The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 31, 2009

twenty six point six

sedang menonton Sehati Berdansa. tapi teman sehati tak tengok sehati berdansa pun. Arsenal lebih disayangi lah [takleh kacau tu]

[woh stucked lama nih sebab rasa nak berdansa tapi belum ada pasangan. tersedih lah. :( eh?]

oh macam ini. saya ada masalah besar. kan dulu pernah bagitahu kan fat percentage saya macam ok ok sedap saja. - oh sedap pada saya sebab saya rasa macam lean.

sedikit maklumat:
normal range for fat percentage
female = 20-30%
male = 10-20%

okay now I need to inform something yang buat saya macam nak buat bariatric surgery. dulu kan fat percentage saya around 21-23% saja. tapi sekarang sangat mensedihkan apabila machine TANITA tu kata fat saya hari Jumaat hari tu 26.6%, which means, saidamunira menternak lemak rupa-rupanya selama ini.

langsung rasa seperti loser sekali. menangis pun tak mampu. tapi..

err masih mampu makan burger akak gemok dekat pasar malam tadi. lepas tu rasa macam lemak semakin meleleh-leleh, melimpah, eh bukan, melimpah lebih baik sebab dia terbuang juga sedikit sebanyak. ini bukan melimpah. tapi bertakung you. eh bukan bukan. macam jadi pembalut daging kot. macam kalau bakar dekat api pun nanti tak lut, habislah habislah die die die macam mana ni nak kawen banyak lemak macam ni heh? [eh, macam tak penting saja kenyataan tersebut bukan?]

scary kan lemak banyak. saiko dengan TANITA tersebut secara super.

em, Sehati Berdansa pun dah habis. tapi Arsenal belum lagi.

p/s to encik Cessna: sorry sebab saya gemok. nanti saya bersenam.

akhir kata,

BE AS LEAN AS POSSIBLE,
IT MIGHT PROTECT YOU FROM BREAST CANCER



oh oh btw, kalau lemak 26.6% pun bila wink tetap comel lah ;p

wink wink ~.^

Thursday, October 29, 2009

alien

perlu mencurahkan sedikit kasih sayang kepada blog ini. betul, sikit saja ok.

sesi laporan mingguan. selasa yang lalu, kami dinner dekat kedai kapal. apa entah nama kedai tu, tak pernah tahu pun lah. tapi kedai tersebut banyak kapal. kalau siapa-siapa nak makan western food yang sedap dekat Kampung Baru, boleh pergi kedai kapal ok. [
oh, tak. saja promote. kedai kapal tu tak ada bagi comission ke apa pun.]

gambar menunjukkan ahli makan malam kami.

keahlian biasa: Udeq, Apai, Jannah Mikichann yang Daiki dia asyik sibuk sampai dia demam batuk-batuk selesema tak keluar suara dah. kesian kan? [eh over pulak explain]

Aida yang singgah sebentar di KL lepas tu terus balik Terengganu woh jauh. ok takyah bagitau itu adalah ikan emas. Hasnan tuan ikan emas yang mengancam nyawa tapi ikan emas tak takut.
[eh, muka ikan emas macam sedikit alien, bukan?]


pada malam kejadian, kami mahu pow Hasnan. tapi akhirnya ada sikit hati perut, lalu sharing is caring sekali dengan Miki. tapi yang paling banyak kena bayar mestilah Hasnan, sebab Hasnan paling kaya, dapat gaji melimpah ruah tak ingat betul. beliau telah kaya sebanyak gaji empat bulan ok. bukankan sangat whoaaaa. [kepada individu yang berkenaan, silalah pow beliau, heheh ;p]

semalam, seharian ponteng kerja sebab study. heh, saja bagi kamu tahu saya pun rajin study macam kamu juga.

hari ini, lepas kepala macam sikit lagi nak meletup sebab exam dua papers straight 2 hours + 2 hours, saya pergi cucuk duit dekat ATM, kemudian pergi ambil barang dekat Sogo dan bagi duit dari ATM tadi kepada cashier. seronok banyak-banyak sebab suka bagi duit dekat cashier lepas tu saya ada barang baru. hee. [cakap pergi shopping kan senang. hish alien]

em em, sebab dah kata mahu curahkan sikit saja kasih sayang, maka saya akan berhenti dulu. kalau buat karangan panjang pun bukan ada siapa-siapa nak bagi bintang-bintang macam cikgu sekolah tadika bagi dulu bukan?

