very quick post.
beloved twisTouch sakit. warded. terjangkit virus yang memakan WLAN device beliau. hidup tapi paralysed, takleh online. maka, encik pusat komputer akan rawat beliau.
mood ada. tapi macam tak happy sebab hidup serba kekurangan tanpa twisTouch.
BYE!
Tuesday, March 30, 2010
twisTouch, I miss you
Posted by idatazira at 3:49 PM 4 comments
Labels: no wink
Sunday, March 28, 2010
CikguJoe
sneak preview of my new mozilla firefox yang super canggih. ;p
see, sekarang kalau saya online, Edward, Bella and Jacob akan sentiasa staring at me. with love. wheeeee. :p
maka, dengan ini, siapa-siapa yang Mozilla Firefox dia belum upgrade boleh pergi upgrade sekarang juga. I said sekarang. kalau tak buat sekarang, nanti anda ketinggalan, saya tak bersalah dah sebab informed you already bukan? maka, sekarang Google Chrome tak boleh perasan cantik seorang, Mozilla Firefox pun dah pandai menjaga kecantikan lah. bravo bravo.
* * *
okay, sekarang akan menceritakan tentang ayah. hujung minggu ini, saya pulang ke rumah dengan perasaan happy tapi bukan happy like always. sebab cuma ada emak dan Belle. ayah takda. macam biasa, lagi-lagi bawak budak bola sepak pergi lawan bola. I thought ayah akan pulang sangat lambat, maka tak akan jumpa ayah these two weeks, sebab minggu depan ayah akan pergi Kedah pula. lantas, saya mengambil keputusan untuk merindui ayah. [hahahaha kenyataan ini macam sungguh wow. ;p]
tetapi, fortunately, ayah balik tengahari tadi. dan yaaaaay. [ayah balik,, ida poluh yah, nak mandi] <--- ini skrip once upon a time, kalau ayah balik kerja saja akan kejar ayah untuk mandi. hehehh, comel tak comel tak? comel kan kan kan? ;p
tak tak, walaupun masa ayah balik tadi saya memang belum mandi, tapi tak boleh buat kegiatan seperti dulu tu, okay. point is, ayah telah membeli helicopter control. dan balik-balik saja ayah terus excited main helicopter control tersebut [macam helicopter Sinyu kawan Giant tu]. ternyata ayah sungguh comel sebab masih mempunyai permainan sendiri di kala usia 57 tahun. :D my daddy cool, kan? maka, petang tadi ayah bermain dengan riang sekali. hei, seriouslyy.
tadi tak ambil gambar heli tersebut, sebab camera takda bateri. itu semua gara-gara Belle yang self obsession kot sebab asyik ambil gambar sendiri. pelik tengok adik berperangai sebegitu.
itu sahaja. dengan ini, saya ucapkan selamat malam. semoga esok lebih baik untuk semua. jangan lupa doakan emak dan ayah masing-masing [buat tangan nasyid].
oh, cikgu Joe tu ayah saya lah.
sekian.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 10:43 PM 3 comments
Labels: precious
Saturday, March 27, 2010
Go.Laundry
go dot laundry is written Go.Laundry
after go dot laundry, I have to go dot watching tv. go dot finishing my paper? oops.
saya ada wedges baru. nama dia WedgesBaru. maka, sampai bila-bila dia baru. semalam berniat membeli belah barangan lelaki untuk teman lelaki di Alamandi. Alamandi itu lebih komersial di kalangan pasangan taZira. [?]. cuma teman lelaki, bukan membeli belah barangan bakal suami okay. sebab kami bukan nak beli hantaran perkahwinan lah. tetapi, barangan teman lelaki tak dibeli pun, lantas membeli barangan teman wanita kepada teman lelaki tadi. sebab wanita memang macam tu, kalau pergi membeli belah dengan niat membeli barangan teman lelaki pun, dia boleh twist jadi membeli belah barangan teman wanita. yes yes. oh.
