saya suka bila
1. berada di rumah. rumah kan syurga versi dunia. macam mana hah kalau masuk syurga? mesti saidamunira laaagi suka. oh oh baiklah. jadi budak baik, ok?
2. tengok spongebob. hari ahad kena tengok spongebob dekat tv3 pukul 9.30 pagi. spongebob dekat tv9 tak best sebab sengau. channel nick pulak selalu tak dapat coverage, asik keluar kotak kuning kecik.
3. makan. ni takyah diulas dengan lebih lanjut.
4. naik kereta dengan encik Cessna. rasanya memang penuh dengan jantung. [heart, untuk yang lampi]
5. banyak duit. siapa yang tidak suka memang rugi. siapa kata duit semua tak penting memang tak boleh geng ok.
6. berada atas katil. semuanya atas katil. aktiviti atas katil semuanya best belaka. [jangan berpemikiran serong, ini warning]. buat kerja sekolah atas katil, makan biskut atas katil, even berbual di telefon yang melibatkan aktiviti jantung pun cuma sangat feel bila atas katil. tempat lain, out.
7. memasak. - - - -> oh ini sangat mengejutkan diri sendiri juga.
8. perkara-perkara yang meransang rembesan endorfin saya. semuanya lah kan dah habis cerita, takyah susah-susah tulis banyak-banyak.
saya tak suka bila
1. entri ini jadi panjang lebar lepas tu barulah rasa loser sebab kerja asyik buang masa main-main lepas tu kerja tak siap lepas tu sedih lepas tu berhenti menulis sebab terpaksa.
sekian terima kasih. [p/s: saya suka juga bila anda baca ini semua, haha.]
em, btw, saya juga suka bila sampai saya tua romantik macam ini:
wink wink ~.^
1 comments:
sbnrnye kan.. [nk tya ni..]
heart yg kte duk ckp2 tu.. mksd dia jantung ke hati eh?
Post a Comment