saya tak ada pun keyakinan sangat menulis entri ini. sebab baju belum basuh dalam toilet sana. banyak, tahu. benci tengok. sebab pinjam baldi MikiJajan yang besar tersebut, makin menjadi-jadi pulak mencampak pakaian sewenang-wenangnya. lain kali tak mahu pinjam baldi MikiJajan lagi.
sejak akhir-akhir ini, saidamunira memang tak ada perangai bakal isteri solehah. aik? tak. itu perumpamaan. maksudnya, kalau bakal isteri solehah perlulah rajin mengemas pakaian, melipat baju, menggosok baju dan menguruskan segala baju-bajuan. tapi nampaknya saya tak ada perangai itu semua. [oh sedihnya]. itu baru baju sendiri. kalau ada baju teman hidup, tak tahu saidamunira nak buat macam mana. agaknya dia akan sanggup pergi belikan teman hidupnya dengan pakaian baru banyak-banyak, supaya yang tak basuh lagi boleh tunggu lama sampai cycle baju dia tinggal satu. [ugh ugh ugh. gadis ini bebel apa benda?]
itu baru baju. bagaimana dengan peranan isteri solehah dalam bidang masakan pula? oh. sekarang macam retire dari pekerjaan itu. makanya, tiap-tiap hari makan dekat kedai. mungkin tak patut ada perangai buruk macam ini. lama-kelamaan, bakal teman hidup pun boleh komen kenapa asyik makan di kedai, kenapa tak masak je? see, belum kahwin pun bakal teman hidup recommend supaya rajin memasak. baiklah. maka, setelah berbual di telefon bimbit petang tadi, terus bersemangat membuat cekodok ikan bilis. [ini serius, semangat ajaib tiba-tiba menjelma - akibat perbualan di telefon bimbit]. tetapi, cekodok telah terlebih garam. dengan tidak sengaja. maka lagi, terus macam tersenyum lepas tu perasan, "eh ni petanda dah nak kawen ni".
boo. takda takda. jangan buat spekulasi ya kawan-kawan yang cantik manis. saya bukan tak sabar nak kawen ke apa. serius sangat tidak. sebab, emak saya kata, masa belajar tak boleh kawen. lagi pun, abang saya juga belum kahwin, di mana beliau pun sudah mengugut tak lama dahulu, beliau kata "berani lah kau langkah bendul, huh".
jadinya, saya akan jadi gadis yang sabar. ehem. kejap-kejap jadi gadis ayu, kejap-kejap jadi macam gadis solehah, sopan santun dan sebagainya. ternyata, kalau gadis berperangai sedemikian belum sampai masa untuk berkahwin lagi. kalau gadis dah sampai masa nak berkahwin, dia akan blogging macam ini:-
contoh: "oh, tak sabar rasanya menghitung hari, hari demi hari dirasakan sangat lama untuk ditempuhi, sedar tak sedar, kami akan hidup bersama tak lama lagi"
[olo, nak buat ayat macam novel jiwang, tapi macam tak jadilah kan? tolong abaikan ye.]
rasanya kalau buat entri panjang macam ini, ada pihak yang macam tak berminat nak baca. tak apa. tak ambil hati pun. er anyway, bercakap pasal hati, kawan saya yang bakal menjadi doktor tak lama lagi insisted sangat menyuruh saidamunira memakan hati. eh macam tak ada kaitan pun membagitahu kamu. sebab setelah mengadu tentang masalah wanita kepada beliau, ditambah dengan sebab aras hemoglobin serta tekanan darah yang tak berapa cemerlang, maka beliau macam sangat concern. dan berlarutan sehingga mendapat tawaran tajaan kek untuk hantaran tunang kelak. [wah? overreacting dari hati sampai ke kek tunang? serius macam gadis tak ada hala tuju ni]
okay, bye. lepas saya post entri ini, saya berharap saya akan pergi membasuh baju-bajuan.
hope to see you again.
wink wink ~.^
Léonard De Vinci (2019)
4 years ago
2 comments:
kawen kawen kawen kawen..
masih lg kawen..
keh keh..
=P
sile la bersiap eh.. dh xlama tu
aku ada 2 cadangan tajuk.. sile pilih:
1) sy yg tak sabar nak menanmatkan zaman bujang
2) adekah sy gedik ayam??
hahahhaa..
Post a Comment