saya perlu curahkan kasih sayang kepada orang lain pula. blog bukan human. jadi kalau curahkan kasih sayang dekat dia pun bukan dia curahkan kasih sayang dekat saya semula. [haha apa entah alien ni membebel]. -semua pun nak benefit saja-. sekian bye bye.

eh harini birthday Naima lah. nak wish pun beliau dekat asrama. eh kalau dekat rumah pun belum tentu wish lah. haha. happy birthday lah Faremaq.

wink wink ~.^

Monday, October 26, 2009

Hasnan dan ikan-ikan beliau

tetiba rasa nak cerita pasal ikan Hasnan.

Hasnan dah dapat gaji. yang pelik, Hasnan beli akuarium dan ikan.

*Ikan lap cermin nama Jannah.


*Dua ekor ikan emas nama dia Ida & Torek. comel kan jadi ikan emas? [
tapi Hasnan cakap memang sesuai sebab ikan emas dia ketot-ketot je, ces]

*Ikan guppy, Hasnan tak bagi letak nama siapa-siapa. [
baiklah kami faham siapa nama sebenar ikan itu tttteeetttt haha ;p]


sambungan..

kalau nak baca sila klik. taknak baca sudah.

lepas ni Hasnan kena beli ikan lap cermin lagi seekor untuk tolong Jannah mengemas akuarium. nanti kami nak namakan ikan tersebut sebagai Udeq.

yang penting jadi ikan emas comel. nama pun "emas" okeh. [korang jelesla tu ;p]

haha. sukahati je.


wink wink ~.^

Saturday, October 24, 2009

hebat okay

hari ini sangat hebat sebab bangun pagi tadi walaupun agak tak berapa awal, tapi berjaya prepared breakfast yang macam hebat lah. which was cekodok. sarapan cekodok cicah dengan kuah gulai ayam memang sarapan yang hebat bagi saya sebab saya tak pernah buat benda macam ini walaupun dah 22 tahun lebih hidup. [kalau kamu rasa tak hebat mana, kamu mesti cemburu sebenarnya kan kan kan?] - ignore saidamunira semua, dia sedang perasan hebat ni.

eh btw kamu kena tahu, ia lebih hebat sebab sebenarnya saya tak balik rumah weekend ini. ini memang kehebatan yang macam ala-ala super ajaib sangat.

okay mari sambung bajet hebat lagi. Jannah Miki dan saya mengemas rumah hebat kami. sebab kami rasa tak hebat kalau tak kemas rumah comel ini. jadi, kami kemas dengan bersungguh-sungguh. rumah berkemas, baju dah basuh, dah lipat baju, yang lagi hebat, mandi pun awal tahu.

kehebatan disambung dengan memasak makan tengahari. dalam hati terfikir hebat juga menjadi suri rumah bukan. macam best lah. eh eh eh tak, cancel. saya tak boleh jadi suri rumah sebab nanti cenderung obes. sekarang banyak lemak dekat perut pun dah rasa sangat tak hebat. uh :(

eh macam panjang sangat pula bebelan. okaylah, dipendekkan. hebat tak habis lagi sebab petang pergi pasar malam beli aiskrim pulut. malam pula Udeq datang membawakan kek coklat untuk kami. terima kasih Udeq.

lepas dah taip-taip entri ni, saya rasa macam sebenarnya hari ni tak adalah hebat mana. sebab kerja yang sepatutnya dibuat pun masih belum dibuat lagi. asyik makan saja. makan makan makan lepas tu bajet hebat, padahal tak hebat langsung sebab fat pecentage sekarang dah makin naik, jadi takyahlah bajet hebat lagi. [eh emo?]

memanglah tahu pun saya tak hebat kan, kamu tu hebat sangat? [ehh emo betul, cakap dengan siapa tah ni, sendiri pun tak tahu]

o oh. we got exam this coming Thursday. [tetiba saspen] baiklah, rasa tak nak main dekat blog ini lagi. buzz off sekarang juga.

wink wink ~.^

Thursday, October 22, 2009

happy birthday baby

assalamualaikum.

pada setiap 22hb Oktober, a memory triggers.