disebabkan kaki encik Cessna bersaiz 6 [tapi dia kata 6.5] maka, beliau tak berjaya memperoleh sandal adidas berwarna coklat, kerana yang paling kecil cuma bersaiz 7. malangnya, apabila meminta sandal yang sama tetapi berwarna biru, takda saiz 6 juga, tapi saiz 5 ada. apa punya kedai lah. ugh. macam biasa, teman wanita menjadi emo sebab teman lelakinya tak mendapat kemahuan hati. maka, takyah beli [jom pegi beli belah barangan teman wanita saja]. saya sedih bagi pihak kerana teman lelaki terpaksa memakai sandal buruk yang dibeli di OU lebih dua tahun yang lalu. [seriously buruk sangat dah sandal tersebut, boleh buat umpan api.]
berbanding dengan teman wanita, dalam bilik beliau dipenuhi dengan kotak berisi selipar, kasut dan sebagainya. walaupun tak berapa banyak berbanding wanita lain, tapi dikira banyak. merangkumi kasut yang dibeli tapi tak pakai pun ada. macam nak jual semula. alangkah bagus kalau wanita dan lelaki tak berbeza dalam citarasa pada kaki, bukan? boleh juga kita sharing and caring kasut dan sandal yang sama. even high heels. memakai barangan secara bersama bukankah romantik?
fahamilah wanita. mereka sukakan barangan yang banyak sekali sampai dah tak muat tempat nak simpan pun masih mahukan lagi. sesuai dengan cogan kata "I want more".
entri tiba-tiba diberhentikan sebab nak go dot laundry. [membasuh baju bukan masalah lagi dengan adanya Scarlie the red car. boleh angkut semua baju basuh dekat rumah! hip hip hurrah!]
OH too wordy, no?
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 9:53 AM 2 comments
Labels: perfecto
Tuesday, March 23, 2010
ScarlieRenesmee tu nama kereta
assalamualaikum.
lately I felt so adult. :) see. adult, with a smile.
now, I can drive myself to places I wanted and needed to go. [not just I drive myself crazy] no more trains. no more reading novel in train as well. no more sleeping in train on Friday sampai tersesat pergi Pantai Dalam tapi sebenarnya nak pergi Seremban. ya ya, no more. it has only been two weeks of those no-mores. tetapi sudah merindui train KTM komuter yang dulunya dianggap tak seberapa. tapi sekarang terasa dia sangat berapa, oh. seriously. [naik train best wuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.]
bukan itu sahaja, this adult turut membasuh kereta dengan sendirinya sehingga bersih berkilat menggunakan sabun Sunlight. [oh confuse?] yes. itu memang jenama sabun pencuci pinggan mangkuk lah. tidak syak. tetapi, dibuat basuh kereta. dan kereta bukanlah pinggan mangkuk. nescaya kereta berkilat, macam pinggan mangkuk tu.
luckily,
I told Cessna. sibuk bercerita sebab bangga sangat basuh kereta sampai berkilat sampai Along mendakwa kereta dihantar basuh dekat kedai [underestimate, ceh]. sabun Sunlight tidak terkecuali. [heh, I report everything to him, biasalah. no secret :p]. makanya,
beliau telah memberi pendidikan penjagaan kenderaan:
"HAH sabun sunlight? kan untuk basuh pinggan? kerete bukan pinggan laaaah. JANGAN buat lagi, jangan ok? sabun sunlight tu boleh buat kereta berkarat. jangan."
makanya, si gadis bertanya;
"habis nak pakai sabun ape? ayah macam gune sabun showercream LUX je"
makanya lagi, beliau menjawab;
"LUX? eh LUX untuk mandi. pakai sabun pencuci kerete lah."
makanya lagi, si gadis terus cakap, langsung tak malu;
"okay. nanti belikan sabun basuh kerete. tq"
emmm. eh tiba-tiba kan entri ni macam panjang. kata dah adult tadiii. oklah. nak bye anda. nantilah sambung. btw, tajuk tu, boleh abaikanlah.
