit ni sampai kena buat entri berciri kesihatan di sini. hoooo.
that's all folks. good night world.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 1:14 AM 4 comments
Labels: diet oh
Tuesday, September 8, 2009
suka tak suka
saya suka bila
1. berada di rumah. rumah kan syurga versi dunia. macam mana hah kalau masuk syurga? mesti saidamunira laaagi suka. oh oh baiklah. jadi budak baik, ok?
2. tengok spongebob. hari ahad kena tengok spongebob dekat tv3 pukul 9.30 pagi. spongebob dekat tv9 tak best sebab sengau. channel nick pulak selalu tak dapat coverage, asik keluar kotak kuning kecik.
3. makan. ni takyah diulas dengan lebih lanjut.
4. naik kereta dengan encik Cessna. rasanya memang penuh dengan jantung. [heart, untuk yang lampi]
5. banyak duit. siapa yang tidak suka memang rugi. siapa kata duit semua tak penting memang tak boleh geng ok.
6. berada atas katil. semuanya atas katil. aktiviti atas katil semuanya best belaka. [jangan berpemikiran serong, ini warning]. buat kerja sekolah atas katil, makan biskut atas katil, even berbual di telefon yang melibatkan aktiviti jantung pun cuma sangat feel bila atas katil. tempat lain, out.
7. memasak. - - - -> oh ini sangat mengejutkan diri sendiri juga.
8. perkara-perkara yang meransang rembesan endorfin saya. semuanya lah kan dah habis cerita, takyah susah-susah tulis banyak-banyak.
saya tak suka bila
1. entri ini jadi panjang lebar lepas tu barulah rasa loser sebab kerja asyik buang masa main-main lepas tu kerja tak siap lepas tu sedih lepas tu berhenti menulis sebab terpaksa.
sekian terima kasih. [p/s: saya suka juga bila anda baca ini semua, haha.]
em, btw, saya juga suka bila sampai saya tua romantik macam ini:
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 10:12 PM 1 comments
Labels: orangeees
Sunday, September 6, 2009
si comot pulak
ini si comot makan McD minggu lepas masa buka puasa ok
ok, sedikit analogi.
sebenarnya si comot ni tetap si comel tapi si comel versi 22 tahun sedang makan McD.
eh tak sampai hatilah mengata diri sendiri begini walaupun kadang-kadang memang comot pun lah.
.
.
.
hmm macam menginginkan McD ni seriously.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 2:39 PM 3 comments
Labels: precious