[tengoklah. entah berapa ketul entri nak post dalam sehari.]
actually I was trying to read a journal, for the sake of my unfinished manuscript. tapi tapi tapi, I was just trying, not tring hard. argh. saya tak larat seriously macam nak terkeluar biji mata ni, even baru baca sikit. sebab tulisan tu bukan font kegemaran, saiz juga sungguh membencikan. kecik sangat, siapa suruh jimat kertas sangat pergi print multiple pages. ini adalah sangat tak wow, tahukah? justeru, saya takmau buat manuskrip hari ni. kalau tak, kejap lagi mata boikot saya, lepas tu dia nangis terus takmau stop. baiklah. jadi, lupakan manuskrip tersebut.
tapi lagi, membaca novel Breaking Dawn tu takda pulak feeling membencikan macam situasi tadi ye. em. ini disebabkan those wordings and everything sangat appealing to my eyes, brain and heart.
ini dah macam mengsia-siakan hujung minggu tak balik rumah ni. sebab tak buat pun manuskrip. kes berat ni.
ok. enough. salam maulidurrasul. btw, ada satu soalan. Rasulullah lahir tahun apa?
maka, jawapannya tahun GAJAH. see. gajah lagi. gajah memang popular lah. takleh lawan. hoho.
wink wink ~.^
Friday, February 26, 2010
lagi entri untuk hari ini
Posted by idatazira at 10:32 PM 3 comments
Labels: pragmatic
so far from home
lagi sekali.
hati tersedih sekali gara-gara homesick. :( tak cukup. :(( pun tak cukup.
you know, saidamunira jarang sekali menjadi positif ketika keseorangan. everything is upside down when she is alone.
maka, sekarang telah letak lagu Once In Every Lifetime dekat bawah sana. supaya setiap kali buka blog ini, boleh feeling lebih. sebab lagu tersebut ada words "so far from home". [padahal Semerbok dengan KL bukan so far kalau compare dengan Auckland, bukan?] kalau anda takmau dengar tekan stop, okay. sikit pun tak paksa anda dengarlah.
tahukah hari ini telah mendengar lagu ini saja sehingga sekarang. berapa kali entah. this is typical saidamunira.
sambil mendengar lagu ini, saya teringin nak menunggang naga balik rumah. okay sebelum fantasi bergerak lebih jauh, saya ucapkan bye bye.
sekian.
Posted by idatazira at 5:20 PM 2 comments
Thursday, February 25, 2010
urgh.
As human and weak, the only thing I'd been able to do was keep going. Endure. Survive.
Nak jadi werewolf perempuan lah. sebab macam gagah. tapi sikit pun tak ayu. hmm. lepas tu kena get ready tukar-tukar dari human pergi jadi werewolf. em. tapi werewolf tak pakai pakaian okay. so, cancel lah, sebab macam susah je, fitting room bukan ada di mana-mana bukan?
kalau jadi vampire perempuan, macam Rosalie blondie, immortal. beautiful. bijak sangat sebab entah berapa tahun boleh pergi sekolah, belajar benda sama beratus-ratus tahun. takyah buat master. tapi bijak sepanjang masa. hoh. tapi, jadi perempuan batu, tak boleh dapat baby lah. hm.
jadi little mermaid. [oh little? you can judge. by yourself.] taknak. encik Cessna mesti tak bagi. little mermaid seksi.
masuk power rangers pulak lah. hm. takda power ranger oren lah. pilihan yang ada cuma kuning. olo. power ranger kuning tu sikit pun tak gagah. kena tembak dengan raksasa je dah goyang-goyang. tapi best lah, sebab ada pistol magic. tak boleh tembak raksasa pun, boleh guna buat tembak kera yang datang makan buah jambu dekat belakang rumah tu.
okay. semua tak best. sebenarnya sekarang saya rasa macam nak jadi isteri. aduh. tak. [takde idea nak jadi apa.]
bye.
taknak wink.
Posted by idatazira at 8:27 PM 3 comments
Sunday, February 21, 2010
friday, saturday, sunday
begini. [eh tetiba.?]
FRYday:
1. I went to HUKM with Udeq. [big thanks for the ride]. oh. isi penting ialah, I met someone special. [ehem ;p] macam terlupa nak bernafas sebab adrenalin melimpah ruah secara banyak dalam badan. kalau tak banyak, dia tak lah melimpah ruah. Udeq saksi kejadian. haha serius sangat saidamunira terus gebon sampai kena stop bercakap sebab nak tarik nafas. err. [but no worries eh my Cessna. old friend, old memories.]