bye bye.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 7:44 PM 5 comments
Labels: perfecto
Saturday, March 20, 2010
komplen
semalam encik Cessna komplen tudung saya. ternyata cantik di mata sendiri tak cantik di mata beliau. oh tak. beliau tak kata tak cantik pun lah, tapi beliau bertindak sebagai perunding imej dan menyarankan saya pakai tudung plain saja. okay. lain kalilah pakai plain. hm. plain boring.
sekian. ternyata entri ini memang lagha.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 2:54 PM 3 comments
Labels: perfecto
Friday, March 19, 2010
this and this and this
hi people. I am home. am now blogging and wearing my new crocs as well. [fuuuuuu ;p bau kedai ok]. I think MikiJajan understands well why I am wearing this.
oh tetapi, macam biasa. kasut tersebut ketat bagi kaki kanan. hari tu masa beli segan nak bagitau Undang yang kaki saya extraordinary [tapi emak kata kaki saya cacat]. well, extraordinary kan. my right foot is one size larger. maka, sangat redha. what to do.
oh. nak bagitahu sesuatu. tahukah once upon a time, saidamunira loves traffic jammed. sebab boleh tidur dalam kereta. tetapi, sekarang traffic jam tersebut adalah masalah besar seorang pemandu comel ini sebab sangat mengantuk kalau traffic jammed. ditambah lagi kalau memandu dengan kelajuan 90km/j di lebuhraya juga sangat boleh blah. bagai orang mengantuk tapi terpaksa memandu sebab tak boleh tidur, nanti siapa nak memandu lah? tapi takpa. memandu macam best juga.
oh oh. lagi satu, previously, kereta kenari emak yang saya pinjam tersebut bernama Ardi. tapi, hari ini encik Cessna dah tukar nama dia jadi Scarlet. saya tak komen apa-apa dengan nama tersebut tadi. sebab rasa macam best juga. tapi sekarang, terfikir juga Scarlet tu kan jenama pakaian dalam wanita juga. so cemana ni?
baiklah semua. kali ini nak letak sedikit gambar wedding kaklong. tiga ketul dikira cukup setakat ini sebab saya nak mandi. later letak lagi kalau rajin.
ok bye. saya pergi mandi dengan sabun Shokubutsu dulu. dan akan membuka Crocs ini sekarang juga.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 10:13 PM 5 comments
Labels: precious
Wednesday, March 17, 2010
wishlist: Alice Cullen
dilemma. nak pakai baju apa entah esok. hm. hmmp. hmmmph. hmmmphew. what?
I am now in green old t-shirt, black old jeans and light gray blazer. rehearsal for tomorrow's dressing. in handling a group of patients in HUKM. alone. so, I have to look professional and convincing. yet, formality is not my preference. hmmph again.
Udeq suggested pakai blazer ni. tapi I think I look thick woooo. alias fat. benci lah.
kalau Alice Cullen adalah perunding imej saya, mestilah saya tak akan ada dilemma macam ini. masalah-masalah picisan berkenaan baju dan imej adalah bukan masalah. [eh apa ni apa ni? lost.] Alice Cullens tak bagi pakai baju sama walau dua kali. semua baju boleh pakai sekali saja, lepas tu kita buang dan pakai baju lain pula.
maka, I want Alice Cullen. please. and Alice in Wonderland too.
em. I need to have beauty sleep sebab esok dan days ahead perlu lebih cantik supaya di mata encik Cessna saya seorang saja yang cantik. [ada rasa gag reflex? ops sorry. pergilah ke tandas untuk muntah.] .I mean it. lelaki dilarang memandang wanita lain selain isteri sendiri okay.[ -----> erk?]
okay okay tak tak. saya belum kahwin, jadi encik Cessna pun tak boleh pandang saya secara berlebihan. woo bajetlah. sebelum topik menjadi lebih getis, saya undur diri dulu. sleeping beauty on the way.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 10:40 PM 3 comments
Labels: fantasy
Monday, March 15, 2010
Ron & Julie
assalamualaikum.