10 years ago, when I was in form 1, pak itam passed away. hari tersebut adalah sangat menyedihkan, tahap super megabuster punya sedih sebab all of a sudden, pak itam sudah tiada. pak itam meninggal sendirian pada umur 29 tahun, ketika tidur. sangat mengejutkan kami semua. ajal dan maut siapa tahulah bukan. innalillahi wa inna ilaihi rajiun. al-fatihah buat arwah pak itam.

saidamunira sangat ingat waktu arwah pak itam bawa along, angah dan saya pergi Cameron Highland. [
best tahu pergi jalan dengan pak itam]. dan sangat ingat arwah pak itam ada video Mr. Bean yang beliau tulis "Pak itam punyo". baiklah. pak itam punyo. memang bukan kami punyo. heh.

ok ok tak mahu sedih. yang pergi takkan kembali lagi.

* * *


btw, hari ini mahu bagitau kamu semua. blog saya baru satu tahun. cepat, cepat wish dia happy birthday cepaaaaat :D.

heheh, comel kan, blog ni baru satu tahun, macam baby. eh memang baby pun lah.

even masih baby, saya bagi dia hadiah purse Guess ini. nah, with love baby. sungguh bertuah baby ini bukan?

nasib baik dia blog, bukan human.
sikap terpuji, dapat gambar saja pun tak ada komplen itu ini.
heh heh.


anyway, paparan ini adalah dengan niat harap anda memahami. [with best wishes, marilah bagi saya purse ini satu] em my purse currently is soooooo kasihan macam sangat nak menangis kalau tengok dia lah. betul tak tipu tahu. tapi tak mengapa kan, sebab kalau pakai purse mahal pun tapi dalam dia tak ada isi mesti lagi pathetic sampai nak meraung simpati. haha.

baiklah semua. usia yang meningkat, makin dekat kita dengan kematian. [tengah buat tangan nasyid ni]

pen off.

wink wink ~.^

Tuesday, October 20, 2009

iklan sabun sikit gedik ayam sikit

taking a few minutes for blogging. sebab blur tak tahu nak buat kerja sekolah tu macam mana. lepas update blog rasanya tahu kot nanti. amin.

ini family portrait
he he he he he he errr blushing ni :">

kadang-kadang nama dia Cessna, kadang-kadang Atromen,
tapi nama betul dia Izzat

saya selalu cemburukan gigi dia yang lagi putih daripada gigi saya.
sob sob.


* * *

oh, saya penat saya mengantuk saya mahu tidur. tapi kerja sekolah tak tahu nak buatlah.

btw kawan-kawan, kalau nak beli sabun boleh cuba tengok
kedai sabun ini.
BELI na jangan tak beli. [heh over pulak kempen].

hm dah update pun masih taktau nak buat kerja sekolah tu. aisemen. takyah buatlah, nak tidur mimpi insan kesayangan lagi berfaedah bukan.

eh lupa nak bagitau. malam ini saya happy main dengan udeq. tengok ini. :D ceria gembira lah.

wink wink ~.^

Monday, October 19, 2009

artis tag saya

Katijah Ibrahim tag saya. betul, nama dia Katijah Ibrahim. macam artis kan? jom jom kita layan kak Kathy. saya pun dah lama tak bermain tag.


1-NAMA TIMANGAN ANDA


ida. ida roda. [?]
-question marks dengan niat bagi nampak macam roda tersebut aneh, jadi tak perlu aplikasikan ya kawan-kawan.


2-ANDA SEORANG YANG

cool kata Jannah. hot kata Cessna [eh eh? btw ehem. ;p]. em yang sebenarnya ialah seorang yang makan banyak macam monster.

3- INSAN TERISTIMEWA

ibu bapa penjaga dan keluarga. juga bakal suami.

4- LAGU KESUKAAN ANDA

hari ini suka lagu Lucky. dua hari lepas suka lagu Thinking of You. tapi hakikatnya suka lagu I Love You yang Barney nyanyi. serious suka walaupun fizikal Barney tak berapa memainkan peranan. gemok, berupa paras raksasa, tapi saya tetap suka. saya tak memandang luaran. eh tetiba?

updated:
ini serious. malam ini saya suka lagu Always Be My Baby by David Cook. yey :D

5- MAKANAN KESUKAAN ANDA

makanan rohani [sambil buat tangan nasyid].