2. then, went to Sogo sampai lupa nak bekerja. walau bagaimana pun, saya terselamat daripada membeli belah.
3. ini yang paling seronok - berjanji temu dengan encik Cessna. kami tak sehati, sebab kami bukan kembar siam. tapi kami sejiwa. [argh]. kami terpakai sedondon okay. TER. tahukah "TER" itu is not planned? kejadian macam ini dah banyak kali berlaku. jadi, kami memang sangat berbangga dengan pencapaian masing-masing. hehehh. ;p
Saturday:
sibuk sibuk sibuk sampai tak boleh tulis word selain sibuk.
Sunday:
kenduri doa selamat angah & aqiqah baby Jijie, adik Jamila, sepupu kami. gambar, lain kali. sebab episod kali ini macam nak letak gambar pasangan tak sehati tapi sejiwa tersebut saja. haha.
sekian. nak tengok Merlin.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 9:00 PM 4 comments
Labels: perfecto
Wednesday, February 17, 2010
peribahasa, simpulan bahasa
assalamualaikum. eh macam dah lama tak bagi salam lah.
well, hari ini macam boleh blah sangat mengantuk. tapi tak merasa pun jadi orang mengantuk disorong bantal. instead, jadi orang mengantuk disorong baulu. mengantuk, makan baulu. tetap mengantuk. oh. terima kasih Udeq atas pemberian baulu tersebut.
disebabkan jadi orang mengantuk disorong baulu, hari yang mendung macam mengikuti mood orang mengantuk. cuaca pun macam mengantuk lah hari ni. plan kami nak pergi jog dekat Tasik Titiwangsa pun tergendala. bukan setakat tergendala, but it was replaced with sleeping. great. [lemak bersorak kegembiraan]. tidur sampai maghrib. tak baik macam tu. encik Cessna pesan, jangan tidur petang. nak buat macam mana?. habis tu kalau mengantuk, takkan nak makan baulu, bukan?
mengantuk ini adalah tempias semalam. semalam sangat memenatkan. pagi-pagi lagi kekasih hati yang wangi sangat kejutkan bangun supaya boleh keluar dengan rakan-rakan [ini bodek, so no need to be extra proud of the statement okeh, Tiger]. and the day was great. majority were my classmates. termasuk farini's Moshimoshitta. bila tengok beliau, terus wonder, Farini entah-entah tengah kesejukan keseorangan dekat Korea. kesian, kekasih hati beliau jauh. [hoho saya kadang-kadang memang caring tahu? ;p]
okay. fokus kepada tajuk sekarang. baiklah.
memandangkan saya kini berada di menara gading, siang tadi kami berbincang.
"kenapa menara gading?"
I assumed, menara gading ni macam menara berbentuk gading, kira hebat, maka disamakan dengan universiti. boleh? Udeq & MikiJajan pun fikir berkali-kali. tapi tak jumpa jawapan, kenapa gading? apa kaitan gading dengan universiti heh? gading daripada gajah. gajah apatah lagi? eh tak faham lah kes peribahasa macam ni. peribahasa orang mengantuk disorong bantal tu bagus, straight forward, terus faham. menara gading - langsung lost.
bila sebut pasal peribahasa, image Karam Singh Walia terus appeared in my mind, you know. I wondered, dari mana beliau belajar banyak peribahasa macam tu?
baiklah semua. sebelum kita bersurai, ini ada lagi satu peribahasa:-
"hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah"
terus tak faham, kenapa gajah hot sangat? [siapa nak makan hati gajah? kuman? euww, this is soO eerie]
moral: maka, hargailah gajah. jangan biarkan gajah pupus. nanti makin susah nak explain peribahasa dekat anak-anak kita kelak kalau gajah tak ada. [woo. tak pasal entri ada unsur moral hari ini.]
sekian. bye bye.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 11:36 PM 16 comments
Labels: pragmatic
Monday, February 15, 2010
fifteen.
ada sesuatu dalam kepala yang mengganggu. tapi dia bukan macam ketumbuhan otak tu. bukan. tak ingin yang itu pun.
I'm not saying that it is worse than brain tumor, of course not [sebab sejak bila saya pernah rasa brain tumor? so memang it is better than brain tumor lah ni, walaupun macam teruk juga.] well, gadis ini sangat suka buat statement kurang keyakinan, as well as gedik that I can choke myself. eii. kenapa sekarang sangat emo, entahlah.
the case:
my brain keeps wandering around. still can't even find the cell or neuron which is needed to make a decision.