I post this while listening to my grandfather's clock song. [super nostalgic woh.] dulu pernah nyanyi lagu tersebut dekat sekolah tamil masa darjah dua. [and I won first place ;p] oh, to inform you, lagu my grandfather's clock tersebut ada yang dibuat lagu cinta juga. tapi tak faham pun sebab dalam bahasa asing.
btw, recently MikiJajan sedang bersedih. but I told her, it is normal to have ups and downs in love. seriously. it will make you both stronger.
..macam Ron & Julie tiger, yeeesh.
this is a story about Ron and Julie tiger.
once upon a time, there lived Ron and Julie tiger. Ron and Julie tiger selalu mencakar-cakar satu sama lain. even though those scratches hurt them, and even bleed, love grows more in their hearts.
saya tak pandai bercinta. I think, I never good at anything. I am happy to be average. but there will be someone in life, yang akan lebih, yang akan kurang. then, if you have more, share it together, to complement each other.
em. anyway, he is Ron, and I am Julie. :p
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 11:38 PM 1 comments
Labels: perfecto
Sunday, March 14, 2010
naik pelamin
dua hari naik pelamin. tired. naik pelamin jadi pengapit pun penat, tahu? takpe, I take it as a training untuk naik pelamin sendiri. [ceh, pathetic no?]
tahniah kaklong Ina dan Encik Z.
gambar later lah. lain-lain hal, abaikan dulu. sebab sekarang waktu tidur, waktu berehat plus waktu bercinta.
hm. lately planet Earth turns so fast.
bye.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 10:45 PM 2 comments
Labels: precious
Thursday, March 11, 2010
malam Jumaat
You stop, I start.
here I go again. in blogsphere. eh assalamualaikum. macam tak sopan kalau buat entri tak bangi salam lah.
hari ini hypotension lagi. 98/48 mmHg. sungguh menjengkelkan. kalau jadi wanita mengandung sekarang dah tergolek-golek pengsan kot. [nasib baiklah belum kahwin, bukan?]
I have goose bumps. on middle finger and thigh. swelling too. and I do not even know, when and how I got those. hmpph.
malam ini malam Jumaat. tahukah malam Jumaat adalah malam mencuci pakaian. sebab esok nak balik rumah. yaay. other activities? nil. yes, nil. serious ni.
today was a history. saya telah membuat lab work. alone. by myself. lipid hydroperoxide analysis. and funny thing was, my labwork FAILED. keh keh. I told you, saya takda bakat buat kerja makmal, sebab saya suka memasak je. [tetiba tak malu mengaku berbakat memasak ;p]. oh oh, seriously tak felt guilty lah. rasa bangga sebab buat sangat excited woh, tapi tak jadi. haha. I think, plasma tersebut telah terlebih centrifuged kot. hancur habis protein layer dalam eppendorf tubes tersebut. em, maka saya mahu menujukan serangkap pantun:-
buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan;
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.
ok dah habis. bye. malam Jumaat nak basuh baju. takda aktiviti lain. sekian.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 9:41 PM 2 comments
Labels: pragmatic
Tuesday, March 9, 2010
hypotension
update update.
Posted by idatazira at 11:10 PM 0 comments
Labels: pragmatic
Monday, March 8, 2010
a matter of hurt. bukan heart.
"I'd rather hurt than feel nothing".
that was Athirah's status on her YM few weeks ago. tapi tapi tapi, kalau saidamunira, beliau takmau macam tu, tahu. kenapa meminta untuk that hurt feelings eh? bukankah itu perasaan yang berbaur sengsara?
recently, my adrenaline-spiked blood membuatkan kehidupan berasa macam sedikit sengsara. I said sedikit. okay. saya tak meminta banyak sengsara pun. sebab walaupun sedikit, it hurts a lot. anyways, I hope this will help to reduce my weight. hopefully, with this increasing stress factor, it will burn extra calories. oh, please.