6- SIKAP YG BUAT ANDA STRES

sikap seorang undergrad student yang kami namakan Tong. Tong ini berlagak best dan sangat bossy dengan aku sebab tahu aku sebaya dengan dia lepas tu macam bagus tak ingat. ingat aku siapa Tong?. [eh emo pulak. kan dah kata sikap Tong buat saya stress. dah dah, tak baik emo, nanti lambat kawen cemana?]

7- WARNA KESUKAAN

oren yang cantik.

8- TAG 6 RAKAN ANDA

nak tag jannah seorang lah [dengan niat mengenali rakan sebilik dengan lebih mendalam]. PEACE!!
p/s: jannah buat cepat, nanti minggu depan dah nak exam nanti banyak pulak alasan. ;p buat cepat sambil bosan-bosan tunggu Mr. Daiki pulang dari on call okeh babeh. :D hehh

wink wink ~.^

Thursday, October 15, 2009

berdua lebih baik, habis tu single tak baik?

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

tadatadatadaaa!!

berdua ni, baik tak?

tapi saya single sebab saya belum kawin.

sekian.

wink wink ~.^

Tuesday, October 13, 2009

before taking my bath

hi world. [awal-awal lagi dah bajet hot macam satu dunia baca blog dia]

jika hari dimulakan dengan heart rate yang tak berapa stable sebab ada faculty level proposal presentation di awal pagi, anda harus buat-buat cool. sebab walau apa pun yang terjadi, bare in mind, bahawasanya supervisor kamu penuh kasih sayang terhadap kamu. oh tak faham takpa sebab langsung tak ada menjejaskan hidup kamu pun kalau tak faham lah. [start assuming baby, saidamunira ini messy, serabut, dan mungkin beliau ada gangguan mental sekarang ini]

read this if you really tak ada kerja saja, okay?

for my research, ada banyaaak banyak banyak komponen. dalam super banyak-banyak-banyak komponen tersebut [hiperbola, saidamunira mahu bagitahu yang kerja dia macam banyak sangat lah, maka harap faham] satu daripada intervensi yang akan saya jalankan adalah latihan kognitif. we will suggest our subjects to read al-Quran as part of leisure activity at home.

but then kan, ada profesor ni kan, dia argue.

"Does reciting Quran alone, without understanding what you read is part of cognitive training?"

..tapi beliau sangat mempercayai bermain mahjong berciri sangat cognitive training you.

em, btw, please do not argue. reciting Quran has its own power I think. not only in my thought lah bukan. dalam hadis pun ada. [err tapi tak tahu bagaimana bunyi hadis tersebut, mungkin perlu tanya Dr. Noor Ibrahim yang tolong back up student comel ini masa Q&A session pagi tadi] - oh, kejap-kejap bajet hot, kejap-kejap bajet comel. oh, sukanya sebab ini blog saya, maka saya boleh bajet apa saja.

baiklah pembaca budiman dan budiwoman.

actually I'm totally penyet sekarang sebab lepas seharian postgrad seminar hari ini, saidamunira et al. telah pergi makan angin di samping makan Carl's Jr di MidValley di mana train komuternya sangat pathetic dan mempenyetkan.

perlu pergi mandi untuk tidur yang lena laksana baby comel. assalamualaikum.

wink wink ~.^

Saturday, October 10, 2009

sedikit

sedikit gambar, dan sedikit kisah.

Kak Diyana sudah kawen. Kak Diyana kawan angah. Kak Diyana kakak Khairul.

ini kawan-kawan saya, Sara & Pikah


ini pun kawan saya juga, Khairul. beliau watak penting tadi sebab baru 23 tahun sudah boleh nikahkan kakak dia.
[it is a GOOOOOOOD practice for his akad later. :D hehe]

kan dah kata, sedikit kisah saja.

wink wink ~.^

Friday, October 9, 2009

roda

assalamualaikum.

it is time to be sad. tapi, jika menunjukkan kesedihan, entri akan hodoh.

roda hidup kan terus berputar
masa tua kan terus mengejar
usah terlalu genggam yang lalu
biarkannya di situ

nah. tetiba. jiwang edisi plagiarism. pinjam ayat abang zamani rambut lurus.

di kala sedih perlu meceriakan diri. tapi masih berfikir.

memori tak leh senang-senang dibuang walaupun manis. can not can not can not.