I'd love to be in denial phase. unfortunately, that DENIAL would hurt a heart. or maybe more than one heart. [heart, hati. bukan jantung okay]
you know, sometimes I'd LOVE to invent my own novel inside my brain, too.
p/s:
actually I am fine, don't worry about me eh. ;p [in case kawan-kawan yang caring risaukan saya, hee ;p] - bajet hot, macam semua orang care dia. hehhe.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 9:41 AM 8 comments
Labels: pragmatic
Saturday, February 13, 2010
hot-panas. bukan hot marah.
I was nearly roasted today. oh. negaraku sangat panas lah. anyway, I appreciate my country, where everything is normal. day and night, sun and moon..
* * *
I am not sure whether my age had turned me into a better person. and I am not sure, whether 23, which only a number, had turned me into a woman. well, of course not. I simply being MYSELF, with a lot of weaknessES. and that MYSELF is so childish on others' perspective. sometimes, it is MYSELFish.
"Childhood is not from birth to a certain age and at a certain age the child is grown, and puts away childish things." -Edna St. Vincent Millay
I haven't put childish things away, yet, even my age is becoming 23 soon. hm. maybe I am neither a woman nor a child. I am a teenager - not knowing what's best for her own self. [eh tapi dah nak masuk 23 tahun hidup, mana boleh jadi TEENager lah. TWENTager okay kot?].
do not wish me "welcome to womanhood" until my wedding day [yang taktau lagi bila].
sekian. saya nak minum air. hari ini sangat panas, and weather affects me a lot, you know? - in negative way! okay, bye.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 6:22 PM 4 comments
Labels: pragmatic
Thursday, February 11, 2010
headphone pun ada teman lelaki.
eh nak tahu tak. tadi gedik. eh mengaku.
tadi beli headphone berpasangan. bukan, bukan beli headphone dengan pasangan lah, bukan itu. tapi membeli headphone beserta pasangannya. maksudnya headphone dibeli sekali dengan teman lelaki headphone.
headphone saidamunira warna oren, of course lah. teman lelaki headphone tersebut warna biru. nanti teman lelaki headphone akan dibagi kepada teman hidup.
eleh, tu pun nak kecoh.
ok. dah. bye bye. ;p
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 10:18 PM 5 comments
Labels: perfecto
Tuesday, February 9, 2010
Cessna's 24th
it was so tiring today, though it was a great day.
my Cessna gave an assignment today, which is MIG-29. so, as I reached home after great dinner, I straightly went wiki je. :D
now I knew. MIG-29 is a 4th-generation jet fighter aircraft designed in the Soviet Union for an air superiority role.
ok dah MIG-29. enough enough. ini bukan blog genre jenis-jenis kapal terbang.
you know, encik Cessna tu sangat suka birthday beliau yang ke-24 ini. eh dia suka betul, bukan sikit-sikit punya suka lah. I'm too glad that he was having that kind of happy. tapi, berdasarkan teori, kalau beliau happy, beliau makan banyak. ini membimbangkan bakal teman hidup. luckily beliau bergegas pulang selepas birthday celebration with his love ones [ehem] for futsal. [which is good!]. beliau ada kesedaran:-
24 tahun>happy>makan banyak>perlu bersenam. [ini baru betul bakal teman hidup dietitian. ececeh. sendiri tulis, sendiri macam geli. eu]
and this is the birthday boy [24-year-old BOY? macam spoil, bukan?] dengan bakal teman hidup, dan kenderaan beliau.
kalau tak suka tengok boleh beredar. bye. I love you, but I love Cessna more. -[ini tagline okeh. hehhe].
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 11:55 PM 5 comments
Labels: perfecto
Sunday, February 7, 2010
Merlin. -lari tajuk
nampaknya seluruh keluarga terjebak dengan Merlin. tetapi, untuk malam ini, saya takda hairan pun dengan Merlin lah sebab Merlin boleh ditonton sebanyak lebih dari tiga kali pada hujung minggu dekat Hallmark.
emm. ok dah malas. sekarang pergi tengok gambar hujung minggu ini. gambar Adam, bukan makyang Adam.
disebabkan uncle Becky [oh, Becky tu juga adalah Cessna, harap maklum] lebih seronok tidur, maka Adam boleh main hempon makyang, sebab takda siapa pun sms.
sobs.