I told Jajan just now. bila dikenang, sejak tadika saya tak pernah suka pergi sekolah. i.always.cry.like.a.baby. kalau "newbie" is a factor, itu masuk akal. tetapi, walau saya bukan newbie, saya tetap menangis pergi sekolah. sebab saya tak suka pergi sekolah. tabiat tersebut dibawa sehingga sekolah menengah. perhaps a little dibawa sampai sekarang ni [er tapi saya takda menangis macam dulu lah, sekarang saya menangis lebih comel ;p]
kalau menceritakan pasal hurt matter, kadang-kadang saya rasa ini bukan hurt. tapi rasanya ini adalah kesedihan akibat macam-macam perkara. saya bukan strong. saya bukan superwoman. with all that matter, encik Cessna kesayangan berpesan, "be optimistic". [terima kasih my dearest _ _ _ _ _ r. :D]
baiklah, boleh beransur ke bilik mandi sekarang juga. mandilah dengan wangi menggunakan sabun May, murah saja, refill pack baru RM6.90. walaupun begitu, entri ini bukan ditaja oleh sabun May pun lah.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 9:52 PM 2 comments
Friday, March 5, 2010
disaster. walaupun hari ni kak shafa belanja cornetto
Posted by idatazira at 10:22 PM 4 comments
Labels: no wink
Wednesday, March 3, 2010
si lelaki-lelaki comel di hati
disebabkan recently macam sangat boleh blah dengan kehidupan student yang menjengkelkan, I have decided not to babble much about those miserable things today. at least for today. lepas ini mungkin kita boleh cari masa lain untuk membebel tentang kehidupan yang sukar tersebut. btw, saya tahu, kalau saya bebel banyak mana pun, itu ini pun susah, dengan membebel ia tetap tidak memudahkan. jadi marilah kita melihat gambar lelaki-lelaki comel hari ini.
Adam, tangan tu takyah kot buat macam tu
sebelah kanan tu male ladybird.
comel kan?
lelaki yang ini memang comel tak kira macam mana pun.
sebab kalau dengan lelaki ini saya memang bias ;p
ok. finish. lelaki yang baca entri ini pun dikira comel. tak kira siapa. [jaga hati] tapi yang comel di hati saya cuma yang tersebut di atas saja.
sekian terima kasih.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 6:52 PM 2 comments
Monday, March 1, 2010
saya.bad.mood
hola people. como es ta. sih. muchas gracias. tetiba.
saidamunira belum makan nasi lagi hari ini. amazing no?
mari buat diet recall sikit. pagi ini pukul 7.10 am I ate my breakfast, roti garlic cheese yang dibayar oleh Farini semalam. [Farini, thanks :D, saya hutang KFC, lepas ni kalau jumpa jangan belanja saya lagi, please.] roti itu memang terlalu berharga. sebab ia sumber tenaga saya sampai pukul 3+ petang.
life is hard. kalau kuat membebel, life akan jadi harder. kalau jadi attention seeker, tambah harder lagi. kalau nak mensuruh orang buat itu ini, tambah lagi harder. jadi, jangan banyak cakap. kalau jadi selfish pun tak bagus. unless nak hidup mati sendiri.
em. anyway, hidup sekarang ni macam lebih thrill. walaupun saya teringin sangat nak kehidupan dihiasi dengan membaca komik sincan dan boleh terguling-guling dekat sofa, tapi saya rasa kehidupan itu pun memerlukan pendapatan. di mana, kalau nak beli komik sincan, kena ada duit. sebijik komik, RM 4.90. jadi, kalau nak beli koleksi komik sincan, it costs you a lot too.
mari kita beredar.
one more thing. mind you. I am bullet proof.
ok bye.
Posted by idatazira at 8:32 PM 4 comments
Labels: no wink