mungkin saya patut biarkan dia di situ. sebab nama komersial saya juga ida roda. roda bergolek-golek. lepas ni mungkin boleh tukar jadi ida roda saja takyah idatazira yang macam gedik ayam tu kot. haha. [eh tetiba ketawa dalam kesedihan.]

good night world. - deep burning inside.

eh bolehlah wink. bukan sedih sangat pun lah. maka entri tak adalah hodoh seperti yang didakwa. :D

wink wink ~.^

Tuesday, October 6, 2009

nyanyuk sangat menakutkan

sangat annoying lah bila nak makan ayam goreng, goreng sampai tiga kali baru boleh makan. ceh. kamu tak tahu goreng ayam kah atau barangkali ayam tersebut minta dibuat rendang, bukan ayam goreng. hmm.

kehidupan bukankah sangat menarik. esok diberi task membuat deoxygenated chloroform dan deoxygenated methanol. sebagai gadis dengan background dietetic, gadis ini perlulah berasa super gebon untuk menghadapi hari esok. maka, sebaik membuka mata esok, perlulah berdoa panjang supaya esok menjadi hari yang baik.

sebagai gadis [blah lah tak habis-habis promote diri gadis] berusia 22 tahun 6 bulan, saya mahu memberi pengetahuan am kepada pembaca tentang prudent diet yang boleh elakkan kita jadi nyanyuk kelak:

1. makan banyak ikan. minyak ikan omega-3 memang baaagus untuk otak.
2. makan banyak sayur hijau dan makanan yang kaya asid folik ie breakfast cereals.
3. makan banyak buah-buahan & sayur-sayuran yang kaya vitamin A, C, & E. semua ini antioksidan.

SAYA KATA MAKAN, MAKA SILALAH MAKAN. SIAPA TAK MAKAN NANTI DIA CEPAT NYANYUK PADAN MUKA.

kamu perlu tahu, recently saidamunira asyik makan daging dan ayam saja. hari ini makan kambing ziyad anak buah udeq pula lagi. dah lama tak makan ikan lah. hasilnya hari ini jadi nyanyuk.

hari ini saya tinggalkan dua bijik handphones cantek-cantek dekat lab. siryes cantek. dua ketul disusun stacked. tinggal begitu sahaja. siryes nyanyuk. jadi nyanyuk sungguh tidak menawan ok.

luckily kehidupan dikelilingi insan berhati luhur. maka handphones masih cantek disusun tanpa diambil orang. ini bukan kejadian pertama lah. last two months masa pergi workshop dekat hotel, boleh tersepahkan handphones bawah meja lagi. entah mengapa baru 22 tahun dah nyanyuk begini. sungguh pathetic. oh. :((

..

ok. sekian dulu. marilah makan ayam goreng. bukan ayam goreng kfc saja yang sedap. ayam goreng tiga kali pun sedap juga. esok-esoklah makan ikan goreng pula.

wink wink ~.^

Thursday, October 1, 2009

tragedi Oktober sangatlah tu

hola people.

perut saidamunira sedang tegang [tipu ni tipu, kata ada spare tyreSS], baru lepas makan nasi himpit dengan kuah kacang udeq dan rendang emak yang dikasihi. sangat sedap berkhasiat you, walaupun nasi himpit tersebut 30% macam nasi, tteeettt. [kepada yang berkenaan, lain kali rebus nasi himpit baca bismillah okeh darling ;p].

sungguh hari ini tragedi Oktober lah. sebab kerja sekolah berciri super duper mighty apa lagi hiperbola kepada banyak sangat, bagi sini haa. lepas itu lecturer cantik tambah lagi kerja sekolah tadi. kenapa entah kelas tadi belajar pasal quality control. totally not into me lah.

saya suka kira energy requirement, protein requirement, enteral product apa nak guna, kira feeding feeding feeding tulis tulis tulis tulis dekat bed head ticket, signature, stamp, dah, blah. seriously kerja itu lebih menarik dan lebih dirindui. :(( sob sob. siapa entah suruh jadi student semula, maka silalah tabah.

rasanya mahu tidur. tapi terasa my stomach yang comel ini is HUGER than HUGE. olomookkk gomokkk buncittt langsung tidak menggoda. oh oh.

esok hari Jumaat yang mulia lagi dikasihi, dicintai dan dinanti.

selamat hari raya lagi. suka hati author lah nak ucapkan selamat hari raya lagi. :D

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.