penuh kasih sayang terhadap haiwan
Adam berusaha buat PEACE
[at least he tried]
yeyy acceptable lah Dam
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 9:28 PM 4 comments
Labels: precious
Wednesday, February 3, 2010
tak dapat fikir tajuk
saya tak ada pun keyakinan sangat menulis entri ini. sebab baju belum basuh dalam toilet sana. banyak, tahu. benci tengok. sebab pinjam baldi MikiJajan yang besar tersebut, makin menjadi-jadi pulak mencampak pakaian sewenang-wenangnya. lain kali tak mahu pinjam baldi MikiJajan lagi.
sejak akhir-akhir ini, saidamunira memang tak ada perangai bakal isteri solehah. aik? tak. itu perumpamaan. maksudnya, kalau bakal isteri solehah perlulah rajin mengemas pakaian, melipat baju, menggosok baju dan menguruskan segala baju-bajuan. tapi nampaknya saya tak ada perangai itu semua. [oh sedihnya]. itu baru baju sendiri. kalau ada baju teman hidup, tak tahu saidamunira nak buat macam mana. agaknya dia akan sanggup pergi belikan teman hidupnya dengan pakaian baru banyak-banyak, supaya yang tak basuh lagi boleh tunggu lama sampai cycle baju dia tinggal satu. [ugh ugh ugh. gadis ini bebel apa benda?]
itu baru baju. bagaimana dengan peranan isteri solehah dalam bidang masakan pula? oh. sekarang macam retire dari pekerjaan itu. makanya, tiap-tiap hari makan dekat kedai. mungkin tak patut ada perangai buruk macam ini. lama-kelamaan, bakal teman hidup pun boleh komen kenapa asyik makan di kedai, kenapa tak masak je? see, belum kahwin pun bakal teman hidup recommend supaya rajin memasak. baiklah. maka, setelah berbual di telefon bimbit petang tadi, terus bersemangat membuat cekodok ikan bilis. [ini serius, semangat ajaib tiba-tiba menjelma - akibat perbualan di telefon bimbit]. tetapi, cekodok telah terlebih garam. dengan tidak sengaja. maka lagi, terus macam tersenyum lepas tu perasan, "eh ni petanda dah nak kawen ni".
boo. takda takda. jangan buat spekulasi ya kawan-kawan yang cantik manis. saya bukan tak sabar nak kawen ke apa. serius sangat tidak. sebab, emak saya kata, masa belajar tak boleh kawen. lagi pun, abang saya juga belum kahwin, di mana beliau pun sudah mengugut tak lama dahulu, beliau kata "berani lah kau langkah bendul, huh".
jadinya, saya akan jadi gadis yang sabar. ehem. kejap-kejap jadi gadis ayu, kejap-kejap jadi macam gadis solehah, sopan santun dan sebagainya. ternyata, kalau gadis berperangai sedemikian belum sampai masa untuk berkahwin lagi. kalau gadis dah sampai masa nak berkahwin, dia akan blogging macam ini:-
contoh: "oh, tak sabar rasanya menghitung hari, hari demi hari dirasakan sangat lama untuk ditempuhi, sedar tak sedar, kami akan hidup bersama tak lama lagi"
[olo, nak buat ayat macam novel jiwang, tapi macam tak jadilah kan? tolong abaikan ye.]
rasanya kalau buat entri panjang macam ini, ada pihak yang macam tak berminat nak baca. tak apa. tak ambil hati pun. er anyway, bercakap pasal hati, kawan saya yang bakal menjadi doktor tak lama lagi insisted sangat menyuruh saidamunira memakan hati. eh macam tak ada kaitan pun membagitahu kamu. sebab setelah mengadu tentang masalah wanita kepada beliau, ditambah dengan sebab aras hemoglobin serta tekanan darah yang tak berapa cemerlang, maka beliau macam sangat concern. dan berlarutan sehingga mendapat tawaran tajaan kek untuk hantaran tunang kelak. [wah? overreacting dari hati sampai ke kek tunang? serius macam gadis tak ada hala tuju ni]
okay, bye. lepas saya post entri ini, saya berharap saya akan pergi membasuh baju-bajuan.
hope to see you again.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 11:30 PM 2 comments
Labels: pragmatic
Monday, February 1, 2010
9 days to go
am I so novelic?
is it wrong to have dreams?
is it selfish to be ambitious?
I am a monster.
* * *
9 days to go.
Posted by idatazira at 11:11 AM 4 comments
Labels: no wink